Rabu, 23 Mac 2022

MESYUARAT AGUNG KALI KE-15 PERSATUAN PENDUDUK TAMAN IXORA, BANDAR BARU SALAK TINGGI, SEPANG, SELANGOR (2008)

 


MESYUARAT AGUNG KALI KE-15 PERSATUAN PENDUDUK TAMAN IXORA, BANDAR BARU SALAK TINGGI, SEPANG, SELANGOR (2008)


Dengan segala hormatnya dimaklumkan mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:-


Tarikh       : 26 Mac 2022 (Sabtu)

Masa        : 9.30 Pagi (Pendaftaran bermula jam 9.00 Pagi)

Tempat    : Platform Aplikasi ZOOM ONLINE
                                http://agm15.tamanixora.com

2. Agenda mesyuarat tersebut adalah seperti berikut:-

        2.1    Ucapan aluan Pengerusi PPTI Sesi 2020/2021 & Sesi Bergambar

        2.2    Membentang & mengesah Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-14

        2.3    Membentang & mengesah Laporan Kewangan PPTI Tahun 2021

        2.4    Membentang & mengesah Laporan Aktiviti PPTI Tahun 2021

        2.5    Perbincangan Cadangan Usul Daripada Ahli PPTI

        2.6    Pembubaran AJK PPTI Sesi 2020/2021

        2.7    Pelantikan AJK PPTI Sesi 2022-2023

        2.8    Ucapan Penangguhan Mesyuarat & Bersurai


3. Kerjasama YBhg. Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dipohon untuk mengesahkan kehadiran YBhg. Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan ke mesyuarat tersebut melalui pautan hyperlink aplikasi Zoom atau Kod QR yang disertakan. Semua ahli hendaklah menjelaskan bayaran yuran keahlian tahunan sebanyak RM20.00 kepada Bendahari PPTI serta menyerahkan Borang Penyataan Usul kepada Setiausaha sebelum atau pada hari Khamis 24 Mac 2022.

Cabutan bertuah disediakan kepada ahli PPTI yang hadir ke AGM PPTI ke-15 ini

Sekian, terima kasih.