Rabu, 18 Januari 2012

Progres Pembinaan Surau Balai Islam Taman Ixora Sehingga 17 Januari 2012




Status semasa : Pemasangan bumbung dan serambi

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Selasa, 10 Januari 2012

Kerja Pembaikan Pagar Rumah En. Fathi Kerana Dirempuh Lembu Qurban

Pada 9 Januari 2012, Persatuan Penduduk Taman Ixora telah mengupah kontraktor untuk melakukan pembaikan kepada pagar rumah En. Fathi (No. 144, Jalan Ixora 1/1) yang telah rosak kerana dirempuh oleh lembu yang di korbankan semasa Majlis Ibadah Qurban tempoh hari. Pihak persatuan menerima tanggungjawab ini kerana kerosakan berlaku semasa majlis dianjurkan oleh persatuan.

Kos pembaikan adalah RM 200. (Pembelian pagar RM140 dan upah RM60).

Persatuan Penduduk Taman Ixora memohon maaf di atas kelewatan melakukakan pembaikan berkenaan di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Setiausaha PPTI telah beberapa kali berhubung dengan pemilik rumah sebelum dan selepas kerja pembaikan dan beliau berpuas hati dengan kerja-kerja yang telah dilakukan.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.