Isnin, 31 Januari 2011

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa KRT Taman Ixora Bil. 1/2011

Jawatankuasa KRT Taman Ixora telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Bil. 1/2011 pada 30 Januari 2011 (Ahad) jam 9.30 malam bertempat di Bilik Kuliah Masjid Sultan Hisamudin BBST. Berikut adalah beberapa keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa:-

1. Setiausaha memaklumkan surat permohonan untuk menubuhkan Taska Perpaduan dan Pejabat Rukun Tetangga di Taman Ixora telah dihantar kepada Pejabat Perpaduan Daerah Sepang pada 30 Disember 2011.
2. Pejabat Perpaduan Daerah Sepang akan membuat permohonan kepada Pejabat Perpaduan Negeri Selangor untuk membina papan tanda di semua KRT yang baru ditubuhkan pada tahun 2010.
3. Sebanyak 41 Borang keahlian Skim Rondaan Sukarela telah berjaya dikumpulkan daripada penduduk Taman Ixora yang berminat. Pengerusi meminta Setiausaha mengemukakan permohonan untuk menubuhkan SRS di Taman Ixora dalam waktu terdekat.
4. Jawatankuasa bersetuju untuk menyumbang RM100 tunai dan RM 200 (makanan berbungkus) kepada penyelaras program Maulidur Rasul kariah Bandar Baru Salak Tinggi.
5. Jawatankuasa bersetuju meluluskan peruntukan kewangan untuk menyediakan makanan ringan semasa mesyuarat Jawatankuasa KRT sebanyak RM50.00 bagi setiap kali mesyuarat.
6. Biro Keselamatan menyarankan supaya Ahli Jawatankuasa KRT Taman Ixora mempunyai kemudahan PTT untuk perhubungan bagi kes-kes jenayah yang berlaku di kawasan sekitar.

Pembentangan perancangan aktiviti tahun 2011:-

1. Majlis Pelancaran KRT Taman Ixora pada bulan April 2011.

2. Biro Agama
- Menyertai perarakan Maulidur Rasul kariah Bandar Baru Salak Tinggi pada 15 Februari 2011
- Program ceramah Maulidur Rasul Taman Ixora pada 26 Februari 2011 (kerjasama dengan Persatuan Penduduk Taman Ixora)

3. Biro Kebajikan dan Kesihatan
- Program Gotong-Royong Cegah Denggi dan Pemeriksaan Kesihatan Percuma pada bulan Mac 2011

4. Biro Sukan dan Kebudayaan
- Sukaneka Taman Ixora pada bulan Mac 2011
- Pertandingan Badminton Terbuka Taman Ixora pada bulan April 2011

5. Biro Pendidikan
- Kursus Motivasi Pelajar pada bulan Mei 2011

6. Biro Ekonomi
- Jualan cenderahati KRT

7. Biro Keselamatan
- Ceramah Pendedahan Skim Rondaan Sukarela oleh Jabatan Perpaduan Daerah Sepang pada bulan Jun 2011
- Ceramah pendedahan dan penggunaan PTT oleh PDRM kepada penduduk Taman Ixora pada bulan Julai 2011

Mesyuarat berakhir jam 11.50 malam.

Jumaat, 28 Januari 2011

Program Senamrobik Anjuran Majlis Perbandaran Sepang

Majlis Perbandaran Sepang telah menganjurkan program senamrobik bersama kakitangan MPSp dan penduduk sekitar Zon BBST pada butiran berikut:-

Tarikh : 29 Januari 2011 (Sabtu)
Masa : 7.30 Pagi hingga 10.30 Pagi
Tempat : Stadium Majlis Perbandaran Sepang, BBST
Tema : KE ARAH MASYARAKAT SIHAT

Aturcara program:
- Kehadiran penduduk dan ketibaan YDP MPSp
- Senamrobik
- Ucapan YDP MPSp
- Sarapan Pagi
- Pertandingan Mewarna
- Pertandingan Tarik Tali
- Penyampaian Hadiah

Taman Ixora telah menghantar wakil menyertai pertandingan tarik tali. Tiga pasukan tarik tali telah bertanding iaitu:-
1. Pasukan MPSp
2. Pasukan Seroja/Dahlia
3. Pasukan Taman Ixora

Pasukan Taman Ixora menjadi Naib Johan pertandingan dengan tewas kepada pasukan MPSp dan menewaskan pasukan Seroja/ Dahlia.

