Rabu, 29 April 2009

Pemasangan Besi Penghadang Di Taman Permainan Kanak-Kanak, Taman Ixora

Pada 28 April 2009, kontraktor yang dilantik oleh Majlis Perbandaran Sepang telah memasang besi penghadang di sekeliling Taman Permainan Kanak-Kanak di Jalan Ixora 1/9, Taman Ixora. Pemasangan besi penghadang ini adalah susulan daripada keputusan yang dibuat semasa Majlis Dialog bersama Wakil Persatuan Penduduk Taman Ixora dan Majlis Perbandaran Sepang pada 12 Februari 2009 dan aduan penduduk melalui sistem e-Aduan Majlis Perbandaran Sepang bertarikh 19 Februari 2009, Nombor Aduan (6442).

Pemasangan besi penghadang berkenaan amatlah diperlukan untuk keselamatan penduduk terutamanya kanak-kanak yang bermain di Taman Permainan berkenaan. Laluan masuk yang tidak berpagar sebelum ini amatlah berbahaya kepada kanak-kanak kerana kemungkinan terjatuh ke dalam longkang yang kedalamannya sehingga 3 meter.

Terima kasih diucapkan kepada Majlis Perbandaran Sepang yang amat perihatin dengan kebajikan dan kemudahan untuk penduduk Taman Ixora. Semoga kerjasama yang ditunjukkan menjadi contoh kepada pihak berkuasa tempatan yang lain dalam menjaga hal ehwal kebajikan orang ramai.

Isnin, 27 April 2009

Kutipan Yuran Keahlian Tahun 2009

Semua ahli Persatuan Penduduk Taman Ixora hendaklah menjelaskan bayaran yuran keahlian tahun 2009 sebanyak RM30.00 setahun sebelum 30 April 2009 sebagaimana surat yang telah diedarkan kepada tuan/puan. Bagi ahli yang telah menjelaskan bayaran yuran keahlian tahun 2009 sebanyak RM5.00 hendaklah menjelaskan baki bayaran sebanyak RM25.00 lagi. Kerjasama tuan/puan untuk menjelaskan yuran berkenaan amatlah dihargai.

Bayaran boleh dibuat kepada Bendahari atau mana-mana ahli jawatankuasa seperti di Senarai Jawatankuasa PPTI BBST disebelah kanan laman blog ini. Sekian dimaklumkan.

Sumbangan Persatuan Bagi Kelahiran Cahaya Mata


Pada hari Ahad, 26 April 2009 jam 6.00 petang, Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Ixora diwakili oleh Pengerusi, Setiausaha dan seorang ahli telah berkunjung ke rumah En. Zaimi Bin Kasim di No. 28, Jalan Ixora 1/2 untuk mengucapkan tahniah di atas kelahiran cahayamata ketiga beliau. Isteri beliau telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki di Hospital Ampang pada 30 Mac 2009. Bayi berkenaan diberi nama Muhammad Amsyar.

Semua ahli persatuan mendoakan semoga anak yang dilahirkan dikurniakan kesihatan yang baik dan menjadi anak yang soleh. Amin.

Ahad, 26 April 2009

Pertandingan Futsal Tertutup JPP BBST Utara/Selatan

Jawatankuasa Perunding Penduduk Zon Bandar Baru Salak Tinggi Utara/Selatan, Majlis Perbandaran Sepang telah menganjurkan Pertandingan Futsal Tertutup JPP BBST U/S pada :

Tarikh : 25 April 2009 (Sabtu)
Masa : 8.00 Pagi - 1.00 Petang
Tempat : Meracipta Futsal Bandar Baru Salak Tinggi

Cadangan Hadiah bagi pertandingan berkenaan ialah:-
1. Piala Pusingan JPP
2. Piala Iringan untuk Juara
3. Medal untuk tempat Pertama, Kedua, Ketiga dan Keempat

Setiap pasukan dikenakan bayaran RM50.00 sebagai bayaran penyertaan.

Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Ixora telah bersetuju untuk menghantar 2 pasukan bagi mewakili Taman Ixora ke pertandingan tersebut. Pemain yang mewakili Taman Ixora adalah pemain yang telah dipilih semasa permainan futsal Taman Ixora pada 11 April 2009 lalu. Satu pasukan terdiri daripada 9 orang pemain. Bayaran penyertaan telah disumbangkan oleh persatuan.

Senarai pemain pasukan 1 : Ixora Number One
1. MOHD SHARULNIZAM BIN SULAIMAN, N0. 9, Jalan 1/10
2. ZULFAHMI BIN ABD. WAHID AMINI, No. 9, Jalan 1/5
3. MOHD AZNULI NUZI BIN AWANG, N0.34, Jalan 1/11
4. SUHAIRY BIN SANI, No. 29, Jalan 1/2
5. SYAHRIZAN BIN DAUD, No. 5, Jalan 1/12
6. NORAZAM BIN MAMAT, No. 8, Jalan 1/11
7. MOHD SHAMSUL AKHMAR BIN MUSA, No. 20, Jalan 1/11
8. MOHAMAD FUAD BIN ADAM, No. 10, Jalan 1/11
9. MOHAMAD ANUAR BIN ZAINAL ABIDIN, No. 55, Jalan 1/2

Senarai pemain pasukan 2 : Ixora Number Two
1. NOOR FAISAL BIN MAJID KHAN, No. 92, Jalan 1/1
2. MOHD NAZRI BIN MOHD GHAZALI, No. 21, Jalan 1/10
3. AB HALIM BIN HASAN, No. 28, Jalan 1/11
4. SALLEH BIN SUFIAN, No. 7, Jalan 1/10
5. ABUZAH BIN ABDULLAH, No. 13, Jalan 1/5
6. AZHAR BIN ISMAIL, No. 3, Jalan 1/5
7. MOHD ZAN BIN ABDUL RAHMAN, No. 4, Jalan 1/5
8. MOHD FAZMIN BIN RAIMEE, No. 3, Jalan 1/12
9. MOHD FIRDAUS BIN AHMAD, No. 10, Jalan 1/5

Prestasi yang ditunjukkan oleh pasukan Taman Ixora amat memuaskan. Walaupun kita tidak berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir namun semangat kesukanan yang ditunjukkan adalah yang terbaik. InsyaAllah kita akan cuba lagi pada masa akan datang.

Pasukan ASOKA (Taman Anggerik) telah memenangi Tempat Pertama Terbuka manakala pasukan Taman Mawar 1 (Taman Mawar 1) memenangi Tempat Pertama Bawah 21 tahun.

Sila klik di sini untuk gambar semasa aktiviti diadakan.

Jumaat, 24 April 2009

Majlis Bacaan Yasin Dan Tazkirah Kaum Ibu Kali Ke-4

Persatuan Penduduk Taman Ixora telah mengadakan majlis bacaan yasin dan tazkirah kaum ibu kali ke-4 pada tarikh dan tempat seperti berikut:

Tarikh : 25 April 2009 (Sabtu)
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Taska Permata Ixora, No. 67, Jalan Ixora 1/9

Seramai 10 orang kaum ibu telah menghadiri majlis berkenaan. Berdasarkan kepada sambutan yang kurang menggalakkan, persatuan menyeru supaya kaum ibu yang sedia maklum mengenai majlis yang akan diadakan menjemput jiran tetangga untuk turut serta. Program ini akan diteruskan demi keberkatan penduduk Taman Ixora. Segelintir kaum yang membuat kebaikan, limpahan keberkatannya akan turut dirasai oleh kaum yang berada disekelilingnya.

Majlis bacaan yasin ini diadakan secara bulanan. Majlis yang seterusnya akan diadakan 23 Mei 2009. InsyaAllah ...

