Selasa, 9 Jun 2015

Selamat Menyambut Ramadhan 1436H (2015M)

Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Ixora, Surau Balai Islam Taman Ixora dan Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan 1436H dan selamat berpuasa kepada semua penduduk Taman Ixora. Semoga amalan kita pada Ramadhan tahun ini adalah yang terbaik. InsyaAllah kita akan mula berpuasa pada 18 Jun 2015 (Khamis).

Ahad, 7 Jun 2015

Car Boot Sales Taman Ixora Bil 2/2015

Persatuan Penduduk Taman Ixora dengan kerjasama Surau Balai Islam Taman Ixora telah mengadakan Car Boot Sales seperti butiran berikut:

Tarikh : 6 Jun 2015 (Sabtu)
Masa : 8.00 Pagi hingga 11.00 Pagi
Tempat : Laluan masuk Taman Ixora




 

Selasa, 2 Jun 2015

Kem Permata Soleh Anjuran Taman Ixora

Persatuan Penduduk Taman Ixora dengan kerjasama Surau Balai Islam Taman Ixora dan Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora telah mengadakan program Kem Permata Soleh seperti butiran berikut:

Tarikh : 1 hingga 4 Jun 2015
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora
Masa : 8.00 Pagi hingga 5.00 Petang

Alhamdulillah program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari anak-anak Taman Ixora dan taman berhampiran. InsyaAllah program ini akan dianjurkan lagi pada masa hadapan.