Diantara senarai peserta Taman Ixora yang telah mengambil bahagian:
1. Mohd Hasiady (Jalan 1/2)
2. Mohd Munir (Jalan 1/11)
3. Hazli Mat Diah (Jalan 1/11)
4. Ismail Bin Amat (Jalan 1/12)
5. Mohd Rudi (Jalan 1/12)
6. Ahmad Kamil Zailani (Jalan 1/1)
7. Mohd Iqbal (Jalan 1/3)
8. Suzaini Supingat (Jalan 1/10)
9. Azrul (Jalan 1/4)
10. Fatkhul Maarif (Jalan 1/4)

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Perjumpaan Bersama PPTI dan Getrahome Mengenai Pembinaan Surau Balai Islam Taman Ixora

Persatuan Penduduk Taman Ixora telah berkunjung ke Pejabat Getrahome di Shah Alam bagi mengadakan perjumpaan mengenai status pembinaan Surau Balai Islam Taman Ixora pada butiran berikut:-

Tarikh : 27 Januari 2011 (Khamis)
Masa : 10.30 Pagi hingga 12.00 Tengahari
Tempat : Pejabat Getrahome Shah Alam

Wakil PPTI
1. Hj. Mohd Noor Hj Said (Pengerusi)
2. Mohd Hasiady Bin Yasin (Setiausaha)
3. Zainal Abidin Bin Ahmad (Pen. Setiausaha)

Wakil Getrahome
1. Fairuz (Pengarah Pembangunan dan Hartanah Getrahome)
2. Zulfadzli (Juruukur Bahan)
3. Suhana (Arkitek)

Berikut adalah beberapa keputusan yang telah dibuat semasa perjumpaan berkenaan:-
1. Y. Bhg. Dato' Samsudin (Pengerusi Eksekutif Getrahome) telah bersetuju untuk menyumbang RM100,000 bagi membiayai kos pembinaan Surau Balai Islam Taman Ixora.
2. Getrahome telah mengemukakan dokumen dan pelan untuk kelulusan MPSp kepada PPTI pada 1o Januari 2011. Setelah semakan dibuat oleh pegawai MPSp mendapati terdapat dua dokumen yang tidak lengkap (pelan Indah Water dan TNB). Getrahome akan menyediakan dokumen berkenaan hujung bulan Januari 2011.
3. Pembinaan projek akan dimulakan pada 1 April 2011 tertakluk kepada kelulusan MPSp dan dijangka siap serta boleh digunakan pada bulan Ogos 2011 (awal Ramadhan).
4. Majlis pecah tanah dan pelancaran Tabung Surau akan dilakukan selepas kelulusan diperolehi.

Hal-hal Lain
1. Getrahome bersetuju untuk membina papan tanda Taman Perumahan Terbaik Daerah Sepang Tahun 2009 di laluan masuk ke Taman Ixora. Dijangka siap hujung bulan Mac 2011.
2. Getrahome bersetuju untuk mengadakan Majlis Ramah Mesra Bersama Penduduk Taman Ixora. Tarikh akan dimaklumkan kemudian. Majlis berkenaan adalah untuk mendapatkan input daripada penduduk mengenai kualiti rumah, tanggungjawab pemaju dan menjalin hubungan mesra dengan penduduk.

PPTI merakamkan ucapan terima kasih kepada Getrahome di atas kesudian pihak pemaju mengadakan perjumpaan berkenaan. Semoga kerjasama yang ditunjukkan ini diteruskan lagi pada masa akan datang demi kesejahteraan penduduk Taman Ixora.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Isnin, 24 Januari 2011

Cegah Denggi di Taman Ixora

Pejabat Kesihatan Daerah Sepang telah melakukan semburan asap di Taman Ixora pada 24 Januari 2011, jam 6.00 petang berikutan daripada laporan berlakunya dua(2) kes denggi di Jalan Ixora 1/3 dan 1/4.

Persatuan Penduduk Taman Ixora mengajak semua penduduk Taman Ixora supaya mengambil langkah keselamatan untuk mencegah kes demam denggi daripada berlaku. Berikut adalah langkah-langkah pencegahan utama:
- Perlindungan dari gigitan nyamuk dengan menutupi kebanyakan bahagian tubuh dan memasang jaring nyamuk dan skrin tingkap untuk mencegah nyamuk dari memasuki rumah
- Elakkan dari melawat atau berkunjung ke kawasan berisiko tinggi pada siang hari
- Musnahkan tempat pembiakan nyamuk dengan menutup rapat semua bekas yang boleh menakung air dan bersihkan kawasan persekitaran rumah anda
- Hapuskan nyamuk Aedes dewasa menggunakan penyembur serangga atau ubat nyamuk

Bersama-samalah kita menjaga kesihatan dan kebersihan sepanjang masa. Hidup yang sihat menjamin keluarga yang bahagia.