Rabu, 22 April 2009

Bersama Cegah Perkara Keji dan Mungkar

Pada 19 April 2009 jam 4.00 pagi, penduduk Taman Ixora dan beberapa anggota polis telah melakukan serbuan ke sebuah rumah penduduk Taman Ixora (No. 99, Jalan 1/2). Berdasarkan kepada pemerhatian dan beberapa siri rondaan mulai jam 11.30 malam, 18 April 2009 penduduk mengesahkan terdapat aktiviti yang agak mencurigakan berlaku di rumah berkenaan. Adalah dimaklumkan oleh jiran, penghuni rumah berkenaan adalah penyewa.

Setelah serbuan dilakukan didapati terdapat 4 orang lelaki dan 3 orang perempuan keluar daripada rumah berkenaan. Mereka terdiri daripada bukan muhrim, berkumpul pada jam 4.00 pagi untuk tujuan apa sebenarnya ... ini jelas menunjukkan sesuatu perkara maksiat atau mungkar telah dilakukan. Mereka menaiki kenderaan Proton Iswara dengan nombor pendaftaran BHU5776.

Setelah siasatan dilakukan, nasihat yang sewajarnya telah diberikan oleh penduduk dan anggota polis yang melakukan serbuan.

Usaha penduduk untuk mendapatkan bantuan daripada Unit Pencegah Maksiat, Jabatan Agama Islam Selangor (Ustaz Saleh) bagaimanapun gagal diperolehi kerana dimaklumkan pada malam itu, unit berkenaan sedang melakukan serbuan kegiatan maksiat di tempat lain. InsyaAllah perkara yang mungkar ini akan terbongkar juga pada suatu hari dan tunggulah pembalasan daripada Allah kepada umatnya yang lalai dengan keseronokan dunia dan lupa kepada dosa dan pahala.

Adakah kita sebagai penduduk Taman Ixora akan membenarkan perkara maksiat seperti ini berlaku di taman kita yang tercinta ini. Dan ingatlah bahawa setiap perbuatan mungkar yang dilakukan oleh segelintir pihak, akan menjejaskan keberkatan dan rahmat Allah kepada seluruh penduduk Taman Ixora. Marilah kita bersama-sama mencegah perkara yang mungkar daripada berlaku sebelum sesuatu bala atau kesusahan ditimpakan kepada kita semua ekoran daripada tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

Sabtu, 18 April 2009

Program Gotong-Royong Serentak Taman Ixora

Penduduk Taman Ixora telah mengadakan Program Gotong-Royong Serentak Taman Ixora pada tarikh dan lokasi seperti berikut:

Tarikh : 18 April 2009 (Sabtu)
Masa : 9.00 - 10.30 Pagi
Tempat : Persekitaran Rumah dan Lorong Penduduk

Aktiviti yang telah dilakukan oleh penduduk ialah:
1. Menurunkan semua banner, papan iklan, kertas iklan dan sticker yang terdapat di tiang-tiang elektrik, telefon, pokok dan sebagainya.
2. Membersihkan kawasan luar rumah, mengutip sampah dan membersihkan longkang.
3. Membersihkan kawasan taman permainan kanak-kanak.

Sila klik di sini untuk gambar semasa program berkenaan diadakan.

Program ini diadakan sebagai persediaan Taman Ixora untuk pertandingan Taman Tercantik Daerah Sepang anjuran Majlis Perbandaran Sepang. Tempoh pertandingan adalah mulai bulan Februari hingga Jun 2009. Hadiah untuk pemenang pertandingan ialah RM30,000.00. Program ini dijadualkan akan diadakan lagi pada masa hadapan sepanjang tempoh pertandingan.

Rabu, 15 April 2009

Keputusan Undian Pelekat Kenderaan Taman Ixora

Setelah undian ditutup sama ada penduduk Taman Ixora bersetuju atau tidak diperkenalkan pelekat kenderaan pada 12 April 2009, seramai 56 orang penduduk telah membuat undian . 94% penduduk bersetuju menyokong cadangan berkenaan.

Sejumlah 48 penduduk telah mengundi jenis pelekat yang akan diperkenalkan dan keputusan mendapati 52% penduduk mengundi untuk pelekat B. Gambar pelekat berkenaan seperti berikut.

