Rabu, 30 Disember 2009

Lagi Kejadian Pecah Rumah di Taman Ixora

Pada 30 Disember 2009 (Rabu), rumah No. 51, Jalan Ixora 1/13 telah dipecah masuk. Kejadian dipercayai berlaku di antara jam 7.30 pagi hingga 6.00 petang. Dalam kejadian berkenaan tuan rumah tiada di rumah kerana keluar bekerja. Kejadian berkenaan disedari pada jam 6.00 petang selepas tuan rumah pulang daripada bekerja.

Penyangak berkenaan telah membuat lubang di pagar belakang rumah dan mengumpil gril tingkap bilik belakang rumah. Perbuatan mengumpil gril berkenaan dipercayai dilakukan menggunakan senjata kuku kambing.

Pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah tiba di rumah berkenaan pada jam 10.00 malam untuk mengambil gambar kejadian dan tuan rumah dikehendaki membuat keterangan di Balai Polis Salak Tinggi.

Sejumlah kerugian harga benda dilaporkan selepas kejadian. Beberapa keping gambar telah diambil sebagai pengajaran kepada penghuni lain bagaimanakah kejadian berkenaan berlaku dan tindakan yang sewajarnya diambil untuk mengelakkan kejadian seperti ini daripada berlaku.

Persatuan penduduk Taman Ixora memohon kerjasama daripada semua penduduk supaya sentiasa mengawasi rumah masing-masing dan jiran bersebelahan bagi mengelakkan kejadian seperti ini. Sikap saling tolong-menolong dalam membasmi kejadian jenayah di taman kita amatlah dihargai.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Isnin, 28 Disember 2009

Taman Ixora Naib Johan Kejohanan Badminton Berpasukan Jemputan Taman Seroja Tahun 2009

Persatuan Belia Taman Seroja dan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Sepang telah menganjurkan Kejohanan Badminton Berpasukan Jemputan Taman Seroja 2009. Tarikh kejohanan seperti berikut:-

Tarikh : 27 Disember 2009 (Ahad)
Masa : 9.00 Pagi - 4.00 Petang
Tempat : Dewan Badminton Kuarters KLIA Sepang

Objektif kejohanan adalah untuk melibatkan golongan belia dengan aktiviti sihat disamping wadah untuk mengeratkan hubungan dengan masyarakat sekitar dengan misi untuk memupuk nilai-nilai hidup murni dalam masyarakat.

Taman-taman yang menyertai kejohanan:-
1. Taman Seroja
2. Taman Mawar 2
3. Taman Dahlia
4. Taman Mawar 1
5. Taman Ixora

Pasukan Taman Ixora telah berjaya menjadi Naib Johan kejohanan berkenaan. Syabas dah tahniah diucapkan kepada pemain yang telah mengharumkan nama Taman Ixora.

Senarai pemain yang mewakili Taman Ixora adalah:-

Team Ixora (A)
1. Suhaimi Abdullah
2. Ismail Ahmad
3. Fatkhul Maarif Sabari
4. Khairil Ishak
5. Shahril Azam Abd Tahar
6. Norazam Mamat

Team Ixora (B)
1. Mohd Fuad Adam
2. Faizal Omar
3. Mohd Khalish Suhaimi
4. Nazri Mohd Ghazali
5. Hj. Mohd Noor Hj Said
6. Noranizam Mohd Sahil

Pihak persatuan telah menyumbangkan bayaran penyertaan sebanyak RM180.00 bagi dua pasukan yang telah mewakili Taman Ixora.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Khamis, 17 Disember 2009

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431 Hijrah

Persatuan Penduduk Taman Ixora mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431 Hijrah. Semoga diperkuatkan iman, bertambah amalan dan keampunan kepada kita semua pada tahun yang mendatang ini.






Ahad, 13 Disember 2009

Pos Kejiranan One Ixora Jalan Ixora 1/13

Pada 13 Disember 2009 (Ahad), beberapa orang penduduk di Jalan Ixora 1/13, 1/2 dan 1/1 telah bergotong-royong membina Pos Kejiranan One Ixora. Pos berkenaan dibina di atas inisiatif penduduk dengan membuat kutipan sebanyak RM30.00 daripada penduduk di jalan berkenaan. Seramai 30 orang penduduk telah memberikan sumbangan.


Pos berkenaan dibina untuk kemudahan penduduk mengadakan kawalan keselamatan pada sebelah malam. Dimaklumkan Jalan 1/13, 1/2 dan 1/1 menyediakan jadual bertugas harian segala bergilir-gilir dikalangan penduduk.


Pihak persatuan mengucapkan syabas dan tahniah di atas usaha yang telah ditujukkan oleh penduduk di jalan berkenaan untuk menjaga keselamatan secara sukarela. Semoga usaha yang ditunjukkan berterusan dan menjadi contoh kepada penduduk lain untuk melaksanakan aktiviti kawalan keselamatan.

Isnin, 30 November 2009

Majlis Ibadah Qurban 1430 Hijrah Anjuran PPTI

Persatuan Penduduk Taman Ixora telah mengadakan Ibadah Qurban pada tarikh dan tempat seperti berikut:-

Tarikh : 29 November 2009 (Ahad)
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Taman Permainan Kanak-kanak, Taman Ixora
Bayaran Satu Bahagian : RM370.00

Seramai 21 orang penduduk telah menyertai ibadah berkenaan. Sebanyak 3 ekor lembu telah dikorbankan pada hari itu. Daging korban telah diagihkan kepada penduduk Taman Ixora.

PPTI amat berpuashati dan berterima kasih di atas kerjasama yang telah ditunjukkan oleh penduduk semasa mengerjakan ibadah berkenaan. InsyaAllah ibadah ini akan diadakan pada tahun hadapan dengan lebih banyak penyertaan daripada penduduk Taman Ixora.

Diantara fadhilat berqurban ialah:-
1. Menambah amal kebajikan, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W.: "Orang yang berqurban itu akan dikurniakan bagi setiap bulu binatang qurbannya dengan satu kebajikan".
2. Sebagai penebus dosa, seperti sabda Rasulullah S.A.W. kepada Sayyidatina Fatimah Radhiallahu 'Anha: "Wahai Fatimah pergilah ke tempat qurbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya dengan titisan darahnya yang pertama itu akan diampunkan dosa-dosamu yang telah lalu".
3. Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah Subhanahu Wata'ala, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W: "Wahai manusia, kamu lakukanlah ibadat qurban dan berharaplah pahala daripada Allah dengan darahnya itu, sesungguhnya darah qurban itu jika ia jatuh ke bumi, maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah 'Azza Wa Jalla".

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Sabtu, 21 November 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1430H


InsyaAllah kita akan menyambut Hari Raya Aidil Adha 1430H pada 27 November 2009. Persatuan Penduduk Taman Ixora ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua penduduk Taman Ixora. Maaf Zahir dan Batin.

Kepada penduduk yang pulang ke kampung halaman berhati-hatilah di jalan raya semoga selamat pulang dan selamat kembali. Kepada penduduk yang tidak pulang berhari raya marilah kita bersama-sama membantu semasa ibadah Qurban anjuran PPTI pada 29 November 2009.

