Jumaat, 12 Ogos 2011

Kejadian Kecurian di Jalan Ixora 1/5

Dimaklumkan satu kejadian kecurian pada telah berlaku pada 11 Ogos 2011 (Khamis), dalam lingkungan jam 12.00 tengahari di rumah No. 8, Jalan Ixora 1/5, Taman Ixora. Pemilik kediaman melaporkan kehilangan sebuah motosikal Yamaha LC, 2 buah telefon bimbit dan sebuah playstation.

Berikutan kejadian ini, Persatuan Penduduk Taman Ixora menasihati semua penduduk Taman Ixora supaya berhati-hati dengan kejadian jenayah yang berlaku pada masa ini terutama bulan Ramadhan.

4 ulasan:

  1. Persatuan Penduduk IXora perlu membuat sesuatu agar perkara begini tidak akan terus berulang dan berulang....besar harapan sekiranya cadangan untuk menubuhkan perkhidmatan security berbayar seperti yang diwar-warkan pada minggu keselamatan tempoh hari terlaksana dengan jayanya....

    BalasPadam
  2. tambahan kehilangan... kunci kereta dan 2 buah playstation sebenarnya (PS3 & PSP)

    BalasPadam
  3. Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Berbayara tu bagus bro....!!! Tetapi bagaimana nak buat???? Bolehkah tuan turun padang dan perjelaskan agar 100% penduduk Taman Ixora faham dan sanggup. Jangan main cadang jer.... tolong bagi buah fikiran + tenaga perlaksanaannya sekali.... Barulah best!!!

    Mungkin dengan "air tangan" bro..... ianya akan berjaya. Mana tahu kannnnn?????!!!!???

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum... Cadangan perkhidmatan kawalan keselamatan berbayar tu dah lama di cadangkan sejak 5 tahun lalu.. tapi sukacitanya kurang mendapat sambutan sebab lebih ramai yang suka berbakti, bersatu padu menjaga taman dengan "percuma".. Semangat 1Malaysia dan Harimau Malaya!!

    BalasPadam