Sabtu, 31 Disember 2016

Aktiviti Tahun 2016

Aktiviti Tahun 2016

  • Sambutan Maulidur Rasul Taman Ixora
  • Mesyuarat Agung PPTI Kali Ke-9 - 25 Mac 2016 (Selesai)
  • Ceramah Israk Mikraj - 13 Mei 2016 (Selesai)
  • Gotong Royong Cegah Aedes Taman Ixora - 22 Mei 2016
  • Program Ixora Hidup Sihat - Berjalan 10,000 Langkah
  • Ceramah Perdana Israk dan Mikraj
  • Memasak Bubur Lambuk Ramadhan
  • Majlis Khatam Al-Quran
  • Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim
  • Majlis Hari Raya Aidilfitri Taman Ixora - 30 Julai 2016 (Selesai)
  • Majlis Ibadah Qurban
  • Solat Hajat dan Bacaan Yasin Sempena Peperiksaan Utama - 1 September 2015

Khamis, 6 Oktober 2016

Mesyuarat Agung Khas Pencalonan Pegawai dan Pemilihan Jawatankuasa Surau Balai Islam Taman Ixora Sesi 2017-2019


Semua ahli kariah Surau Balai Islam Taman Ixora dijemput hadir. Kepada penduduk yang belum berdaftar bolehlah berdaftar sekarang.

Khamis, 29 September 2016

Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Bulanan Surau Balai Islam Taman Ixora




Majlis bacaan yasin dan tahlil bulanan Surau Balai Islam Taman Ixora akan diadakan malam Jumaat ke-4 setiap bulan. Semua penduduk Taman Ixora dijemput hadir.

Majlis bacaan yasin bagi bulan September 2016 telah diadakan pada 29 September 2016 (Khamis) selepas solat Maghrib.

Warga Ixora yang berhajat untuk mengadakan tahlil kepada ahli keluarga bolehlah berhubung dengan pihak surau. Sumbangan makanan turut dialukan.

Jumaat, 12 Ogos 2016

Hebahan Korban Surau Balai Islam Taman Ixora

Berita Baik!!

Penyertaan korban Surau Balai Islam Taman Ixora telah diturunkan kepada RM600 sahaja bagi satu bahagian korban. Harga selepas diskaun ladang lembu kepada surau.

Penyertaan juga dibuka bagi korban di Kemboja dengan harga RM350 bagi satu bahagian korban. Berminat sila berhubung dengan Hasiady - 019-2828422 (Setiausaha) atau Kamil - 019-2233706 (Bendahari) atau ajk surau.

Sabtu, 30 Julai 2016

Majlis Hari Raya Aidilfitri Taman Ixora Tahun 2016

Alhamdulillah, majlis ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk Taman Ixora. Insya Allah majlis ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan dengan lebih meriah.

Khamis, 21 Julai 2016

Majlis Hari Raya Aidilfitri Taman Ixota

Semua penduduk Taman Ixora dijemput hadir.

Mesyuarat bersama antara AJK PPTI, KRT dan Surau Balai Islam Taman Ixora Kali 1/2016

Mesyuarat bersama antara AJK PPTI, KRT dan Surau Balai Islam Taman Ixora telah diadakan pada 21hb Julai 2016(Khamis) jam 9.00 malam bagi menyelaraskan Majlis Hari Raya Aidilfitri Taman Ixora Tahun 2016.

 

Ahad, 26 Jun 2016

Majlis Khatam al Quran Surau Ixora




Penyampaian Duit Raya dan Sumbangan Kepada Anak-Anak Yatim

Penyampaian duit raya dan sumbangan kepada anak-anak yatim. Alhamdulillah sumbangan terkumpul daripada penduduk Taman Ixora berjumlah RM6,000 lebih telah diserahkan kepada Rumah Anak Yatim Baitussakinah Kota Warisan. Terima kasih kepada warga Taman Ixora yang menyumbang.


Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim



Program Mengacau Dodol Taman Ixora

Program mengacau dodol Taman Ixora yang telah diadakan pada 26 Jun 2016. Alhamdulillah mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk Taman Ixora.



Isnin, 20 Jun 2016

Majlis Iftar Bersama Anak Yatim


Semua penduduk Taman Ixora dijemput berbuka puasa bersama anak-anak yatim. Bawa keluarga anda bersama. Sumbangan kewangan dan juadah berbuka amatlah dialukan.

Sabtu, 21 Mei 2016

Jumaat, 6 Mei 2016

Ceramah Israk Mikraj

Semua dijemput hadir ke majlis ilmu ini.

Selasa, 22 Mac 2016