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa PPTI Bil. 10/2009

Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Ixora telah mengadakan mesyuarat pada 19 November 2009, jam 9.30 malam dan membuat beberapa keputusan berikut:-

1. Persatuan telah menghantar notis tunggakan yuran keahlian bagi tahun 2008 dan 2009 kepada 100 orang ahli yang belum menjelaskan yuran. Daripada jumlah itu hanya 20 orang ahli yang menjelaskan yuran. Terdapat 10 orang ahli yang belum menjelaskan yuran keahlian bagi tahun 2008 dan belum menjadi ahli persatuan secara sah. Pengerusi mengingatkan yuran hendaklah dijelaskan oleh ahli untuk membiayai sebarang aktiviti PPTI.
2. Jawatankuasa bersetuju untuk melantik En. Saharuddin Bin Mat, No. 14, Jalan 1/4 sebagai AJK Dalaman PPTI bagi menggantikan Ustaz Yusmi yang telah meletakkan jawatan.
3. Perbincangan Mengenai Ibadah Qurban Taman Ixora:-
- Akan diadakan pada 29 Nov 2009 bertempat di Taman Permainan Kanak-kanak Taman Ixora mulai jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
- Mesyuarat bersetuju untuk menempah banner bagi memaklumkan semua penduduk Taman Ixora mengenai aktiviti tersebut.
- Menempah dua (2) buah khemah untuk tujuan tersebut.
- Kupon pembahagian daging Qurban akan diagihkan kepada penduduk dalam waktu terdekat.
- Seramai 21 orang penduduk (3 ekor lembu) telah menyertai ibadah qurban.
4. Menangguhkan Majlis Makan Malam Amal yang dirancangkan dan akan dijadikan aktiviti bagi tahun 2010.
5. Persatuan telah membeli sebuah telefon bimbit untuk kegunaan persatuan dengan harga RM100.00. Talian hotline persatuan adalah 019-3673386.
6. Permohonan pembinaan bonggol Fasa 2 di Taman Ixora akan dibuat pada tahun 2010 kerana dimaklumkan pihak MPSp tidak mempunyai peruntukan kewangan pada tahun ini. AJK mencadangkan supaya pihak MPSp memberikan kebenaran bertulis kepada penduduk untuk membina bonggol dengan pembiayaan sendiri. Satu kertas cadangan akan dikemukakan kepada pihak MPSp.
7. Cadangan untuk mengadakan kawalan keselamatan berbayar di Taman Ixora akan dibawa sebagai salah satu usul di dalam Mesyuarat Agung tahun 2010.
8. Jawatankuasa mengucapkan syabas dan tahniah kepada penduduk di lorong-lorong yang telah membuat kawalan keselamatan dengan berjaga malam secara sukarela. Skim Rondaan Sukarela secara menyeluruh di Taman Ixora akan diadakan setelah permohonan Rukun Tetangga di Taman Ixora diluluskan.
9. Menyemak status pembinaan Balai Islam di Taman Ixora dengan pemaju Getrahome untuk dipercepatkan.
10. Mengemukakan aduan kepada pihak MPSp untuk menebang pokok hiasan di persimpangan masuk Taman Ixora kerana menghalang pandangan.

Mesyuarat berakhir jam 11.30 malam.

Selasa, 17 November 2009

Kerja-Kerja Penurapan Jalan di Jalan Ixora 1/2

Pada 16 November 2009 (Isnin), kontraktor yang dilantik oleh Tenaga Nasional Berhad telah melakukan kerja-kerja penurapan jalan di Jalan Ixora 1/2. Kerja-kerja ini adalah untuk menambahbaik struktur jalan yang telah dikorek untuk kerja-kerja pemasangan kabel elektrik baru-baru ini.

Keperihatinan pihak TNB untuk menurap semula jalan tersebut amatlah dihargai untuk keselesaan penduduk.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Ahad, 18 Oktober 2009

Majlis Hari Raya Aidilfitri Taman Ixora

Persatuan Penduduk Taman Ixora telah menganjurkan Majlis Hari Raya Aidilfitri Taman Ixora pada tarikh dan tempat seperti berikut:-

Tarikh : 17 Oktober 2009 (Sabtu)
Masa : 8.30 Malam
Tempat : Taman Permainan Kanak-Kanak Taman Ixora
Dirasmikan Oleh : Tuan Titus Gladwyn A/L SG Gomez (Ahli Majlis BBST Selatan)
Turut Hadir : Puan Rohaya Bt Mohd Shahir (Ahli Majlis BBST Utara)

Objektif utama majlis tersebut adalah seperti berikut :
a. Merapatkan hubungan kekeluargaan dan silaturrahim dikalangan penduduk Taman Ixora.
b. Menyediakan peluang kepada penduduk untuk bermaaf-maafan di antara satu sama lain.
c. Mewujudkan semangat kejiranan dan tolong-menolong dikalangan penduduk menyediakan makanan dan minuman kepada penduduk.
d. Sebagai tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana berjaya melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan.

Diantara senarai menu hidangan pada malam itu ialah:
1. Kuetiau Goreng, Lemang dan Rendang
2. Mee Kari
3. Bubur Lambuk
4. Bihun Singapore
5. Kuih Muih dan Desert
6. Otak-otak
7. Nasi Lemak Ayam Berempah
8. Mee Goreng Mamak
9. Nasi Impit dan Kuah Lodeh
10. Cendol dan ABC
11. Buah-buahan dan Air Minuman

Hidangan makanan disediakan oleh setiap lorong di Taman Ixora.

Majlis berkenaan mendapat sambutan yang meriah daripada penduduk Taman Ixora. Seramai 88 orang ahli persatuan bersama ahli keluarga hadir memeriahkan majlis berkenaan. Sebanyak 15 hadiah cabutan bertuah telah disediakan pada malam itu. Tahniah diucapkan kepada ahli persatuan yang berjaya.

Pihak persatuan juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menganjurkan majlis berkenaan termasuk semua AJK PPTI, Majlis Perbandaran Sepang, pemaju (Getrahome Sdn. Bhd.) dan semua ahli PPTI yang telah memberikan sumbangan.

Sila klik di sini untuk melihat gambar semasa majlis berkenaan.

Jumaat, 16 Oktober 2009

PPTI Melawat Ahli Yang Menjalani Pembedahan di Hospital Putrajaya

Pada hari Khamis, 15 Oktober 2009 jam 5.30 petang, Persatuan Penduduk Taman Ixora diwakili oleh Setiausaha dan Pen. Setiausaha telah melawat seorang ahli persatuan yang telah dimasukkan ke Hospital Putrajaya. En. Ashy Affandi Bin Araffin Bakar (No. 10, Jalan Ixora 1/4) telah selamat menjalani pembedahan membuang appendiks pada 12 Oktober 2009 jam 3.45 petang.

Alhamdulillah pembedahan berkenaan telah selamat dijalankan dan beliau beransur pulih. Beliau telah didiscaj daripada wad pada 16 Okt 2009 jam 5.00 petang. Kepada ahli yang berkelapangan bolehlah melawat beliau di rumah.

Semua ahli persatuan mendoakan semoga beliau cepat sembuh dan menjalani kehidupan harian seperti biasa.

Selasa, 13 Oktober 2009

Skim Perlindungan Takaful Perbelanjaan Serta-Merta Selepas Kematian Berkumpulan GFE00324 : Persatuan Penduduk Taman Ixora BBST

Persatuan Penduduk Taman Ixora telah menyertai Skim Perlindungan Takaful Perbelanjaan Serta-Merta Selepas Kematian Berkumpulan, Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. Berikut adalah butiran skim berkenaan:-

No. Sijil Induk : GFE00324
Tempoh Perlindungan : 1 Julai 2009 - 30 Jun 2010 (1 Tahun), akan diperbaharui setiap tahun

Jumlah Perlindungan :
Peserta - RM1,000.00
Pasangan - RM1,000.00
Anak (Maksima 3 orang) - RM500.00

Kadar Caruman : RM 15.00 setahun setiap peserta

Sila klik di sini untuk melihat senarai peserta yang telah menyertai skim berkenaan. Salinan polisi akan dihantar kepada setiap peserta untuk rujukan dalam waktu terdekat. Penyertaan masih dibuka kepada semua ahli PPTI. Borang penyertaan boleh didapati daripada Setiausaha PPTI.

