Khamis, 21 Februari 2013

Mesyuarat Agung Khas Pencalonan Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Surau Balai Islam Taman Ixora

Surau Balai Islam Taman Ixora telah melaksanakan Mesyuarat Agung Khas Pencalonan Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Surau Bagi Sesi 1 Jun 2013 hingga 31 Mei 2016 pada:

Tarikh : 7 Mac 2013 (Khamis)
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora

Alhamdulillah mesyuarat pada malam itu telah berjalan lancar dan senarai pencalonan pegawai dan AJK surau telah dimuktamadkan dan dihantar ke Pejabat Agama Islam Daerah Sepang untuk tindakan selanjutnya.

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Surau Balai Islam Taman Ixora Bil. 1/2013

Mesyuarat Jawatankuasa Surau Balai Islam Taman Ixora Bil. 1/2013 telah diadakan pada 20 Februari 2013 (Rabu), jam 9.30 malam bertempat di surau. Berikut adalah keputusan mesyuarat:

1. Mesyuarat Agung Khas Pencalonan Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Surau Balai Islam Taman Ixora akan diadakan pada 7 Mac 2013 (Khamis), jam 8.00 malam bertempat di surau.
2. Kos operasi surau adalah RM1,000 sebulan termasuk bayaran penceramah, kelas tajwid dan utiliti (elektrik dan air)
3. Kutipan sumbangan penduduk Taman Ixora dari rumah ke rumah akan dilakukan oleh bilal bagi menampung kos operasi surau. 10% daripada hasil kutipan akan disumbangkan kepada beliau.
4. Tabung kecil untuk diletakkan di kedai-kedai berhampiran Bandar Baru Salak Tinggi akan ditempah.
5. Kerja-kerja pengubahsuaian setor sebanyak RM500 akan dilakukan dalam waktu terdekat bagi membuat rak untuk menyimpan barang.
6. Kontraktor akan dilantik bagi memasang garaj parking motosikal.
7. Paip air akan dipasang di ruang memasak surau untuk memudahkan urusan membasuh pinggan mangkuk dan sebagainya.
8. Papan tanda saf kanak-kanak akan diadakan di surau bagi menjarakkan ruang di antara jemaah dewasa dan kanak-kanak.
9. Kontraktor bagi kerja-kerja penambahbaikan tangga akan dilantik kerana telah berlaku beberapa kejadian jemaah terjatuh semasa menuruni tangga berkenaan.

Mesyuarat berakhir jam 11.30 malam.

Isnin, 4 Februari 2013

Forum Perdana Maulidur Rasul 1434H Anjuran Taman Ixora

Persatuan Penduduk Taman Ixora dengan kerjasama KRT Taman Ixora dan Surau Balai Islam Taman Ixora telah menganjurkan Forum Perdana Maulidur Rasul Taman Ixora 1434H pada 3 Februari 2013 (Ahad), jam 8.00 malam bertempat di Surau Balai Islam Taman Ixora.

Tajuk : Rasulullah S.A.W. Sebagai Suami dan Bapa Mithali
- Ahli Panel 1 - Ustaz Zul Ramli Mohamed Razali (Penceramah bebas)
- Ahli Panel 2 - Dr. Fauziah Mohd Noor (Pensyarah UIA)
- Moderator - Ustaz Zulrushdi  

Alhamdulillah program berkenaan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk Taman Ixora. InsyaAllah program ini akan dianjurkan lagi pada masa hadapan.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Pertandingan Sepak Raga Bulatan Sempena Program Maulidur Rasul Taman Ixora

Persatuan Penduduk Taman Ixora dengan kerjasama KRT Taman Ixora dan Surau Balai Islam Taman Ixora telah mengadakan pertandingan sepak raga bulatan sempena program Maulidur Rasul Taman Ixora 1434H pada 3 Februari 2013 (Ahad), jam 5.30 petang.

Pertandingan telah dibahagikan kepada dua kategori iaitu Remaja dan Dewasa. Seramai 7 kumpulan yang terdiri daripada lima(5) orang peserta bagi setiap kumpulan telah menyertai pertandingan berkenaan. Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:

Kategori Remaja
- Johan - Kumpulan 4 (Arif, Kamal Asyraf, Dinie, Rahim dan Ariz)
- Naib Johan  - Kumpulan 1 (Amirul Amry, Rafie, Aqil Alif, Helmi dan Ashraff)
- Tempat Ketiga - Kumpulan 2 (Amirul Halimi, Muhd Fiqri, Amirul Hakim, Azwan Safuan dan Zulkhairi)



Kategori Dewasa
- Johan - Kumpulan 1 (Hj. Sahid, Zamri, Zaini, Hj. Majid dan Salehudin)
- Naib Johan - Kumpulan 2 (Kamil, Yusdi, A Rahman, A Rashid dan Anas)
- Tempat Ketiga - Kumpulan 3 (Suhaimi, Faizal, Zainal, Hj. Mohd Noor dan Fuad)


Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Pertandingan Memasak Makanan Sihat Sempena Program Maulidur Rasul Taman Ixora

Persatuan Penduduk Taman Ixora dengan kerjasama KRT Taman Ixora dan Surau Balai Islam Taman Ixora telah mengadakan pertandingan memasak makanan sihat sempena program Maulidur Rasul Taman Ixora 1434H pada 3 Februari 2013 (Ahad), jam 12.00 tengahari.

