Persatuan Penduduk Taman Ixora telah menganjurkan aktiviti
Car Boot Sales di Taman Ixora pada butiran berikut:
Tarikh :
1 Mei 2014 (Khamis)
Masa : 8.00 Pagi hingga 12.00 Tengahari
Tempat : Jalan Laluan Masuk (2) Taman Ixora

Alhamdulillah, aktiviti ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk Taman Ixora. Seramai
37 orang peserta@buah kereta telah menyertai aktiviti ini. Diantara barangan yang diniagakan adalah barangan terpakai, mainan, pakaian terpakai dan selainnya. Sedikit bayaran telah dikenakan kepada peserta iaitu
RM10 untuk ahli PPTI dan
RM15 bukan ahli PPTI.
InsyaAllah, aktiviti ini akan diadakan lagi pada masa hadapan kerana berdasarkan maklumbalas daripada peserta@peniaga, mereka berpuashati dengan sambutan penduduk dan bayaran yang dikenakan adalah berpatutan.
Sila klik
di sini untuk melihat gambar.