Jumaat, 9 Oktober 2009

Kebakaran Kawasan Hutan Di Taman Ixora

Satu kejadian kebakaran kawasan hutan di Jalan Ixora 1/1, Taman Ixora telah berlaku pada hari Jumaat, 9 September 2009 jam 2.45 petang. Kejadian berkenaan disedari oleh salah seorang penduduk Taman Ixora. Penduduk berkenaan telah menelefon Bomba untuk memadamkan kebakaran berkenaan. Bomba yang tiba 15 minit kemudian telah berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan hutan dan rumah kongsi perkerja Indonesia berhampiran. Kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada jam 3.20 petang.

Punca kejadian tidak dapat dikenalpasti dan besar kemungkinan berpunca daripada cuaca yang panas terik kebelakangan ini dan daun-daun kering di kawasan hutan berkenaan. Adalah diharapkan agar penduduk sentiasa berwaspada dengan sebarang kejadian seumpama ini dan tidak melakukan sebarang pembakaran secara terbuka di kawasan rumah masing-masing.

Pihak persatuan mengucapkan ribuan terima kasih di atas tindakan pantas pihak Bomba yang berjaya memadamkan kebakaran dan mengawal kejadian berkenaan daripada merebak. Pihak persatuan juga mengucapkan terima kasih kepada En. Zulkifli Hashim (Jalan 1/13) yang begitu perihatin dengan kejadian yang berlaku dan menelefon pihak Bomba.

Sila klik di sini untuk melihat gambar kejadian berkenaan.

Isnin, 28 September 2009

Aduan Simpang Masuk Dan Keluar Merbahaya Ke Taman Ixora

Satu aduan rasmi telah dikemukakan oleh Persatuan Penduduk Taman Ixora kepada Majlis Perbandaran Sepang mengenai simpang keluar dan masuk merbahaya ke Taman Ixora. Nombor siri aduan adalah 7493 bertarikh 16 September 2009.

Adalah didapati simpang berkenaan merbahaya kepada kenderaan yang keluar dan masuk ke Taman Ixora. Pengguna terpaksa memerhatikan kiri dan kanan jalan dengan teliti sebelum melintas. Penglihatan adalah terbatas kerana dihalang oleh landskap (pokok bunga dan hiasan di pembahagi jalan kiri dan kanan).

Persatuan mencadangkan beberapa tindakan diambil oleh pihak MPSp iaitu:-
1. Tidak menanam sebarang pokok, bunga dan hiasan di pembahagi jalan sepanjang 50 meter di kiri dan kanan simpang jalan berkenaan.
2. Memasang lintasan belang bagi jarak 50 meter di kiri dan kanan simpang berkenaan bertujuan bagi memperlahankan kenderaan yang menghampiri simpang berkenaan.
3. Memasang lampu isyarat di persimpangan jalan berkenaan.

Persatuan amat berharap aduan ini mendapat tindakan yang segera daripada pihak MPSp kerana telah berlaku 4(empat) kejadian kemalangan di simpang berkenaan.

Surat akuan terima aduan telah diterima daripada MPSp pada 17 September 2009 dan tindakan menyiasat aduan akan dibuat dalam tempoh Empat Belas (14) hari bekerja. Sebarang kemusykilan tuan/puan bolehlah berhubung terus di Unit Aduan Awam di talian telefon 03-83190200 @ 03-83190300 sambungan 429/431/432 atau faks ke 03-83204200.

Sila klik di sini untuk melihat gambar lokasi simpang berkenaan.

Rabu, 16 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dan Maaf Zahir Batin

Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Ixora mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua penduduk Taman Ixora. Semoga dengan kedatangan lebaran ini dapatlah kita bermaaf-maafan di antara satu sama lain. Terutama sepanjang kami melaksanakan tugas mungkin ada salah dan silap haraplah dimaafkan.

Kepada penduduk yang balik ke kampung halaman untuk beraya bersama keluarga tercinta, kami mendoakan semoga selamat tiba ke destinasi. Pandu cermat jiwa selamat. Ingatlah orang yang tersayang.

Isnin, 14 September 2009

Cadangan Penubuhan Perpustakaan Desa Di Bandar Baru Salak Tinggi

Satu mesyuarat bersama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor(PPAS), wakil persatuan penduduk Taman Ixora danTaman Mawar 2 telah diadakan seperti butiran berikut:-

Tarikh : 11 September 2009 (Jumaat)
Masa : 3.00 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Tingkat 2, Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam

Mesyuarat berkenaan telah dihadiri oleh:-
1. Pengarah PPAS (Puan Mastura Bt Hj Muhamad)
2. Ketua Seksyen Perkhidmatan Rangkaian Perpustakaan (Puan Suzliana Bt Abd Hamid)
3. Ketua Bahagian Perancangan dan Pembangunan (En. Norazhan Bin Sahlan)
4. Ketua Perkhdimatan Zon Daerah 2 (En. Mohamed Fadzli Bin Mohd Fauzi)
5. En. Rasyid (Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Mawar 2)
6. En. Mohd Hasiady (Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Ixora)
7. En. Mohd Iqbal (Penduduk Taman Ixora)

Diantara agenda mesyuarat adalah:-
1. Membincangkan cadangan pihak persatuan penduduk untuk mewujudkan perpustakaan desa di BBST bagi manfaat kepada semua pengguna perpustakaan.
2. Menjalin hubungan yang berterusan diantara persatuan penduduk dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.

Diantara keputusan mesyuarat yang dipersetujui ialah:-
1. Cadangan lokasi adalah Business Park (Pejabat Majlis Perbandaran Sepang lama)
2. Lawatan tapak akan diadakan pada minggu pertama bulan Oktober.
3. Target penubuhan adalah pada 1 Julai 2010.

Setakat ini 15 cadangan penubuhan perpustakaan desa dalam pertimbangan untuk kelulusan.

Mesyuarat juga dimaklumkan kos untuk mewujudkan sebuah perpustakaan desa adalah sebanyak RM150,000 yang terdiri daripada:-
1. Ubah Suai Bangunan RM50,000
2. Koleksi Perpustakaan RM50,000
3. Perabot Dan Kelengkapan RM30,000
4. Komputer RM20,000

Cadangan berkenaan mendapat reaksi yang positif daripada PPAS. Perbincangan lanjut akan diadakan dari semasa ke semasa untuk merealisasikan penubuhan perpustakaan desa di BBST untuk kemudahan kita bersama.

Sabtu, 12 September 2009

Kerja-kerja Pembaikan Dan Penurapan Jalan Di Taman Ixora

Pada 9 September 2009, kontraktor yang dilantik oleh Majlis Perbandaran Sepang telah melakukan kerja-kerja pembaikan dan penurapan jalan di Taman Ixora. Jalan-jalan yang terlibat adalah Jalan 1/1, 1/2 dan 1/7. Kerja-kerja ini dibuat berdasarkan kepada laporan kerosakan jalan yang telah dibuat oleh pihak persatuan pada 13 Mei 2009. Di dalam laporan berkenaan disertakan gambar lokasi jalan-jalan yang mengalami kerosakan.

Pihak persatuan mengucapkan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Sepang yang telah membaik pulih kerosakan jalan berkenaan. Semoga perkhidmatan seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Selasa, 8 September 2009

Perjumpaan Penduduk Lorong 1/13, Taman Ixora

Penduduk lorong 1/13 telah mengadakan satu perjumpaan pada tarikh dan tempat seperti berikut:-

Tarikh : 5 September 2009 (Sabtu)
Masa : 10.30 Malam
Tempat : Rumah Ustaz Mohd Zuki (No.10, Jalan 1/13)

Perjumpaan ini adalah yang pertama kali diadakan dan mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan daripada 35 orang penduduk. Disamping itu juga, terdapat beberapa orang penduduk dari lorong 1/1 dan 1/2 turut menyertai perjumpaan ini.

