Ahad, 17 Julai 2011

Minggu Keselamatan di Taman Ixora

Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Ixora dan Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora telah mengadakan Minggu Keselamatan di Taman Ixora. Butiran aktiviti adalah seperti berikut:-

Tarikh : 16 hingga 24 Julai 2011
Tempat : Kejiranan Taman Ixora

Tujuan minggu keselamatan diadakan adalah:
1. Memberikan kesedaran dan hebahan kepada penduduk Taman Ixora mengenai kejadian jenayah samun yang semakin menjadi-jadi di Taman Ixora sejak kebelakangan ini. Beberapa kes yang telah berlaku akan diwar-warkan untuk pengetahuan bersama.
2. Mengedarkan borang survey mengenai cadangan untuk mewujudkan kawalan keselamatan berbayar di Taman Ixora.

Kaedah:
1. Mengedarkan borang dan memberikan pendedahan kepada penduduk mengenai aspek keselamatan.
2. Menaikkan banner untuk pengetahuan penduduk.
3. Hasil survey berkenaan akan dikumpulkan dan keputusan akan dimaklumkan.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

3 ulasan:

  1. Tahniah kepada PPTI kerana usaha ini. Semoga kita berjaya mengawal keadaan persekitaran Ixora dari jenayah.

    BalasPadam
  2. syabas dan tahniah kepada persatuuan penduduk taman ixora atas komitmen bagi membenteras jenayah ditaman ixora.

    BalasPadam
  3. support us by clicking LIKE button on OneIXORA facebook page....TQ

    http://www.facebook.com/#!/pages/OneIXORA/194816203904503

    BalasPadam