Rabu, 30 November 2011

Ixora Johan Kejohanan Liga Badminton Tertutup Berkumpulan Zon BBST Utara Sepang Tahun 2011

Pasukan badminton Taman Ixora telah dinobatkan sebagai Johan bagi Kejohanan Liga Badminton Tertutup Berkumpulan Zon BBST Utara Sepang Tahun 2011 anjuran JPP Zon BBST Utara, PeBT Zon BBST Utara dan Majlis Perbandaran Sepang bertempat di Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi. Peserta telah dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B. Setiap pasukan terdiri daripada tiga regu dan satu regu simpanan. Taman Ixora menghantar satu pasukan ke kejohanan berkenaan.

Kumpulan A
- Seroja A, MIAT Shuttler, Mawar, Desa Vista

Kumpulan B
- Seroja B, MIAT Eagles, Ixora, Dahlia

Jadual perlawanan dan keputusan yang melibatkan pasukan Ixora adalah seperti di bawah:

Peringkat Kumpulan
- 15 November 2011 (Ixora vs Dahlia) - Keputusan Ixora Menang2 - 1
- 17 November 2011 (Ixora vs Seroja B) - Keputusan Ixora Menang3 - 0
- 22 November 2011 (Ixora vs MIAT Eagles) - Keputusan Ixora Menang : 2 - 1

Separuh Akhir 2
- 24 November 2011 (Ixora vs Seroja A) - Keputusan Ixora Menang : 2 - 1

Perlawanan Akhir
- 29 November 2011 - 9.30 Malam - (Ixora vs MIAT Shuttler) - Keputusan Ixora Menang : 2 - 1

Johan pertandingan menerima hadiah wang tunai RM300 dan piala.

Pasukan Taman Ixora terdiri daripada:
Pengurus : En. Salleh Bin Sufian
Penolong Pengurus : En. Mohd Faisal Bin Omar
Senarai Pemain :
1. Hj. Mohd Noor Bin Hj. Said (No. 21, Jln 1/2)
2. Shahril Azam Bin Abdul Kahar (No. 19, Jln 1/13)
3. Sameri Bin Abdullah (No. 128, Jln 1/1)
4. Abdul Rashid Bin Abdul Malek (No. 5, Jln 1/5)
5. Noranizam Bin Mohd Sahil (No. 12, Jln 1/10)
6. Abdul Hafiz Bin Ahmad (No. 8, Jln 1/4)
7. Mohd Azri Bin Ahmad Khuzari (No. 26, Jln 1/11)
8. Mohd Nazri Bin Mohd Ghazali (No. 21, Jln 1/10)

Persatuan penduduk Taman Ixora mengucapkan tahniah kepada pemain-pemain yang telah mengharumkan nama Taman Ixora. PPTI juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada penyokong/ penduduk Taman Ixora yang telah memberikan sokongan yang jitu kepada pasukan Taman Ixora.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

4 ulasan:

  1. Keputusan perlawanan IXORA lwn. MIAT EAGLES : IXORA menang 2-1.

    Pasukan Ixora layak ke peringkat Separuh Akhir dan akan bertemu pasukan Seroja A. Perlawanan peringkat Separuh Akhir adalah seperti berikut;

    1) MIAT SHUTTLER lwn. DAHLIA
    2) IXORA lwn. SEROJA A

    Tarikh : 24hb. Nov. 2011
    Masa : 9.45 malam
    Tempat : Dewan BBST, Sepang, Selangor

    Jom kita meramai-ramaikan dewan bagi menyokong pasukan kita!!!!!

    BalasPadam
  2. Dimaklumkan pasukan badminton Taman Ixora telah mengalahkan pasukan Seroja A : 2-1 di peringkat Separuh Akhir. Oleh demikian, pasukan kita berjaya melangkah ke perlawanan akhir yang akan diadakan pada 29/11/11 (Selasa). Pasukan yang akan ditentang adalah pasukan MIAT Shuttler. Jom kita pi pakat-pakat sokong!!!!!!

    BalasPadam
  3. Selamat berjuang pasukan ixora.....semoga kejayaan akan dicapai...

    BalasPadam
  4. memang terbaik taman ixora, insyaAllah awal Februari 2012 ini saya akan tinggal di taman ixora semula dan segala aktiviti kali ini saya tidak akan lepaskan peluang untuk bersama menyertainya...

    BalasPadam