Sabtu, 15 Ogos 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak 1430H

InsyaAllah kita akan menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak pada 21 atau 22 Ogos 2009 ini. Persatuan Penduduk Taman Ixora mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua ahli PPTI. Semoga puasa kita pada tahun ini mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah Subhanahu Wataa'la.

Sila klik di sini untuk mendapatkan risalah mengenai Puasa, Solat Tarawih, Solat Witr, Kelebihan Berpuasa dan Hikmahnya untuk rujukan dan panduan semua.

Sila klik di sini untuk mendapatkan jadual waktu berbuka puasa dan Imsak Tahun 1430H/2009M bagi Zon 1 : Daerah Gombak, Petaling/Shah Alam, Hulu Selangor, Hulu Langat dan Sepang.

1 ulasan:

  1. Salam. saya ingin mencadangkan bermula Ramadan tahun hadapan (semoga di panjangkan umur) supaya PPTI dapat menjadikan mana-mana Maahad Tahfiz sebagai Maahad angkat dan membiayai kos berbuka puasa sebulan mereka.

    BalasPadam