
Status semasa : Pemasangan siling dan plaster dinding.
Sila klik di sini untuk melihat gambar.
Pada 28 November 2011 (Isnin), anggaran jam 3.00 pagi berlaku satu kejadian samun bersenjata di rumah No. 16, Jalan Ixora 1/10, Taman Ixora. Kejadian berkenaan dilakukan oleh empat(4) orang perompak warga Indonesia bersenjatakan pisau. Perompak berkenaan memasuki rumah melalui pintu gelongsor sisi rumah menggunakan pemotong jeriji besi.
Menceritakan mengenai kejadian berkenaan, pemilik rumah (Tuan Syed), tersedar daripada tidur dan mendapati perompak berkenaan telah mengacukan pisau kepada beliau dan isteri. Beliau tidak melawan dan mengikut arahan yang diberikan oleh perompak berkenaan. Anggaran kerugian adalah RM10,000 yang terdiri daripada jam tangan, telefon bimbit dan wang tunai. Barang yang paling berbahaya dirompak adalah sepucuk pistol milik beliau (beliau merupakan seorang anggota Polis). Orang ramai dipohon supaya berhati-hati kerana perompak berkenaan telah memiliki senjata api.
Persatuan Penduduk Taman Ixora mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 1433 Hijrah kepada semua penduduk Taman Ixora. Bersama-samalah kita menghayati sirah penghijrahan nabi Muhammad S.A.W. dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Berhijrahlah ke arah yang lebih baik dari segala segi termasuklah amal ibadah dan kehidupan seharian. Jadikanlah amal ibadah kita pada tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya.
Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Selangor telah melakukan kerja-kerja penentuan arah kiblat Surau Balai Islam Taman Ixora pada butiran berikut:-
Persatuan Penduduk Taman Ixora dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora telah mengadakan program gotong-royong memasak bubur lambuk Taman Ixora pada butiran berikut:-
Jawatankuasa Pembinaan Surau Balai Islam Taman Ixora telah mengadakan Majlis Pecah Tanah Surau Balai Islam Taman Ixora pada butiran berikut:
Persatuan Penduduk Taman Ixora dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora telah mengadakan Barbeque sempena penutup Minggu Keselamatan Taman Ixora seperti butiran berikut:
Persatuan Penduduk Taman Ixora dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora telah menganjurkan Program Gotong Royong Cegah Denggi di Taman Ixora pada butiran berikut:
Pada 20 Julai 2011 (Rabu), berlaku satu kejadian pecah masuk rumah penduduk No. 2, Jalan Ixora 1/1. Kejadian berkenaan disedari oleh tuan rumah selepas pulang dari kerja jam 8.00 malam. Kejadian dipercayai berlaku dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang semasa ketiadaan tuan rumah. Kehilangan sebuah laptop dan beberapa barangan berharga dilaporkan.
Persatuan Penduduk Taman Ixora memohon penduduk Taman Ixora supaya sentiasa berwaspada dengan kejadian jenayah yang berlaku akhir-akhir ini. Persatuan Penduduk Taman Ixora menasihati penduduk di Fasa 1B dan 1C supaya memasang pad lock di jeriji besi rumah. Dimaklumkan oleh pihak polis, jeriji besi ini amat senang dibuka/ dipecah masuk. Penduduk di perumahan Fasa 1B dan IC terdedah kepada kejadian ini.
Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Ixora dan Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora telah mengadakan Minggu Keselamatan di Taman Ixora. Butiran aktiviti adalah seperti berikut:-
Persatuan Penduduk Taman Ixora mengucapkan tahniah kepada Bendahari PPTI (En. Ismail Bin Muit) di atas Majlis Perkahwinan anak perempuan beliau pada 2 Julai 2011 (Sabtu).
Satu sesi perjumpaan di antara penduduk Jalan 1/14 dan 1/15 dengan wakil Persatuan Penduduk Taman Ixora telah diadakan seperti butiran berikut:
Sekumpulan mahasiswa perubatan tahun 3 Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS) telah mangadakan kajian status kesihatan penduduk dan Program Intervensi Kesihatan di Taman Ixora. Program Intervensi Kesihatan ini telah diadakan pada butiran berikut:
Aturcara Program:
Persatuan Penduduk Taman Ixora telah menganjurkan Sukaneka Taman Ixora pada butiran berikut: 

Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora telah dilancarkan secara rasminya semasa Majlis Pelancaran Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora pada butiran berikut:-
Mesyuarat Agung Kali Ke-4 Persatuan Penduduk Taman Ixora telah diadakan pada butiran berikut:-
Jawatankuasa Persatuan Taman Ixora telah meluluskan peruntukan kewangan sebanyak RM600 (RM30 X 20 helai) untuk menempah vest AJK PPTI. Vest berkenaan adalah menjadi hak milik persatuan dan hendaklah dipulangkan balik setelah seseorang AJK tidak lagi memegang jawatan di dalam persatuan.
Pada 3 Mac 2011, Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Ixora telah meluluskan peruntukan kewangan sebanyak RM300 untuk membeli set hidangan dan pinggan mangkuk VIP. Set berkenaan akan digunakan setiap kali penganjuran program atau aktiviti PPTI.