Diantara agenda perjumpaan tersebut adalah:
1. Sesi taaruf - semua penduduk yang hadir memperkenalkan diri masing-masing.
2. Perbincangan keselamatan rumah pada musim perayaan.
3. Penerangan mengenai Persatuan Penduduk Taman Ixora (PPTI).
Tujuan perjumpaan ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim dan saling kenal mengenal antara satu sama lain. Perjumpaan ini juga bertujuan untuk berbincang dan bertukar-tukar pendapat di antara penduduk.

Perjumpaan ini turut membincangkan beberapa perkara dan aktiviti untuk kebaikan bersama. Antaranya ialah kawalan musim perayaan, penerangan tentang PPTI, pelantikan AJK lorong, mengadakan majlis bacaan yasin dan solat hajat, kawalan malam, pondok kawalan, kutipan yuran lorong, kenderaan laju dan isu bonggol. Borang keahlian PPTI juga turut diedarkan kepada penduduk (bagi yang belum menjadi ahli).

Antara beberapa keputusan yang telah dipersetujui bersama:
1. Pelantikan AJK Lorong
2. Kawalan oleh syarikat security pada musim perayaan (3 @ 4 hari)
3. Majlis bacaan yasin sebulan sekali (1 rumah)
4. Kawalan malam & pondok kawalan
5. Menyenaraikan aktiviti & yuran lorong
6. Mengutarakan isu kenderaan laju & bonggol dalam mesyuarat PPTI

InsyaAllah perjumpaan ini menjadi titik permulaan yang baik kepada penduduk Jalan Ixora 1/13. Adalah diharapkan perkara dan aktiviti yang dirancang ini dapat dijalankan untuk menghidupkan dan memberi kebaikan kepada penduduk Jalan Ixora 1/13. Di samping itu, adalah diharapkan penduduk Jalan Ixora 1/13 dapat bersama-sama memberi sokongan kepada Persatuan Penduduk Taman Ixora (PPTI) dalam merencanakan aktiviti yang telah, sedang dan akan dijalankan untuk kebaikan taman kita.

Rabu, 2 September 2009

Banjir Lumpur Di Taman Ixora

Pada jam 10.00 pagi, 1 September 2009, beberapa buah rumah di Taman Ixora telah dilanda banjir lumpur. Tapak pembinaan rumah di atas bukit yang masih belum mempunyai saliran yang baik menyebabkan kejadian berkenaan berlaku. Banjir lumpur daripada atas bukit berkenaan telah melimpahi Jalan 1/1 dan membanjiri beberapa buah rumah penduduk.

Kejadian berkenaan telah menyebabkan beberapa rumah penduduk dibanjiri lumpur daripada belakang rumah, dapur sehingga ke ruang tamu. Diantara rumah penduduk yang terlibat adalah No. 33, 35, 37 Jalan 1/2 dan No. 34, 36 Jalan 1/1. Pihak pemaju (Getrahome) telah memberikan bantuan untuk membersihkan banjir lumpur berkenaan dengan bantuan beberapa orang pekerja daripada tapak pembinaan.

Kejadian berkenaan berlaku disebabkan oleh kelemahan sistem perparitan yang dibina oleh pemaju yang tidak dapat menampung pengaliran air yang banyak akibat hujan lebat yang turun mulai jam 9.00 pagi hingga jam 11.30 pagi.

Disamping itu, kerja-kerja pengorekan kabel elektrik oleh sub kontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut menyumbang kepada kejadian ini. Ini adalah kerana saliran air keluar di atas bukit ke sungai berhampiran telah ditutup untuk kerja-kerja pengorekan berkenaan. Walaubagaimanapun tindakan pantas pemaju mengorek saliran keluar tersebut telah mengurangkan pengaliran air ke kawasan perumahan.

Satu laporan polis telah dibuat oleh penduduk mengenai kejadian berkenaan dan beberapa anggota polis telah membuat tinjauan mengenai kejadian berkenaan.

Penduduk yang ditemui menyatakan ini adalah kali kedua kejadian yang seumpama ini berlaku di Taman Ixora.

Diharap pihak pemaju (Getrahome) dapat mengambil inisiatif untuk mengelakkan kejadian yang sama berulang pada masa akan datang. Diantara inisiatif yang dicadangkan ialah:-
1. Memperbesarkan longkang yang mengalirkan air saluran utama daripada Jalan 1/1, Jalan 1/2 dan aliran air daripada atas bukit
2. Membina tembok penghadang air di Jalan 1/1 untuk menghalang air daripada melintasi Jalan 1/1 dan seterusnya memasuki rumah penduduk

Sila klik disini untuk melihat gambar semasa kejadian berkenaan.

Isnin, 31 Ogos 2009

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa PPTI Bil. 8/2009

Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Ixora telah mengadakan mesyuarat pada 19 Ogos 2009, jam 9.00 malam dan membuat beberapa keputusan berikut:-

1. Seramai 67 orang ahli (keluarga) telah menyertai Skim Takaful Khairat Kematian Takaful Ikhlas. Permohonan baru daripada ahli masih dialukan. Bayaran yang dikenakan adalah RM15.00 setahun bagi sebuah keluarga.
2. Mengadakan kempen pembayaran yuran keahlian semasa aktiviti persatuan dan mengeluarkan memo peringatan kepada ahli yang belum membayar yuran. Dimaklumkan seramai 100 orang ahli yang masih belum menjelaskan yuran keahlian bagi tahun 2009.
3. Seramai 28 orang peserta telah menyertai Kursus Motivasi UPSR bertempat di Dewan Masjid Sultan Hishamudin BBST.
4. Seramai 68 orang peserta telah menyertai Pertandingan Boling Keluarga Taman Ixora pada 28 Jun 2009 bertempat di ARL Bowl Putrajaya. Pertandingan ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan.
5. Pihak pemaju (Getrahome) telah menaikkan papan tanda tapak Surau dan Dewan di Taman Ixora. Proses penyerahan tanah kepada Pejabat Daerah Tanah Sepang sedang diproses.
6. Penubuhan Kawasan Rukun Tetangga di Taman masih diproses oleh Pejabat Jabatan Perpaduan Negara Daerah Sepang. Taman Ixora adalah di dalam giliran ke-7 daripada 10 permohonan. InsyaAllah permohonan akan diluluskan hujung tahun ini.
7. Satu memorandum pengurangan cukai pintu di Taman Ixora telah dihantar kepada En. Ronnie Liu, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Selangor semasa sesi dialog bersama penduduk pada 26 Jun 2009. Perkara berkenaan akan diteliti oleh beliau.
8. Jawatankuasa bersetuju untuk mengedarkan Buletin Ixora Bil. 1/2009 kepada semua ahli PPTI. Disebabkan kekurangan peruntukan kewangan, cetakan hitam putih sahaja akan disediakan.
9. Menghantar surat memohon peruntukan kewangan untuk menyediakan moreh di Masjid Sultan Hishamudin BBST semasa bulan Ramadhan kepada beberapa syarikat yang telah dikenalpasti.
10. Majlis Sambutan Hari Raya Aildilfitri di Taman Ixora akan diadakan pada 17 Oktober 2009 jam 8.00 malam. Semua penduduk Taman Ixora dijemput hadir. Setiap lorong akan menyumbang makanan semasa majlis berkenaan.
11. Majlis Qurban di Taman Ixora akan diadakan pada 29 November 2009. Dicadangkan bayaran sebanyak RM350.00 bagi satu bahagian. Borang penyertaan akan diedarkan selepas Aidilfiitri.
12. Majlis Makan Malam Amal Taman Ixora akan diadakan pada 2 Jan 2010 bertempat di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Sepang.
13. Papan Kenyataan Berkunci Taman Ixora akan digunakan untuk menghebahkan maklumat kepada semua penduduk Taman Ixora. Sewaan iklan dipapan kenyataan berkenaan akan dikenakan bayaran RM10.00 sebulan.

