Isnin, 25 Mei 2009

Ceramah Pencegahan Jenayah Dan Majlis Dialog Bersama Penduduk Taman Ixora Dan PDRM

Persatuan Penduduk Taman Ixora telah menganjurkan program Ceramah Pencegahan Jenayah Dan Majlis Dialog Bersama Penduduk Taman Ixora Dan Polis Diraja Malaysia pada tarikh dan tempat seperti berikut:-

Tarikh : 24 Mei 2009 (Ahad)
Masa : 9.00 Pagi - 11.30 Pagi
Tempat : Taman Permainan Kanak-Kanak, Taman Ixora
Dirasmikan Oleh : Tuan Haji Ramlan Bin Sajadi, Ahli Majlis Zon Sepang Putra

Diantara objektif program ialah:
1. Merapatkan hubungan diantara penduduk Taman Ixora dan PDRM.
2. Mewujudkan jaringan perhubungan yang bersepadu diantara penduduk dan Polis untuk membendung dan mengatasi jenayah di Taman Ixora.
3. Memberikan peluang kepada penduduk untuk menyuarakan pendapat dan pandangan terhadap Polis.
4. Memberikan pendedahan kepada penduduk bentuk dan kejadian jenayah serta statistik terkini jenayah di daerah Sepang.

Beberapa kaunter dan ruang pameran turut disediakan:
1. Ruang Pameran Jenayah PDRM
2. Ruang Pameran Narkotik PDRM
3. Ruang Pameran Trafik PDRM
4. Ruang Pameran Dan Pendaftaran Rakan Cop
5. Kaunter Keahlian dan Pembayaran Yuran PPTI

Penyertaan penduduk Taman Ixora amat menggalakkan dan pihak Persatuan Penduduk Taman Ixora mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang dan Majlis Perbandaran Sepang dalam menjayakan program ini.

Program yang dianjurkan ini telah mendapat liputan daripada Akhbar Sinar Harian. Terima kasih diucapkan kepada Cik Siti Azielah Wahi - 019-2650825 (Skuad Cakna Daerah Sepang).

Sila klik di sini untuk melihat gambar semasa program berkenaan.

2 ulasan:

  1. apa kata jemput sekali pihak bank datang letak meja...iyelah..bagi mereka yang pioneer kat Taman Ixora ni dah 5 tahun mungkin nak re-finance ke..pulak tu bank semua dah minus 1.7 ~ 2.2 rate mereka

    BalasPadam
  2. Bayaran saman trafik kat booth PDRM boleh dapat special diskaun 50% ker untuk warga PPTI?hehe..

    BalasPadam