Borang permohonan pelekat kenderaan telah diedarkan kepada semua penduduk Taman Ixora. Sehingga 15 April 2009 seramai 107 orang penduduk telah menghantar borang permohonan. Sambutan penduduk Taman Ixora terhadap perkara ini amat menggalakkan. Terima kasih di atas sokongan penduduk Taman Ixora. Kepada penduduk yang belum berbuat demikian, tuan/puan masih boleh menghantar borang permohonan dari semasa ke semasa.

Sila klik di sini untuk mendapatkan borang permohonan pelekat kereta Taman Ixora.

Pelekat kenderaan berkenaan telah ditempah pada 15 April 2009 dan dijangka siap pada 24 April 2009. Setelah siap pelekat berkenaan akan dihantar ke rumah tuan/puan.

Ahad, 12 April 2009

Pemain Terpilih Pasukan Futsal Taman Ixora


Persatuan Penduduk Taman Ixora telah membuat pemilihan 14 orang pemain untuk mewakili Taman Ixora ke perlawanan futsal daerah Sepang dan mana-mana pertandingan yang akan dianjurkan. Berikut adalah senarai nama pemain yang terpilih :-

1. En. AZHAR BIN ISMAIL, No. 3, Jalan 1/5
2. En. SYAHRIZAN BIN DAUD, No. 5, Jalan 1/12
3. En. SUHAIRY BIN SANI, No. 29, Jalan 1/2
4. En. MOHD NAZRI BIN MOHD GHAZALI, No. 21, Jalan 1/10
5. En. MOHD SHARULNIZAM BIN SULAIMAN, N0. 9, Jalan 1/10
6. En. NORAZAM BIN MAMAT, No. 8, Jalan 1/11
7. En. NOOR FAISAL BIN MAJID KHAN, No. 92, Jalan 1/1
8. En. ZULFAHMI BIN ABD. WAHID AMINI, No. 9, Jalan 1/5
9. En. MOHD AZNULI NUZI BIN AWANG, N0.34, Jalan 1/11
10. En. NOR IRWAN BIN ZULKAFLI, No. 11, Jalan 1/3
11. En. MOHD SHAMSUL AKHMAR BIN MUSA, No. 20, Jalan 1/11
12. En. WAN MOHD SABADIO BIN WAN HASSAN, No. 3, Jalan 1/10
13. En. MOHD FIRDAUS BIN AHMAD, No. 10, Jalan 1/5
14. En. AB HALIM BIN HASAN, No. 28, Jalan 1/11

Tahniah diucapkan, semoga semua pemain yang terpilih ini berusaha dengan bersungguh-sungguh memperoleh kemenangan dan seterusnya mengharumkan nama Taman Ixora.

Permainan Futsal Dan Pemilihan Pemain Pasukan Futsal Taman Ixora


Persatuan Penduduk Taman Ixora telah menganjurkan Permainan Futsal Dan Pemilihan Pemain Pasukan Futsal Taman Ixora pada tarikh dan tempat seperti berikut:-

Tarikh : 11 April 2009 (Sabtu)
Masa : 9.00 Pagi - 1.00 Petang
Tempat : Meracipta Futsal Bandar Baru Salak Tinggi

Tujuan permainan ini dianjurkan adalah untuk :
1. Merapatkan hubungan silaturrahim dikalangan Ahli PPTI melalui sukan futsal.
2. Membuat pemilihan seramai 15 orang pemain (2 pasukan) yang akan mewakili Taman Ixora untuk pertandingan di peringkat daerah Sepang dan mana-mana pertandingan futsal diadakan.

Seramai 33 orang penduduk telah menyertai permainan ini. Penyertaan adalah terbuka kepada semua ahli dan ahli keluarga Persatuan Penduduk Taman Ixora sahaja.

Permainan yang telah dianjurkan ini berjalan lancar dan mencapai objektif yang telah disasarkan di samping memupuk silaturrahim antara penduduk serta dapat meningkatkan lagi semangat kesukanan dikalangan penduduk.

Sila klik di sini untuk koleksi bergambar permainan berkenaan.

