Rabu, 31 Disember 2014

Senarai Aktiviti Yang Telah Dijalankan Sepanjang Tahun 2014

Senarai Aktiviti Yang Telah Dijalankan oleh PPTI, KRT dan Surau Balai Islam Taman Ixora Sepanjang Tahun 2014
  • Gotong Royong COMBI Ganyang Aedes - 12 Januari 2014
  • Sambutan Maulidur Rasul Taman Ixora - 14 Januari 2014
  • Mesyuarat Agung PPTI Kali Ke-7 - 16 Mac 2014
  • Car Boot Sale Taman Ixora - 1 Mei 2014
  • Ceramah Perdana Israk dan Mikraj - 30 Mei 2014
  • Car Boot Sale Taman Ixora Kali Ke-2 - 31 Mei 2014
  • Pertandingan Ping Pong Tertutup Taman Ixora - 28 Jun 2014
  • Memasak Bubur Lambuk Ramadhan - 12 Julai 2014
  • Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim - 15 Julai 2014
  • Majlis Khatam Al-Quran - 15 Julai 2014
  • Solat Hajat dan Bacaan Yaasin Sempena Peperiksaan Utama - 7 September 2014
  • Majlis Ibadah Qurban - 5 Oktober 2014
  • Pertandingan Badminton Muhibbah Taman Ixora - 1 November 2014
  • Sambutan Maal Hijrah - Memasak Bubur Asyura - 7 November 2014
  • Gotong Royong Cegah Denggi Taman Ixora - 8 November 2014
  • Pertandingan Boling Keluarga Taman Ixora - 28 Disember 2014

Jumaat, 26 Disember 2014

Jom Like Facebook Persatuan Penduduk Taman Ixora

Persatuan Penduduk Taman Ixora dan Surau Balai Islam Taman Ixora akan mengemaskini aktiviti, maklumat dan informasi mengenai Taman Ixora di Facebook Persatuan Penduduk Taman Ixora.

1. Carian : Persatuan Penduduk Taman Ixora
2. Like page Persatuan Penduduk Taman Ixora


atau;

2. Klik URL http://www.facebook.com/TamanIxoraBBST

Walaubagaimanapun pengemaskinian di blog ini juga akan dilakukan dari semasa ke semasa.

Khamis, 11 Disember 2014

PERTANDINGAN BOLING KELUARGA TAMAN IXORA 2014


PERTANDINGAN BOLING KELUARGA TAMAN IXORA 2014

Tarikh : 28 Disember 2014 (Ahad)
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Dream Bowl, Pusat Sukan Airport, Nilai

Bayaran penyertaan RM20 seorang
- T-shirt percuma disediakan
- Bermain 2 game, cross lane
- 4 orang pemain bagi satu pasukan (pemilihan ahli pasukan bebas)

Penyertaan telah ditutup.

Isnin, 8 Disember 2014

Hasil lawatan Skuad Combi Taman Ixora


Skuad Combi Taman Ixora telah mengadakan lawatan ke Jalan Ixora 1/10, 1/11 dan 1/12 pada 7 Disember 2014 dan hasil lawatan adalah seperti berikut:


1. Terdapat beberapa beberapa bekas@tempat yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes. Bekas dan tempat dikenalpasti telah dimusnahkan.
2. Terdapat beberapa rumah kosong yang ditinggalkan dan tidak berpenghuni. Kawasan sekitar rumah semak dan terdapat bekas@tempat yang boleh menakung air. Bekas dan tempat dikenalpasti telah dimusnahkan.
3. Kawasan belakang rumah penduduk tidak diurus dengan baik. Terdapat semak samun, lalang dan kawasan belakang rumah turut dijadikan setor atau tempat menyimpan barang-barang lama. Dikhuatiri boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.
Tindakan selanjutnya yang akan diambil adalah mengeluarkan notis dan amaran kepada semua penduduk di Jalan 1/10, 1/11 dan 1/12 untuk memberi kesedaran pentingnya menjaga kawasan sekitar rumah masing-masing.

InsyaAllah aktiviti kedua skuad Combi akan diadakan pada Sabtu atau Ahad pertama bulan hadapan.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.