Syarat pertandingan adalah seperti berikut:
- Makanan hendaklah dimasak di rumah dan dibawa ke surau untuk diadili
- Setiap hidangan perlu disertakan bersama resipi masakan yang lengkap
- Pemarkahan dinilai dari segi lima(5) kumpulan makanan di dalam piramid makanan, kekemasan dan kebersihan, keenakan rasa masakan dan kreativiti menghias makanan.
- Setiap peserta dibenarkan menyertai pertandingan bagi satu jenis hidangan sahaja.

Pertandingan berkenaan telah diadili oleh dua(2) orang Jururawat dari Klinik Kesihatan Salak yang juga merupakan penduduk Taman Ixora.

Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:
- Johan - Keluarga Zaini Bin Mat Noh
- Naib Johan  - Keluarga Abdul Rashid Bin Mohd Amin
- Tempat Ketiga - Keluarga Suhairy bt Sani

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Gotong-royong Menyembelih, Melapah dan Memasak Kambing Akikah

Penduduk Taman Ixora telah bergotong-royong menyembelih, melapah dan memasak dua(2) ekor kambing akikah pada 3 Februari 2013 (Ahad), jam 8.30 pagi bertempat di Surau Balai Islam Taman Ixora. Aktiviti melapah dilakukan oleh kaum lelaki manakala aktiviti memasak dilakukan oleh kaum wanita.

Persatuan Penduduk Taman Ixora mengucapkan terima kasih kepada semua penduduk yang telah bertungkus lumus melapah dan memasak kambing berkenaan. Alhamdulillah berkat kerjasama semua pihak semua kerja berjaya diselesaikan dengan jayanya. Hidangan masakan kambing dimakan pada sebelah masa selepas Forum Perdana Maulidur Rasul.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Pertandingan Azan Sempena Program Maulidur Rasul Taman Ixora

Persatuan Penduduk Taman Ixora dengan kerjasama KRT Taman Ixora dan Surau Balai Islam Taman Ixora telah mengadakan pertandingan azan sempena program Maulidur Rasul Taman Ixora 1434H pada 3 Februari 2013 (Ahad), jam 10.30 pagi.

Pertandingan telah dibahagikan kepada dua kategori iaitu Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Seramai 13 orang peserta telah menyertai pertandinganazan  berkenaan. Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:

Kategori Sekolah Rendah
- Johan - Aizat Fahmi
- Naib Johan  - Muhamad Aiman
- Tempat Ketiga - Aliff Aiman

Kategori Sekolah Menengah
- Johan - Muhd Asyraf
- Naib Johan - Muhammad Haziq
- Tempat Ketiga - Muhd Amirul Hakim

Sila klik di sini untuk melihat gambar. 

Pertandingan Mewarna Kanak-kanak Sempena Program Maulidur Rasul Taman Ixora

Persatuan Penduduk Taman Ixora dengan kerjasama KRT Taman Ixora dan Surau Balai Islam Taman Ixora telah mengadakan pertandingan mewarna kanak-kanak sempena program Maulidur Rasul Taman Ixora 1434H pada 3 Februari 2013 (Ahad), jam 8.30 pagi.

Pertandingan telah dibahagikan kepada dua kategori iaitu 4 - 6 tahun dan 7 - 9 tahun. Seramai 50 orang kanak-kanak telah menyertai pertandingan mewarna berkenaan. Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:

Kategori 4 - 6 Tahun
- Johan - Adik Nurdiyanah Izzati
- Naib Johan  - Adik Ainun Tasnim
- Tempat Ketiga - Adik Nur Fajriyah

Kategori 7 - 9 Tahun
- Johan - Adik Nur Aisyah
- Naib Johan - Adik Damia Jasmine
- Tempat Ketiga - Adik Aliff Aiman

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Jumaat, 1 Februari 2013

Kejadian Kecurian Motosikal di Taman Ixora

Pada 31 Januari 2013, anggaran jam 4.15 pagi berlaku satu kejadian kecurian sebuah motosikal di rumah No. 13, Jalan Ixora 1/13, Taman Ixora. Kejadian berkenaan disedari oleh pemilik rumah pada sebelah pagi apabila mendapati pintu pagar rumah terbuka. Kejadian berkenaan berjaya dirakamkan oleh CCTV pemilik rumah berkenaan. Kejadian berkenaan dipercayai dilakukan oleh dua orang perompak yang mengumpil kunci pintu pagar rumah dan melarikan motosikal berkenaan. Kejadian berkenaan dilaporkan kepada pihak Polis yang turut melihat rakaman CCTV.

Persatuan Penduduk Taman Ixora menasihatkan penduduk Taman Ixora supaya sentiasa memastikan rumah sentiasa dikunci dan berwaspada dengan sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.