Sabtu, 11 April 2009

Sumbangan Persatuan Bagi Kelahiran Cahaya Mata


Pada hari Sabtu, 11 Februari 2009 jam 1.30 petang, Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Ixora diwakili oleh Pengerusi, Timb. Pengerusi dan Setiausaha telah berkunjung ke rumah En. Mohamed Munir Bin Abdul Samad di No. 24, Jalan Ixora 1/11 untuk mengucapkan tahniah di atas kelahiran cahayamata ketiga beliau. Isteri beliau telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan di KPJ Seremban pada 13 Januari 2009. Bayi berkenaan diberi nama Balqis Syuhada.

Semua ahli persatuan mendoakan semoga anak yang dilahirkan dikurniakan kesihatan yang baik dan menjadi anak yang solehah. Amin.

Sumbangan Persatuan Bagi Ahli Yang Ditimpa Musibah


Pada hari Sabtu, 11 April 2009 jam 1.00 petang, Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Ixora diwakili oleh Pengerusi, Timb. Pengerusi dan Setiausaha telah berkunjung ke rumah En. Mohd Suzilan Bin Sahak di No. 13, Jalan Ixora 1/8 untuk bertanya khabar mengenai musibah yang menimpa beliau. Anak ketiga beliau yang dilahirkan pada 26 Mac 2009 di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia telah meninggal dunia kerana kelahiran tidak cukup bulan (5 bulan). Jenazah anak beliau telah diuruskan dan dikebumikan oleh pihak HUKM. Walaubagaimanapun kesihatan isteri beliau, Alhamdulillah sihat walafiat.

Semua ahli persatuan mendoakan semoga beliau bersabar dengan musibah yang menimpa sesungguhnya setiap musibah itu ada hikmah disebaliknya. Persatuan telah memberikan sumbangan berupa wang tunai berjumlah RM50.00 kepada beliau dan berharap semoga kunjungan ikhlas ke rumah beliau dapat merapatkan lagi ukhuwah dikalangan ahli persatuan.

Rabu, 8 April 2009

Masalah Liputan Talian Telekomunikasi Selular di Perumahan Taman Ixora

Pada 5 Mac 2009, salah seorang penduduk Taman Ixora telah membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia berhubung permasalahan liputan talian telefon selular di kawasan perumahan Taman Ixora.

Aduan berkenaan telah mendapat maklumbalas daripada MAXIS:-
1. MAXIS telah menyemak liputan di Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi dan hasil siasatan menunjukkan tahap liputan atau frekuensi yang rendah di kawasan tersebut.
2. Belum ada perancangan untuk usaha menaik taraf mahupun membina pemancar baru di kawasan tersebut buat masa ini.
3. Peningkatan mutu jaringan dan liputan adalah satu keutamaan bagi Maxis.
4. Keputusan untuk berbuat demikian akan melibatkan proses untuk mengenalpasti tapak-tapak yang sesuai, menjalankan ujian-ujian kejuruteraan, mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa, membina dan kerja-kerja optimasi yang akan mengambil masa dan memerlukan perancangan yang lebih teliti dan rapi.

Sila klik di sini untuk mendapatkan lampiran maklum balas yang diterima daripada pihak berkenaan berhubung aduan tersebut untuk makluman.

Ahad, 5 April 2009

Malam Mesra Kejiranan Jalan 1/1



Penduduk jalan 1/1 telah bergotong-royong membuat persediaan bagi mengadakan Malam Mesra Kejiranan Jalan 1/1. Majlis berkenaan telah diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh : 4 Februari 2009 (Sabtu)
Masa : 8.30 hingga 11.00 Malam
Tempat : Di hadapan rumah No. 20, Jalan 1/1

Malam Mesra Kejiranan ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan kejiranan dan memberi ruang anak-anak bergembira sesama mereka sambil menikmati jamuan yang disediakan. Penyertaan daripada kejiranan Jalan 1/1 amat menggalakkan dengan penuh semangat kerjasama sesama jiran. Semoga program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa hadapan. InsyaAllah.

