Jumaat, 11 Julai 2014

Program Gotong Royong Memasak Bubur Lambuk Ixora

Surau Balai Islam Taman Ixora dengan
kerjasama Persatuan Penduduk Taman Ixora dan KRT Taman Ixora telah mengadakan program gotong royong memasak bubur lambuk bertempat di surau pada butiran berikut:

Tarikh : 12 Julai 2014 (Sabtu)
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora
Masa: 9.00 pagi hingga 3.30 petang.

Alhamdulillah, program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk Taman Ixora. Bubur lambuk yang telah masak diedarkan kepada penduduk yang keluar masuk di laluan masuk Taman Ixora.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Khamis, 3 Julai 2014

Pertandingan Pingpong Muhibah Taman Ixora 2014

Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora dan Persatuan Penduduk Taman Ixora telah menganjurkan Pertandingan Pingpong Muhibah 2014 pada butiran berikut:

Tarikh : 28 Jun 2014(Sabtu)
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora

Pertandingan berkenaan telah dimenangi oleh En. Noradly. Tahniah diucapkan.


Sila klik di sini untuk melihat gambar.