Selasa, 18 Januari 2011

Yuran Keahlian Tahun 2011

Persatuan Penduduk Taman Ixora mengajak semua ahli PPTI untuk menjelaskan yuran keahlian tahun 2011 sebanyak RM30.00 setahun. Bayaran boleh dibuat kepada Bendahari, semua AJK Lorong atau melalui bank.

Ahli boleh menyemak jumlah yuran yang perlu dibayar melalui Penyata Yuran Keahlian.

PPTI menggalakkan pembayaran secara bank in ke akaun persatuan.

Bayaran melalui bank in boleh dibuat kepada akaun bank PPTI melalui 2 akaun PPTI:
1. Akaun Maybank (Persatuan Penduduk Taman Ixora BBST 2008) - No. Akaun 555108002197
2. Akaun Bank Islam (Persatuan Penduduka Taman Ixora BBST, Sepang, Selangor 2008) - No. Akaun 05058010012095

Berikut adalah cara pembayaran tersebut:
1. Semak jumlah yuran yang perlu dibayar melalui Penyata Yuran Keahlian PPTI
2. Lakukan pembayaran
3. Sila nyatakan nama penuh, no. rumah, no. jalan, tarikh, masa, no. rujukan dan jumlah bayaran yang dibuat.
4. Emelkan maklumat berkenaan kepada tamanixora@gmail.com

Resit rasmi akan dikeluarkan kepada ahli setelah menerima penyata bulanan yang dihantar oleh pihak bank.

PPTI akan menguatkuasakan Fasal 6 Undang-undang Tubuh PPTI : Bayaran Masuk, Yuran dan Bayaran Lain yang menjelaskan:
1. Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari dalam tempoh dua bulan dari awal tahun tiap-tiap tahun
2. Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih dari satu tahun akan menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh Setiausaha dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan
3. Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga(3) tahun dengan sendirinya terhenti menjadi ahli persatuan
4. Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang

Sil rujuk Undang-Undang Tubuh PPTI untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Isnin, 17 Januari 2011

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Bil. 7/2010

Jawatankuasa PPTI telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa PPTI Bil. 7/2010 pada 15 Disember 2010 (Rabu) jam 9.30 malam dan membuat beberapa keputusan berikut:-

1. Pengerusi meminta Bendahari dan Setiuasaha menyediakan statistik pembayaran yuran ahli bagi memudahkan kutipan yuran dilakukan.
2. Ibadah Qurban 1431H terpaksa dibatalkan kerana kurangnya penyertaan daripada ahli.
3. Pertandingan Boling Keluarga Taman Ixora terpaksa ditangguhkan kerana kurangnya penyertaan daripada ahli.
4. Jawatankuasa bersetuju dengan contoh vest persatuan yang telah ditempah oleh Biro Kewangan.
5. Pengerusi mengemukakan perancangan aktiviti tahun 2011 seperti berikut:
- Sambutan Maulidur Rasul (Mac)
- Mesyuarat Agung PPTI (Mac)
- Gotong-Royong Perdana (Mei)
- Memasak Bubur Lambuk (Ogos)
- Majlis Hari Raya Aidilfitri (September)
- Ibadah Qurban (November)
- Pertandingan Badminton Tertutup (April)
- Pertandingan Boling Keluarga (Februari)
- Pertandingan Futsal Tertutup (Oktober)
- Kem Motivasi Pelajar (Jun)

Mesyuarat berakhir jam 11.00 malam.

Ahad, 9 Januari 2011

Memohon Bantuan Kewangan Daripada Penduduk Taman Ixora

Dimaklumkan adik Adam Daniel, anak kepada seorang penduduk Taman Ixora (No. 28, Jalan Ixora 1/12) akan menjalani pembedahan jantung pada 27 Januari 2011.

Sehubungan itu beliau merayu kepada penduduk Taman Ixora yang bermurah hati untuk menghulurkan bantuan kewangan bagi membiayai kos pembedahan anak beliau yang mencecah RM18,000 di Istitut Jantung Negara.

Kepada individu yang ingin menderma bolehlah menghubungi En. Amirul Suhaimi (019-3214548).