Majlis Bacaan Yasin Dan Tazkirah Kaum Ibu Kali Ke-3

Persatuan Penduduk Taman Ixora telah mengadakan majlis bacaan yasin dan tazkirah kaum ibu kali ke-3 pada tarikh dan tempat seperti berikut:

Tarikh : 4 April 2009 (Sabtu)
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Taska Permata Ixora, No. 67, Jalan Ixora 1/9

Seramai 10 orang kaum ibu telah hadir mengimarahkan majlis ilmu berkenaan. Majlis bacaan yasin ini akan diadakan setiap 2 minggu sekali. Majlis yang seterusnya akan diadakan 18 April 2009. Tempat dan masa adalah sama dan sebarang perubahan akan dimaklumkan kelak. Semua kaum ibu dijemput untuk hadir.

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa PPTI Bil. 5/2009

Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Ixora telah mengadakan mengadakan mesyuarat pada 4 April 2009 dan membuat beberapa keputusan berikut:-

1. Menguatkuasakan kutipan yuran keahlian sebanyak RM30.00 setahun bagi tahun 2009 berdasarkan kepada kelulusan pindaan oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan bertarikh 12 Mac 2009. Semua ahli hendaklah menjelaskan yuran berkenaan sebelum 30 April 2009.
2. Program Gotong-Royong Taman Tercantik akan diadakan pada 18 April 2009. Program akan diadakan secara bersama di setiap lorong. Maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian.
3. Kejohanan Futsal yang dicadangkan pada 11 April 2009 akan diubah format kepada Permainan Futsal dan Pemilihan Wakil Taman Ixora ke pertandingan futsal peringkat daerah Sepang. Ini adalah bagi menggalakkan penyertaan dikalangan ahli dan ahli keluarga.
4. Cadangan sesi dialog bersama pemaju dan MPSp akan dibawa ke dalam mesyuarat Jawatankuasa Perunding Penduduk Zon BBST Selatan terlebih dahulu untuk penyelarasan.
5. Kelemahan semasa penganjuran Majlis Maulidur Rasul akan diatasi dalam majlis-majlis anjuran persatuan pada masa akan datang.

Jumaat, 3 April 2009

Berita Kelahiran Cahaya Mata

Pada 2 April 2009, jam 6.00 petang, wakil Persatuan Penduduk Taman Ixora telah mengunjungi 2 keluarga ahli persatuan yang telah mendapat cahaya mata dan memberikan sumbangan berbentuk hamper. Berikut adalah maklumat mengenai sumbangan berkenaan:-

1. Keluarga En. WAN AZEMI BIN WAN HASAN, No. 121, Jalan 1/2 yang telah mendapat cahaya mata perempuan pada 26 Mac 2009. Bayi berkenaan dilahirkan di Hospital Putrajaya.

2. Keluarga En. NORAZNOL ADLY BIN NGADIRON, No. 101, Jalan 1/2 yang telah mendapat cahaya mata perempuan pada 19 Jan 2009. Bayi berkenaan dilahirkan di Pusat Rawatan An Nur, Bangi.

Tahniah diucapkan dan semua ahli persatuan mendoakan supaya anak yang dilahirkan sihat walafiat dan mendapat perlindungan daripada Allah S.W.T.

Khamis, 2 April 2009

Pindaan Undang-undang PPTI

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor telah meluluskan permohonan pindaan undang-undang berdaftar bagi Persatuan Penduduk Taman Ixora seperti berikut:

1. Kebenaran Menukar Alamat daripada No. 44, Jalan Ixora 1/9 kepada No. 119, Jalan Ixora 1/2
2. Kebenaran Menukar Alamat Pos daripada No. 44, Jalan Ixora 1/9 kepada No. 119, Jalan Ixora 1/2
3. Kebenaran Pindaan Undang-Undang Di Bawah Seksyen 11 (Fasal 6 - Yuran Keahlian daripada RM5.00 setahun kepada RM30.00 setahun)

Kelulusan pindaan ini berkuatkuasa mulai 12 Mac 2009.