Pasukan badminton Taman Ixora telah dinobatkan sebagai Johan bagi Kejohanan Liga Badminton Tertutup Berkumpulan Zon BBST Utara Sepang Tahun 2011 anjuran JPP Zon BBST Utara, PeBT Zon BBST Utara dan Majlis Perbandaran Sepang bertempat di Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi. Peserta telah dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B. Setiap pasukan terdiri daripada tiga regu dan satu regu simpanan. Taman Ixora menghantar satu pasukan ke kejohanan berkenaan.
Kumpulan A
- Seroja A, MIAT Shuttler, Mawar, Desa Vista
Kumpulan B
- Seroja B, MIAT Eagles, Ixora, Dahlia
Jadual perlawanan dan keputusan yang melibatkan pasukan Ixora adalah seperti di bawah:
Peringkat Kumpulan
- 15 November 2011 (Ixora vs Dahlia) - Keputusan Ixora Menang : 2 - 1
- 17 November 2011 (Ixora vs Seroja B) - Keputusan Ixora Menang : 3 - 0- 22 November 2011 (Ixora vs MIAT Eagles) - Keputusan Ixora Menang : 2 - 1
Separuh Akhir 2
- 24 November 2011 (Ixora vs Seroja A) - Keputusan Ixora Menang : 2 - 1
Perlawanan Akhir
- 29 November 2011 - 9.30 Malam - (Ixora vs MIAT Shuttler) - Keputusan Ixora Menang : 2 - 1
Johan pertandingan menerima hadiah wang tunai RM300 dan piala.
Pasukan Taman Ixora terdiri daripada:
Pengurus : En. Salleh Bin Sufian
Penolong Pengurus : En. Mohd Faisal Bin Omar
Senarai Pemain :
1. Hj. Mohd Noor Bin Hj. Said (No. 21, Jln 1/2)
2. Shahril Azam Bin Abdul Kahar (No. 19, Jln 1/13)
3. Sameri Bin Abdullah (No. 128, Jln 1/1)
4. Abdul Rashid Bin Abdul Malek (No. 5, Jln 1/5)
5. Noranizam Bin Mohd Sahil (No. 12, Jln 1/10)
6. Abdul Hafiz Bin Ahmad (No. 8, Jln 1/4)
7. Mohd Azri Bin Ahmad Khuzari (No. 26, Jln 1/11)
8. Mohd Nazri Bin Mohd Ghazali (No. 21, Jln 1/10)
Persatuan penduduk Taman Ixora mengucapkan tahniah kepada pemain-pemain yang telah mengharumkan nama Taman Ixora. PPTI juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada penyokong/ penduduk Taman Ixora yang telah memberikan sokongan yang jitu kepada pasukan Taman Ixora.
Sila klik di sini untuk melihat gambar.