Pada hari Jumaat, 3 Jun 2011, jam 4.00 pagi berlaku satu kejadian samun bersenjata di rumah no. 101, Jalan Ixora 1/2, Taman Ixora. Pemilik kediaman dan isteri diikat oleh empat(4) orang lelaki warga Indonesia bersenjatakan parang dan pisau. Pada masa kejadian, anak-anak beliau dan pembantu rumah berada bersama mertua di Kajang berikutan cuti persekolahan. Alhamdulillah pemilik kediaman berkenaan tidak dicederakan kerana tidak melawan.
Selepas berjaya melepaskan diri dari ikatan, pemilik kediaman melaporkan kejadian berkenaan kepada IPD Sepang dan anggota tiba 20 minit kemudian. Beberapa orang penduduk yang dimaklumkan turut hadir membantu. Polis mengesahkan modus operandi adalah dengan menggunakan ilmu pukau berdasarkan kepada kesan-kesan yang dijumpai oleh pihak Polis. Pemilik kediaman melaporkan kehilangan sejumlah wang tunai, dua buah laptop, dua buah telefon bimbit dan sejumlah barang kemas.
Persatuan penduduk Taman Ixora menyeru semua penduduk Taman Ixora supaya berhati-hati dengan situasi yang berlaku. Bersama-samalah kita menghidupkan semangat kerjasama dan saling membantu antara jiran tetangga agar kejadian seumpama ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang. Sentiasa mengawasi kawasan sekitar perumahan dan memaklumkan kepada pihak Polis sekiranya terdapat suspek yang mencurigakan di sekitar taman perumahan kita.
Rondaan perlu dilakukan dengan segera dan kerap terutama dikawasan belakang rumah...mohon agar setiap rumah dpt nyalakan lampu dibelakang rumah masing-masing agar terang dan menyukarkan perompak memasuki rumah.
BalasPadamYAAAH.....KERAP RONDA....TP SAPA NK WAT...ASYIK MKA SAMA JEE...
BalasPadamSMUA PNDDK NYALAKAN LAMPU BLKG RMH...
saya sokong.
BalasPadamkenape benda2 mcm ni boleh berlaku? kiter dijajah di tanah air sendiri....
BalasPadamkalu x mampu byr bil,bergilir gilirlah dgn jiran buka lampu belakang rumah tu
BalasPadam