Rabu, 13 Ogos 2014

Majlis Ramah Mesra Aidilfitri AJK PPTI, KRT dan Surau Balai Islam Taman Ixora Tahun 2014/1435H


Majlis Ramah Mesra Aidilfitri AJK PPTI, KRT dan Surau Balai Islam Taman Ixora Tahun 2014/1435H telah diadakan pada butiran berikut:

Tarikh : 13 Ogos 2014 (Rabu)
Masa : Selepas solat Isyak
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora

Majlis ini diadakan untuk memberikan ruang dan kesempatan kepada AJK bagi ketiga-tiga organisasi di Taman Ixora beramah mesra dan bermaafan. Alhamdulillah kehadiran AJK agak memuaskan dan InsyaAllah majlis ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Selasa, 12 Ogos 2014

Pelekat Kenderaan Taman Ixora dan Borang Survey Kawalan Keselamatan Taman Ixora

  

Persatuan Penduduk Taman Ixora dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora akan memperkenalkan penggunaan pelekat kenderaan Taman Ixora kepada semua penduduk Taman Ixora.

Tujuan utama pelekat berkenaan adalah untuk pengenalan penduduk Taman Ixora dan mengenalpasti setiap kenderaan yang keluar dan masuk ke Taman Ixora bagi tujuan keselamatan. Setiap pelekat berkenaan dikenakan bayaran sebanyak RM5.00 bagi sebuah kenderaan. 

Dalam masa yang sama Persatuan Penduduk Taman Ixora dan Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora juga akan mengedarkan borang survey kawalan keselamatan kepada semua penduduk Taman Ixora.

Kepada penduduk yang ingin mendapatkan pelekat berkenaan bolehlah mengisi Borang Maklumat Penduduk yang dilampirkan. Borang yang siap diisi beserta bayaran bolehlah diserahkan kepada:

1. Mohd Hasiady Bin Yasin, Setiausaha PPTI  (019-2828422)
2. Ahmad Kamil Bin Zailani, Setiausaha KRT (019-2233706)
3. Hasrizam Bin Hasim@Hashim , Pen. SU (019-2336442)
4. Semua Ketua Lorong/ AJK PPTI

Sila klik di sini untuk muat turun borang permohonan pelekat kenderaan dan borang survey kawalan keselamatan Taman Ixora.

Isnin, 4 Ogos 2014

Majlis Khatam Al Quran 1435H

Surau Balai Islam Taman Ixora telah mengadakan majlis khatam Al-Quran pada butiran berikut:

Tarikh : 15 Julai 2014 (Selasa)
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora

Seramai 18 orang jemaah surau telah mengikuti program tadarus Al-Quran dan telah berjaya menamatkan tadarus 30 juzuk Al-Quran.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Majlis Berbuka Puasa Penduduk Taman Ixora Bersama Anak Yatim

Persatuan Penduduk Taman Ixora dengan kerjasama Surau Balai Islam Taman Ixora dan KRT Taman Ixora telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak yatim Baitus Sakinah Wal Mahabbah, Kota Warisan pada butiran berikut:

Tarikh : 15 Julai 2014 (Selasa)
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora

Pada majlis berkenaan, sumbangan duit raya turut diagihkan kepada anak-anak yatim dan rumah anak yatim.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.