Pada 13 Julai 2009(Isnin), anggaran jam 11.00 pagi hingga 12.30 tengahari, rumah No. 142, Jalan Ixora 1/1, Taman Ixora telah dipecah masuk melalui tingkap di tingkat atas rumah. Perompak berkenaan telah menggunakan tangga untuk memasuki tingkap atas rumah berkenaan.
Dilaporkan sejumlah barang kemas dan telefon bimbit didapati hilang selepas kejadian berkenaan. Pihak polis telah menjalankan siasatan lanjut dengan menyoal siasat beberapa orang pekerja kontrak warga Indonesia yang berada di sekitar tempat kejadian. Ini adalah berdasarkan kepada tangga yang digunakan oleh perompak berkenaan adalah tangga buatan sendiri yang digunakan untuk memperbaiki kerosakan rumah yang masih di bawah tempoh waranti pemaju.
Sehubungan dengan itu, PPTI ingin menasihatkan penduduk supaya berhati-hati kerana kejadian seperti ini biasa berlaku di waktu siang hari.
ish..ni dh mula dh balik...teringat masa kejadian pecah rumah saya pada thn lepas -02-05-2008..masih dlm ingatan..ianyer terjadi waktu siang jugak..
BalasPadammcm mana kite nk buat yer? siang hari masing2 bnyk yg kejer...yg membuat 'kejer' pun ader....
BalasPadamMarilah kita bermuhasabah dan mencari jalan penyelesaiannya. Usaha tangga kejayaan. Kepada tuan rumah... saya memang turut bersimpati. Sabar yer.... InsyaAllah Allah akan sentiasa membantu kita.
BalasPadamPuteri Malnda Dewi.
Apa keputusan nak buat kawalan kselamatan berbayar tu?Dah undi dah pun. Kot boleh kawal siang hari ok juga...
BalasPadamKami setuju yuran dikutip untuk kawalan 24 jam macam Taman Mawar buat. Nilai yuran +-rm50 sebulan tak banyak berbanding dgn KESELAMATAN penghuni dan harta benda. Wbmp semuga Allah melindungi hambanya yang taat perintahnya. Amin.
BalasPadamSalam.... saya bukannya tak setuju dengan cadangan anda (kepada pengirim 18 Julai 2009, 5.10pm) tapi kita perlu fikir rasionalnya. Antaranya yang ketara adalah seperti berikut;
BalasPadama) mampukah semua penduduk membuat bayaran yuran perkhidmatan tersebut? Pada anda mungkin ya... tapi pada yang lain belum pasti. Ini dapat dilihat dengan kutipan yuran ahli persatuan pun masih belum tertunai oleh semua ahli.
b) Siapakah yang akan menguruskan kutipan yuran dan bagaimana pembayarannya.
c) Apakah jaminan yang boleh diberikan oleh pihak yang membuat kawalan keselamatan tersebut. Kita takut jika anda musibbah, jawapan yang diberikan oleh mereka.... "Nak buat macam mana... Dah nak jadi bos!!!" (Ini dapat dilihat memlalui hasil kajian rambang yang dibuat melalui perbualan saya sendiri dengan Pengawal Keselamatan Taman Mawar tu...).
d) Adakah pihak kawalan keselamatan tersebut akan membuat ganti rugi ke atas kelalaiannya membuat kawalan jika berlaku sesuatu musibbah?
e) Bagaimanakah kita akan membuat pemantauan mengenai kawalan yang dibuat oleh mereka? Adakah dengan tidak berlakunya musibbah tersebut... ianya bermaksud kejayaan pada kawalan keselamatan tersebut?
f) Bagaimana dengan semangat kejiranan yang kita sedang cuba pupuk sekarang? Ini dapat dilihat dimana kita sebagai penduduk akan mengambil sikap mementingkan diri sendiri pada masa akan datang kerana telah ada kawalan keselamatan berbayar.... apa kita peduli dengan keadaan sekitar kita. Kalau berlaku musibbah.. itu hang punya pasallah.... Ini yang cuba kita elakkan.
Ini cuma pandangan saya je... marilah kita renung-renungkan. Setiap perkara mesti ada hikmahnya... mesti ada pro dan kontra.
Ayuh.... kita sama-sama menjayakan kampung kita ini...
CucoqKodok
Setiap perkara yang berlaku itu... Allah minta kita menguatkan lagi silaturrahim kejiranan kita di Taman Ixora ini....
BalasPadamumah den dulu pon kena waktu siang jugak..... bulan 5 last year...ari jumaat lagi....abis lcd tv ngan home theather kn angkut....hu..hu.. skali ngan duit rupiah pon depa angkut...
BalasPadam