Ahad, 25 November 2018

Pertandingan Boling Keluarga Ixora 2018

Pertandingan Boling Keluarga Ixora tahun 2018 telah diadakan pada butiran berikut:

Tarikh: 24 November 2018 (Sabtu)
Masa: 2.30 hingga 4.30 petang
Tempat: Dream Bowl, Kompleks Sukan Airport Nilai.

Semua penduduk Taman Ixora dijemput menyertai pertandingan ini. Aktiviti riadah bersama keluarga di musim cuti persekolahan ini.




Jumaat, 9 November 2018

MESYUARAT AGUNG KALI KE-11 PERSATUAN PENDUDUK TAMAN IXORA

Dengan segala hormatnya dimaklumkan mesyuarat tersebut akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh: 16 November 2018 (Jumaat) 
Masa: 9.00 Malam 
Tempat: Surau Balai Islam Taman Ixora

Agenda mesyuarat tersebut ialah:-
1. Membentang dan mengesah Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-10
2. Membentang Laporan Aktiviti PPTI Tahun 2017
3. Membentang Laporan Kewangan PPTI Tahun 2017
4. Cadangan pindaan Perlembagaan PPTI
5. Perbincangan Cadangan Usul Daripada Ahli
6. Pembubaran AJK PPTI Sesi 2016/2017
7. Pelantikan AJK PPTI Sesi 2018/2019

Kerjasama Y. Bhg. Dato’/Datin/Dr/Tuan/Puan adalah dipohon untuk hadir ke mesyuarat tersebut. Senarai ahli PPTI yang aktif sehingga 30 Oktober 2018 boleh disemak di sini.