Jumaat, 28 Ogos 2009

Takziah Kepada Keluarga No. 5, Jalan Ixora 1/8, Taman Ixora

Dimaklumkan pada hari Jumaat, jam 8.30 pagi, 28 Ogos 2009 bersamaan dengan 7 Ramadhan 1430H, ibu kepada penghuni rumah No. 5, Jalan 1/8 telah kembali ke Rahmatullah kerana sakit tua. Jenazah beliau telah selamat dikebumikan selepas solat Jumaat di Masjid Sultan Hishamudin BBST. Semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah Subhanahu Wata'ala.

Alfatihah.

Isnin, 17 Ogos 2009

Kempen Kibar Jalur Gemilang Sempena Kemerdekaan ke-52 di Taman Ixora

Persatuan Penduduk Taman Ixora menyeru semua ahli PPTI dan penduduk Taman Ixora mengibarkan Jalur Gemilang di halaman rumah masing-masing sehingga 31 Ogos 2009. Ini adalah sempena sambutan Kemerdekaan Ke-52 Malaysia.

Tema Hari Kemerdekaan ke-52 ialah 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Sabtu, 15 Ogos 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak 1430H

InsyaAllah kita akan menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak pada 21 atau 22 Ogos 2009 ini. Persatuan Penduduk Taman Ixora mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua ahli PPTI. Semoga puasa kita pada tahun ini mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah Subhanahu Wataa'la.

Sila klik di sini untuk mendapatkan risalah mengenai Puasa, Solat Tarawih, Solat Witr, Kelebihan Berpuasa dan Hikmahnya untuk rujukan dan panduan semua.

Sila klik di sini untuk mendapatkan jadual waktu berbuka puasa dan Imsak Tahun 1430H/2009M bagi Zon 1 : Daerah Gombak, Petaling/Shah Alam, Hulu Selangor, Hulu Langat dan Sepang.

Selasa, 21 Julai 2009

Ahli PPTI Diserang Angin Ahmar

Adalah dimaklumkan salah seorang ahli Persatuan Penduduk Taman Ixora, En. ISMAIL BIN ZAKARIA (No. 18, Jalan Ixora 1/13) telah dimasukkan ke Hospital Putrajaya pada hari Rabu (15 Julai 2009) kerana diserang Angin Ahmar. Beliau telah mengalami lumpuh sebelah kiri badan. Setelah menjalani rawatan di hospital beliau telah dibenarkan keluar wad pada hari Isnin (20 Julai 2009).

Kepada semua ahli PPTI yang mempunyai kelapangan bolehlah melawat beliau di rumah. PPTI mendoakan semoga beliau cepat sembuh dan dapat menjalani aktiviti harian seperti biasa. InsyaAllah.

Isnin, 20 Julai 2009

Malam Kecerian Jalan 1/2

Pada 19 Julai 2009 (Ahad) jam 8.30 malam, penduduk Jalan 1/2 telah menganjurkan Malam Keceriaan Jalan 1/2. Program pada malam berkenaan adalah bacaan doa, ucapan Ketua Lorong dan jamuan barbeque. Ketua Lorong mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada penduduk yang turut serta dan memohon maaf sekiranya persiapan dan makanan yang disediakan tidak seberapa. Dimaklumkan penduduk telah membuat kutipan RM30.00 bagi setiap keluarga untuk menampung kos penganjuran program berkenaan.

Diantara objektif program adalah:-
1. Merapatkan hubungan silaturrahim di antara keluarga penduduk Lorong 1/2
2. Menyemaikan semangat gotong-royong dikalangan penduduk semasa persediaan tempat, peralatan dan menyediakan masakan
3. Berbincang aktiviti yang akan dilaksanakan pada masa hadapan untuk merapatkan lagi silaturrahim dan semangat kerjasama dikalangan penduduk

Persatuan Penduduk Taman Ixora mengucapkan tahniah kepada penduduk Lorong 1/2 yang telah menganjurkan program berkenaan dengan jayanya. Semoga program seperti ini diadakan juga oleh lorong-lorong lain untuk merapatkan hubungan kekeluargaan di antara kita.

Program berkenaan berakhir pada jam 10.30 malam.

Sila klik di sini untuk melihat gambar semasa program berkenaan.

Jumaat, 17 Julai 2009

Ekspedisi Mendaki Puncak Kinabalu

Pada 10 - 13 Julai 2009, seorang ahli Persatuan Penduduk Taman Ixora (En. KAMARUAL RASIDI BIN ABDUL RASHID, No. 1, Jalan 1/2) telah mengikuti ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu. Ekspedisi berkenaan telah disertai oleh 24 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan syarikat Air Asia Berhad.

Berikut adalah jadual ekspedisi pendakian berkenaan :
- 10 Julai (Jumaat) jam 6.50 pagi - Bertolak dari LCCT Sepang ke Kota Kinabalu
- 11 Julai (Sabtu) jam 8.00 pagi - Mula pendakian dari Mesilau ke Laban Rata. Tiba di Laban Rata jam 5.00 petang
- 12 Julai (Ahad) jam 2.45 pagi - Mula mendaki puncak Kinabalu dari Laban Rata. Tiba di puncak Kinabalu jam 5.30 pagi. Meluangkan masa selama setengah jam di puncak Kinabalu
- 12 Julai (Ahad) jam 6.00 pagi - Mula menuruni puncak Kinabalu. Tiba di Laban Rata jam 9.00 pagi. Berehat sebentar di Laban Rata.
- 12 Julai (Ahad) jam 9.00 pagi - Mula turun dari Laban Rata ke Mesilau. Tiba di Mesilau jam 5.00 petang.
- 13 Julai (Isnin) jam 12.00 tengahari - Bertolak dari Kota Kinabalu ke LCCT Sepang.

Beliau telah menceritakan sedikit pengalaman semasa mengikuti ekspedisi berkenaan.
1. Kekuatan mental dan fizikal serta keadaan cuaca dan nasib mempengaruhi kejayaan ekspedisi berkenaan.
2. Semangat setiakawan dan berpasukan merupakan pendorong yang utama untuk menghadapi cabaran mendaki puncak Kinabalu.
3. Suasana yang berangin, berkabus dan temperature 3 darjah celcius merupakan dugaan yang hebat yang harus ditempuhi.

Pengerusi persatuan penduduk dan beberapa ahli persatuan di Jalan Ixora 1/2 telah memberikan semangat kepada beliau untuk mengikuti ekspedisi berkenaan dan mendoakan supaya beliau sampai di puncak Kinabalu dengan selamat. Alhamdulillah berkat doa dan dorongan kawan-kawan beliau telah berjaya mendaki puncak Kinabalu dengan jayanya. PPTI amat berbangga dengan kejayaan beliau.

Sekiranya mendapat penyertaan daripada penduduk, PPTI akan cuba menganjurkan program seperti ini dengan bantuan dan tunjuk ajar daripada beliau. PPTI berharap agar kesungguhan dan semangat yang ditujukkan oleh beliau menjadi pendorong kepada ahli PPTI yang lain untuk mencipta kejayaan yang boleh membanggakan diri, keluarga dan masyarakat amnya.

Sila klik di sini untuk melihat gambar semasa ekspedisi berkenaan.

Isnin, 13 Julai 2009

Kejadian Pecah Rumah Berulang Kembali

Pada 13 Julai 2009(Isnin), anggaran jam 11.00 pagi hingga 12.30 tengahari, rumah No. 142, Jalan Ixora 1/1, Taman Ixora telah dipecah masuk melalui tingkap di tingkat atas rumah. Perompak berkenaan telah menggunakan tangga untuk memasuki tingkap atas rumah berkenaan.

Dilaporkan sejumlah barang kemas dan telefon bimbit didapati hilang selepas kejadian berkenaan. Pihak polis telah menjalankan siasatan lanjut dengan menyoal siasat beberapa orang pekerja kontrak warga Indonesia yang berada di sekitar tempat kejadian. Ini adalah berdasarkan kepada tangga yang digunakan oleh perompak berkenaan adalah tangga buatan sendiri yang digunakan untuk memperbaiki kerosakan rumah yang masih di bawah tempoh waranti pemaju.

