Isnin, 3 Februari 2014

Latihan Silat Gayung Gelanggang Taman Ixora Bermula 2 Februari 2014

Alhamdulillah, latihan silat gayung Gelanggang Taman Ixora telah dimulakan pada 2 Februari 2014 (Ahad), jam 9.00 malam. Seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada anak-anak Taman Ixora telah menyertai sesi latihan ini. Pada sesi latihan yang pertama ini peserta didedahkan dengan panduan, cara-cara, adab, teknik dan asas sebelum, semasa dan selepas setiap sesi latihan silat diadakan.

Penyertaan masih terbuka kepada penduduk anak-anak Taman Ixora. Bayaran pendaftaran adalah RM10.00 dan yuran bulanan adalah RM20.00. Jadual latihan bagi Gelanggang Taman Ixora adalah dua(2) kali seminggu iatu pada Jumaat malam dan Ahad malam, bermula selepas solat Isyak.

Sila klik di sini untuk mendapatkan borang penyertaan.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.