Sabtu, 25 Februari 2012

Ceramah Maulidur Rasul 1433H Anjuran Taman Ixora

Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora dan Persatuan Penduduk Taman Ixora telah menganjurkan program ceramah Maulidur Rasul pada butiran berikut:

Tarikh : 25 Februari 2012 (Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Dataran Serbaguna Taman Ixora
Penceramah : Ustaz Tengku Saipulizan (Pensyarah MIAT)
Tajuk : Persefahaman Asas Perpaduan Ummah

Alhamdulillah program yang dianjurkan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk Taman Ixora. Semoga penghayatan Maulidur Rasul dikalangan penduduk Taman Ixora bertambah kuat.

Kos penganjuran program RM1,600:
- Banner RM100
- Persembahan Nasyid RM200
- Penceramah RM300
- Sewaan Khemah RM300
- Jamuan RM700

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Pemasangan Papan Tanda KRT Taman Ixora

Pada 23 Februari 2012 (Khamis), papan tanda Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora telah dipasang di laluan masuk ke Taman Ixora. Bajet untuk memasang papan tanda ini menggunakan duit peruntukan KRT telah diluluskan oleh Jawatankuasa KRT Taman Ixora semasa mesyuarat Jawatankuasa Bil 1/2012 bertarikh 12 Februari 2012. Kos untuk membuat papan tanda berkenaan adalah RM650.00.

Tujuan papan tanda ini dipasang adalah sebagai hebahan kepada penduduk Taman Ixora dan penduduk sekitar akan kewujudan Kawasan Rukun Tetangga di Taman Ixora.

Selasa, 21 Februari 2012

Surat Kelulusan Pungutan Derma Khairat Surau Balai Islam Taman Ixora oleh MAIS

Majlis Agama Islam Negeri Selangor telah memberikan kelulusan kepada Jawatankuasa Surau Balai Islam Taman Ixora untuk membuat kutipan derma khairat pembinaan Surau Balai Islam Taman Ixora bagi tempoh enam(6) bulan mulai daripada 10 Februari 2012 hingga 9 Ogos 2012.

Sila klik di sini untuk muat turun surat berkenaan.

Ahad, 5 Februari 2012

Yuran PPTI Tahun 2012

Semua ahli Persatuan Penduduk Taman Ixora hendaklah menjelaskan yuran keahlian tahun 2012 sebelum 1 Mac 2012. Ahli yang tidak menjelaskan yuran PPTI bagi tempoh tiga tahun berturut-turut secara automatik telah digugurkan daripada ahli PPTI mengikut Undang-Undang Tubuh PPTI.

Sila klik di sini untuk melihat penyata yuran keahlian PPTI sehingga 31 Januari 2012.

Progres Pembinaan Surau Balai Islam Taman Ixora Sehingga 4 Februari 2012



Status semasa : Kerja-kerja mengecat, plaster serambi, pemasangan lampu, tingkap dan laluan pejalan kaki ke tandas.


Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1433H/ 2012M

Persatuan Penduduk Taman Ixora mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1433H/ 2012M yang disambut pada 5 Februari 2012 (12 Rabiul Awal) kepada semua penduduk Taman Ixora. Bersama-samalah kita menghayati perjuangan Rasulullah S.A.W memartabatkan ukhuwah ummat islam seluruhnya dengan mengikuti program dan aktiviti yang dianjurkan oleh masjid, surau dan persatuan penduduk di kawasan sekitar anda.