Sehubungan dengan itu, PPTI ingin menasihatkan penduduk supaya berhati-hati kerana kejadian seperti ini biasa berlaku di waktu siang hari.

Papan Kenyataan Berkunci Taman Ixora

Pada hari Khamis, 9 Julai 2009 kontraktor yang dilantik oleh Majlis Perbandaran Sepang telah memasang papan kenyataan berkunci Taman Ixora. Lokasi papan tanda berkenaan adalah berhadapan Taman Permainan Kanak-Kanak, Jalan Ixora 1/2. Pemasangan papan kenyataan berkenaan adalah hasil daripada Majlis Dialog bersama wakil Persatuan Penduduk Taman Ixora dan Timb. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang pada 21 Februari 2009.

Tujuan pemasangan papan kenyataan berkenaan adalah :-
1. Menghebahkan maklumat yang perlu diketahui kepada semua penduduk Taman Ixora.
2. Mempamerkan maklumat mengenai Persatuan Penduduk Taman Ixora, aktiviti yang telah dan akan dijalankan dari semasa ke semasa.
3. Menyediakan ruang iklan kepada individu atau syarikat yang ingin menawarkan perkhidmatan kepada penduduk Taman Ixora seperti lori untuk disewa, pengubahsuaian rumah, iklan rumah untuk disewa/dijual dan sebagainya. Ini untuk mengelakkan individu/syarikat berkenaan menampal papan tanda di tiang-tiang elektrik dan pokok di sekitar Taman Ixora. Individu/syarikat yang berminat untuk mengiklankan produk/perkhidmatan bolehlah menghubungi Setiausaha (019-2828422) untuk tujuan tersebut.

Penduduk Taman Ixora mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang yang telah meluluskan pemasangan peralatan berkenaan. Semoga kerjasama yang diberikan diteruskan lagi pada masa akan datang untuk kesejahteraan penduduk Taman Ixora.

Jumaat, 3 Julai 2009

Majlis Bacaan Yasin Dan Tazkirah Kaum Ibu Kali Ke-6

Persatuan Penduduk Taman Ixora telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Tazkirah Kaum Ibu kali ke-6 pada tarikh dan tempat seperti berikut:

Tarikh : 4 Julai 2009 (Sabtu)
Masa : 2.30 Petang - 4.30 Petang
Tempat : Taska Permata Ixora, No. 67, Jalan Ixora 1/2, Taman Ixora

Objektif program
1. Mengeratkan silaturrahim antara semua kaum ibu di Taman Ixora.
2. Berbincang mengenai aktiviti-aktiviti yang dapat dilaksanakan bagi manfaat bersama.
3. Memohon keberkatan daripada Allah S.W.T untuk kesejahteraan penduduk Taman Ixora.

Jumaat, 26 Jun 2009

Pertandingan Boling Keluarga Taman Ixora Tahun 2009

Persatuan Penduduk Taman Ixora telah menganjurkan Pertandingan Boling Keluarga Taman Ixora Tahun 2009 pada tarikh dan tempat seperti berikut:-

Tarikh : 28 Jun 2009 (Ahad)
Masa : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Tempat : ARL Bowl, Alamanda, Putrajaya

Objektif Pertandingan
1.Merapatkan hubungan kekeluargaan dikalangan penduduk Taman Ixora melalui sukan boling.
2.Menyemai semangat kesukanan dikalangan penduduk.
3.Mengenalpasti pemain yang berkebolehan untuk mewakili Taman Ixora ke pertandingan yang akan dianjurkan.

Hadiah Yang Ditawarkan Kepada Pemenang
1. Piala Pusingan, Piala Iringan dan Hamper Bagi Tempat Pertama
2. Piala Iringan dan Hamper Bagi Tempat Kedua, Ketiga, Keempat dan Kelima
3. Piala Saguhati dan Hamper Bagi Tempat Keenam, Ketujuh, Kelapan, Kesembilan dan Kesepuluh
4. Piala Saguhati Untuk Semua Peserta
5. Piala Untuk Pemenang Jatuhan Pin Tertinggi

Seramai 68 orang peserta yang terdiri daripada 17 kumpulan menyertai pertandingan ini. Penyertaan adalah terbuka kepada semua penduduk Taman Ixora dan ahli keluarga. Pertandingan adalah secara berpasukan (4 orang peserta bagi satu pasukan). Setiap peserta bermain 2 permainan (game).

Senarai Pemenang Pertandingan
1. Tempat Pertama - Keluarga En. Noraznol Adly Bin Ngadiron (1,116 mata)
2. Tempat Ke-2 - Keluarga En. Nik Mohd Irfan Bin Nik Adnan (1,111 mata)
3. Tempat Ke-3 - Keluarga En. Zulkefli Bin Hashim (986 mata)
4. Tempat Ke-4 - Keluarga En. Mohd Hasiady Bin Yasin (947 mata)
5. Tempat Ke-5 - Keluarga En. Norhisyam Bin Wahid (945 mata)
6. Tempat Ke-6 - Keluarga En. Sakdon Bin Kayon (938 mata)
7. Tempat Ke-7 - Keluarga En. Mohd Fadzly Bin Amat (921 mata)
8. Tempat Ke-8 - Keluarga En. Mohamad Fuad Bin Adam (887 mata)
9. Tempat Ke-9 - Keluarga En. Kamarual Rasidi Bin Abdul Rashid (800 mata)
10. Tempat Ke-10 - Keluarga En. Sharuddin Bin Mat (797 mata)
11. Pemenang bagi kategori Jatuhan Pin Tertinggi dimenangi oleh En. Nik Mohd Irham Bin Nik Adnan (358 mata)

Sila klik di sini untuk mendapatkan senarai lengkap pemenang pertandingan.

Persatuan Penduduk Taman Ixora mengucapkan tahniah kepada pemenang pertandingan dan semua peserta yang mengambil bahagian. Persatuan juga mengalu-alukan penyertaan bagi tahun hadapan. InsyaAllah.

Sila klik di sini untuk melihat gambar semasa pertandingan berkenaan diadakan.

Khamis, 25 Jun 2009

INFLUENZA A (H1N1) - Fakta dan Soalan Lazim

1.Apakah tanda dan gejala influenza A(H1N1) pada manusia?
Tanda dan gejala Influenza A(H1N1) pada manusia adalah serupa dengan gejala selsema manusia termasuk demam, batuk, sakit tekak, sakit-sakit badan, sakit kepala serta badan berasa sejuk dan lesu. Terdapat juga sesetengah kes yang mengalami cirit birit dan muntah.

2.Bagaimana manusia boleh dijangkiti?
Manusia selalunya dijangkiti Influenza A(H1N1) melalui hubungan langsung dengan babi atau persekitaran yang dijangkiti virus Influenza A(H1N1). Terdapatkes di mana manusia yang dijangkiti tidak mempunyai sejarah hubungan secara langsung dengan haiwan ini atau persekitarannya. Jangkitan manusia kepada manusia yang telah dilaporkan adalah terhad kepada hubungan rapat dikalangan manusia dan di dalam kumpulan-kumpulan kecil.

3.Adakah terdapat vaksin bagi melindungi manusia daripada jangkitan Influenza A (H1N1)?
Tidak ada. Vaksin influenza bermusim yang dihasilkan mengikut cadanganPertubuhan Kesihatan Sedunia tidak mengandungi virus Influenza A(H1N1). Tidak juga diketahui samada vaksin bermusim boleh mencegah jangkitan virus InfluenzaA(H1N1) yang berlaku sekarang.

4.Apakah rawatan bagi Influenza A(H1N1)?
Kebanyakan kes Influenza A(H1N1) yang dilaporkan sebelum ini pulih sepenuhnya daripada penyakit itu tanpa memerlukan rawatan dan antiviral.

5.Berapakah tempoh masa jangkitan Influenza A(H1N1) daripada manusia kepada manusia lain? Mereka yang dijangkiti virus Influenza A(H1N1) boleh menyebarkan penyakitini selagi mereka mempunyai gejala penyakit dan boleh berlanjutan selama 7 hari daripada tarikh mendapat jangkitan(onset). Kanak-kanak terutamanya yang masih kecil, berpotensi menyebarkan penyakit ini pada tempoh yang lebih panjang.

6.Apa yang boleh dilakukan untuk melindungi diri daripada sakit / dijangkiti/menjangkiti dengan mengambil lanngkah-langkah berikut :

Jika anda batuk atau bersin:
◦Tutup hidung dan mulut anda dengan tisu atau saputangan
◦Buang tisu yang telah digunakan
◦Basuh tangan dengan sabun dan air bersih

◦ Amalkan kebersihan diri. Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun danair, terutamanya selepas anda batuk. Pembersih tangan berasaskan alkohol juga boleh digunakan.
◦ Elakkan berhubung rapat dengan mereka yang sakit .
◦ Jika anda sakit kerana selsema, duduk di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain bagi memastikan anda tidak menjangkiti mereka. Elakkan darimenyentuh mata, hidung atau mulut anda.
◦ Segera dapatkan rawatan di kemudahan kesihatan berdekatan sekiranya anda mengalami tanda gejala penyakit ini setelah pulang dari negara atau kawasan yang dijangkiti Selsema Babi.

Sila klik untuk mendapatkan lanjut:

Rabu, 24 Jun 2009

Akaun Bank PPTI

Pada 19 Jun 2009, jam 11.30 pagi, Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari telah hadir ke Bank Islam Cawangan Nilai, Negeri Sembilan untuk membuka akaun persatuan. Permohonan untuk membuka akaun telah diluluskan dan butiran akaun adalah seperti berikut:-

Nama Akaun : PERSATUAN PENDUDUK TAMAN IXORA BBST SEPANG SELANGOR (2008)
No. Akaun : 05-058-01-001209-5
Cawangan : BANK ISLAM CAWANGAN NILAI

Akaun ini akan digunakan untuk urusan kewangan persatuan.

Ahad, 21 Jun 2009

Kursus Motivasi Dan Teknik Menjawab Soalan Untuk Pelajar UPSR

Persatuan Penduduk Taman Ixora telah menganjurkan Kursus Motivasi Dan Teknik Menjawab Soalan Untuk Pelajar UPSR pada tarikh dan tempat seperti berikut:-

Tarikh : 20 dan 21 Jun 2009
Tempat : Dewan Besar, Masjid Sultan Hishamuddin, Bandar Baru Salak Tinggi
Tempoh Kursus : 2 Hari

Objektif Kursus :
1.Menyuntik semangat dan azam yang tinggi dikalangan peserta untuk menghadapi peperiksaan.
2.Mendedahkan peserta yang terdiri daripada pelajar yang akan mengambil UPSR tentang teknik-teknik menjawab kertas soalan peperiksaan dengan betul.
3.Membuka minda pelajar kepada pilihan-pilihan yang boleh dibuat selepas tamat UPSR.

Senarai Penceramah :
1. Cikgu Mohd Fadzli Bin Abd. Manaf - Motivasi
2. Cikgu Norzalina Bt Ibrahim - Bahasa Inggeris
3. Cikgu Samsudin Bin Sahadan - Matematik
4. Cikgu Nor Azila Bt Mohd Daud - Bahasa Melayu
5. Cikgu Mohd Zaki Bin Mohd Mukhtar - Sains

Seramai 28 orang pelajar yang tinggal di sekitar Bandar Baru Salak Tinggi telah mengikuti kursus berkenaan. Yuran Penyertaan yang dikenakan adalah RM50.00 seorang peserta (Sijil penyertaan disediakan).

Sila klik di sini untuk melihat gambar semasa kursus berkenaan diadakan.

Jumaat, 19 Jun 2009

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Bil. 7/2009

Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Ixora telah mengadakan mesyuarat pada 18 Jun 2009 dan membuat beberapa keputusan berikut:-

1. Membuka akaun semasa Bank Islam untuk urusan kewangan persatuan. Membatalkan keputusan mesyuarat Bil. 6/2009 untuk membuka akaun Maybank Islamic kerana beberapa masalah teknikal. Permohonan untuk membuka akaun telah dihantar pada 17 Jun 2009 di Bank Islam Cawangan Bandar Baru Nilai.
2. Menangguhkan keputusan untuk membuat papan tanda rumah ahli PPTI setelah mempertimbangkan beberapa masalah teknikal.
3. Melanjutkan tempoh kepada ahli PPTI untuk mengembalikan borang Khairat Kematian Takaful Ikhlas sehingga hujung bulan ini (30 Jun 2009). Ini adalah untuk memberikan peluang kepada ahli yang belum berbuat demikian menyertai skim ini. Sehingga 18 Jun 2009 seramai 62 ahli telah mengembalikan borang berkenaan.
4. Membuat permohonan bonggol Fasa 2 di Taman Ixora kepada Majlis Perbandaran Sepang untuk dipertimbangkan.
5. Membuat follow up dengan syarikat pemaju Getrahome mengenai tapak projek Balai Islam di Taman Ixora.
6. Menghantar surat rayuan permohonan pengurangan cukai pintu kepada Majlis Perbandaran Sepang dan membuat salinan kepada Dato' Ronnie Liu.

Ahad, 31 Mei 2009

Majlis Perkahwinan Ahli PPTI

Pada hari Ahad, 31 Mei 2009 bersamaan 6 Jamadialakhir 1430 Hijrah salah seorang ahli Persatuan Penduduk Taman Ixora (Puan Rabitah Bt. Mohamed Mokhtar) telah melangsungkan Majlis Perkahwinan dengan (YM Tengku Abdul Rahman Bin Tengku Ja'afar). Majlis berkenaan telah diadakan di rumah beliau No. 18, Jalan Ixora 1/12, Taman Ixora.

Semua ahli Persatuan Penduduk Taman Ixora mengucapkan tahniah dan mendoakan semoga rumahtangga yang dibina berkekalan sehingga ke akhir hayat. Amin.

Sila klik di sini untuk melihat gambar semasa majlis berkenaan diadakan.

Majlis Bacaan Yasin Dan Tahlil Jalan Ixora 1/11

Pada 30 Mei 2009 jam 9.15 malam, penduduk Jalan Ixora 1/11 telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil di rumah En. MUHAMMAD IQBAL ASYRAN BIN MOHD SAID (No. 19, Jalan Ixora 1/11). Majlis berkenaan adalah merupakan aktiviti bulanan penduduk Jalan Ixora 1/11 secara bergilir-gilir setiap bulan. Aktiviti berkenaan diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan penduduk dengan aktiviti kerohanian dan memohon keberkatan daripada Allah S.W.T agar kehidupan kita seharian dirahmati Allah selalu hendaknya.

Pada majlis berkenaan juga Persatuan Penduduk Taman Ixora diwakili oleh Setiausaha dan 2 orang AJK telah menyerahkan sumbangan berbentuk hamper kepada keluarga En. MUHAMMAD IQBAL ASYRAN BIN MOHD SAID di atas kelahiran cahayamata ketiga beliau pada 30 Mac 2009 di Pusat Perubatan Naluri, Wangsa Maju. Bayi lelaki berkenaan diberi nama Muaz Mustaqim. Semua ahli persatuan mengucapkan tahniah dan berdoa semoga anak yang dilahirkan tergolong dikalangan anak yang soleh. Amin.


Sila klik di sini untuk melihat gambar semasa majlis berkenaan diadakan.

Isnin, 25 Mei 2009

Ulang Tahun Pertama Penubuhan Persatuan Penduduk Taman Ixora (PPTI)

Persatuan Penduduk Taman Ixora akan menyambut ulang tahun penubuhannya yang pertama pada 26 Mei 2009 (Selasa). Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Ixora bagi Sesi 2009/2010 mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada semua individu yang terlibat sehingga tertubuhnya persatuan ini. Walaupun pada peringkat permulaannya pelbagai masalah dihadapi namun dengan usaha gigih individu yang terlibat semua masalah dapat ditangani dengan jayanya.

Satu Majlis Kesyukuran akan diadakan untuk memohon keberkatan daripada Allah S.W.T. supaya persatuan yang ditubuhkan ini khususnya dan penduduk Taman Ixora secara umumnya dirahmati dan diberkati serta dijauhkan daripada musibah. Hebahan mengenai majlis berkenaan akan dimaklumkan kepada ahli dalam waktu terdekat.

InsyaAllah.

Ceramah Pencegahan Jenayah Dan Majlis Dialog Bersama Penduduk Taman Ixora Dan PDRM

Persatuan Penduduk Taman Ixora telah menganjurkan program Ceramah Pencegahan Jenayah Dan Majlis Dialog Bersama Penduduk Taman Ixora Dan Polis Diraja Malaysia pada tarikh dan tempat seperti berikut:-

Tarikh : 24 Mei 2009 (Ahad)
Masa : 9.00 Pagi - 11.30 Pagi
Tempat : Taman Permainan Kanak-Kanak, Taman Ixora
Dirasmikan Oleh : Tuan Haji Ramlan Bin Sajadi, Ahli Majlis Zon Sepang Putra

Diantara objektif program ialah:
1. Merapatkan hubungan diantara penduduk Taman Ixora dan PDRM.
2. Mewujudkan jaringan perhubungan yang bersepadu diantara penduduk dan Polis untuk membendung dan mengatasi jenayah di Taman Ixora.
3. Memberikan peluang kepada penduduk untuk menyuarakan pendapat dan pandangan terhadap Polis.
4. Memberikan pendedahan kepada penduduk bentuk dan kejadian jenayah serta statistik terkini jenayah di daerah Sepang.

Beberapa kaunter dan ruang pameran turut disediakan:
1. Ruang Pameran Jenayah PDRM
2. Ruang Pameran Narkotik PDRM
3. Ruang Pameran Trafik PDRM
4. Ruang Pameran Dan Pendaftaran Rakan Cop
5. Kaunter Keahlian dan Pembayaran Yuran PPTI

Penyertaan penduduk Taman Ixora amat menggalakkan dan pihak Persatuan Penduduk Taman Ixora mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang dan Majlis Perbandaran Sepang dalam menjayakan program ini.

Program yang dianjurkan ini telah mendapat liputan daripada Akhbar Sinar Harian. Terima kasih diucapkan kepada Cik Siti Azielah Wahi - 019-2650825 (Skuad Cakna Daerah Sepang).

Sila klik di sini untuk melihat gambar semasa program berkenaan.

Sabtu, 23 Mei 2009

Insiden Ahli PPTI Terlibat Dengan Kemalangan Jalan Raya

Pada 23 Mei 2009 (Sabtu), jam 8.00 pagi salah seorang ahli Persatuan Penduduk Taman Ixora (En. MOHAMMAD SYAMSINAR BIN JAAIFAR, No. 7, Jalan 1/2) telah terlibat dengan kemalangan jalan raya. Lokasi kejadian adalah di persimpangan lampu isyarat Taman Seroja. Kereta Perodua Kancil yang beliau pandu telah berlanggar dengan sebuah kereta Perodua Kancil dari arah bertentangan di persimpangan lampu isyarat berkenaan.

Dimaklumkan beliau dalam perjalanan ke tempat kerja. Alhamdulillah beliau tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius. Penduduk Taman Ixora adalah dinasihati supaya berhati-hati di jalanraya kerana kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa dengan sedikit kecuaian daripada kita sendiri atau kecuaian orang lain.

Sila klik di sini untuk melihat gambar kejadian di lokasi berkenaan.

Rabu, 20 Mei 2009

Majlis Bacaan Yasin Dan Tazkirah Kaum Ibu Kali Ke-5

Persatuan Penduduk Taman Ixora telah mengadakan majlis bacaan yasin dan tazkirah kaum ibu kali ke-5 pada tarikh dan tempat seperti berikut:

Tarikh : 23 Mei 2009 (Sabtu)
Masa : 2.30 Petang - 4.30 Petang
Tempat : No. 32, Jalan Ixora 1/11, Taman Ixora (Rumah Hajjah Noraini)

Objektif program
1. Mengeratkan silaturrahim antara semua kaum ibu di Taman Ixora.
2. Berbincang mengenai aktiviti-aktiviti yang dapat dilaksanakan bagi manfaat bersama.
3. Memohon keberkatan daripada Allah S.W.T untuk kesejahteraan penduduk Taman Ixora.

Alhamdulillah penyertaan daripada kaum ibu amat menggalakkan. InsyaAllah program ini akan diadakan lagi pada bulan hadapan.

Isnin, 18 Mei 2009

Program Kitar Semula Di Taman Ixora

Persatuan Penduduk Taman Ixora telah menganjurkan Program Kitar Semula di Taman Ixora pada tarikh dan tempat seperti berikut:-

Tarikh : 16 Mei (Sabtu) dan 17 Mei 2009 (Ahad)
Masa : 9.00 Pagi - 11.00 Pagi
Tempat Pengumpulan Barangan : No. 13, Jalan Ixora 1/13, Taman Ixora

Diantara objektif program :-
1. Fikir dulu sebelum buang. Menjadikan amalan mengitar semula sebagai sebahagian budaya hidup penduduk Taman Ixora.
2. Mengumpul barangan yang boleh dikitar semula untuk dijual bagi menjana sumber pendapatan persatuan.

Sambutan yang diterima daripada ahli persatuan amat menggalakkan. Seramai 30 orang ahli persatuan telah mengambil bahagian dengan menyumbangkan barangan yang boleh dikitar semula seperti botol plastik, tin aluminium, kertas dan barangan kaca untuk dikumpulkan dan dijual kepada syarikat Alam Flora.

Diantara barangan yang berjaya dikumpulkan adalah seperti berikut:-
1. 300kg surat khabar
2. 40kg plastik
3. 30kg besi
4. 5kg tin aluminium
5. 50kg kotak
6. 10kg majalah

Persatuan mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada ahli persatuan yang telah mengambil bahagian. Semoga dengan kesedaran mengenai program kitar semula ini dapat membantu menjimatkan tempat pembuangan sampah disamping mendapatkan pulangan wang daripada barangan yang disumbangkan. Sumbangan anda amatlah dihargai. InsyaAllah program ini akan diteruskan lagi pada masa hadapan secara 2 bulan sekali.

Sila klik di sini untuk melihat gambar semasa program berkenaan.

Isnin, 11 Mei 2009

Aduan Kerosakan Jalan Di Perumahan Taman Ixora

Majlis Perbandaran Sepang sedang mengumpulkan maklumat kerosakan jalan di kawasan perumahan Majlis Perbandaran Sepang. Sehubungan dengan itu penduduk yang mempunyai maklumat mengenai kerosakan jalan disetiap lorong dan jalan di Taman Ixora bolehlah memberikan maklumat diruangan 'comments' untuk disalurkan kepada MPSp. Jalan yang rosak akan diperbaiki dengan kadar segera. Gambar lokasi kerosakan akan diambil berdasarkan maklumat daripada penduduk.

Sila berikan maklumat seperti no. lorong, no. rumah berhampiran dan jenis kerosakan sebelum atau pada 13 Mei 2009 (Rabu). Kerjasama anda memberikan maklumat amatlah dihargai.

Beberapa jalan telah dikenalpasti. Sila klik di sini untuk melihat gambar kerosakan jalan berkenaan.