Isnin, 28 September 2009

Aduan Simpang Masuk Dan Keluar Merbahaya Ke Taman Ixora

Satu aduan rasmi telah dikemukakan oleh Persatuan Penduduk Taman Ixora kepada Majlis Perbandaran Sepang mengenai simpang keluar dan masuk merbahaya ke Taman Ixora. Nombor siri aduan adalah 7493 bertarikh 16 September 2009.

Adalah didapati simpang berkenaan merbahaya kepada kenderaan yang keluar dan masuk ke Taman Ixora. Pengguna terpaksa memerhatikan kiri dan kanan jalan dengan teliti sebelum melintas. Penglihatan adalah terbatas kerana dihalang oleh landskap (pokok bunga dan hiasan di pembahagi jalan kiri dan kanan).

Persatuan mencadangkan beberapa tindakan diambil oleh pihak MPSp iaitu:-
1. Tidak menanam sebarang pokok, bunga dan hiasan di pembahagi jalan sepanjang 50 meter di kiri dan kanan simpang jalan berkenaan.
2. Memasang lintasan belang bagi jarak 50 meter di kiri dan kanan simpang berkenaan bertujuan bagi memperlahankan kenderaan yang menghampiri simpang berkenaan.
3. Memasang lampu isyarat di persimpangan jalan berkenaan.

Persatuan amat berharap aduan ini mendapat tindakan yang segera daripada pihak MPSp kerana telah berlaku 4(empat) kejadian kemalangan di simpang berkenaan.

Surat akuan terima aduan telah diterima daripada MPSp pada 17 September 2009 dan tindakan menyiasat aduan akan dibuat dalam tempoh Empat Belas (14) hari bekerja. Sebarang kemusykilan tuan/puan bolehlah berhubung terus di Unit Aduan Awam di talian telefon 03-83190200 @ 03-83190300 sambungan 429/431/432 atau faks ke 03-83204200.

Sila klik di sini untuk melihat gambar lokasi simpang berkenaan.

6 ulasan:

  1. salam, sikap pemandu juga perlu di ambilkira. masih ada yang memandu laju di dalam taman tanpa memikirkan kanak2 bermain treutama kenderaan2 luar.
    garisan kuning dari arah Salak Tinggi perlu di tambah hingga ke persimpangan taman ixora. juga garisan kuning itu perlu di tebalkan. saya perhatikan kebanyakan kenderaan dari arah Salak Tinggi di pandu amat laju. dan saya berpendapat, bonggol juga perlu di pasang di jalan utama dari arah Salak Tinggi seperti jalan Klang-Banting

    BalasPadam
  2. cadangan tuan semua saya setuju. tahniah diatas keperihatinan tuan2. hidup persatuan!!!! cuma tolong juga follow up signal telco yg lemah dan tak stabil. terimakasih.

    BalasPadam
  3. sikap pemadu msia mmg x boleh diubah..ape yg boleh dibuat ialah meningkatkn ciri2 keselamatan disimpang yg tsbt..jgn sampai ade yg maut baru nak terhegeh2...menuding jari x tentu pasal...

    BalasPadam
  4. Cadangan bina bonggol saya rasa paling sesuai..boleh memperlahankan kenderaan di simpang masuk ke taman ixora. Rujuk bonggol dari pekan bangi lama arah ke UKM, hampir semua simpang masuk di kg2 di jalan bangi lama dibina bonggol untuk keselamatan penduduk di sana..boleh di applikasi di simpang masuk taman kita ni.

    BalasPadam
  5. rasanya hari ahad lepas pun ada kemalangan lagi di simpang masuk ke Taman Ixora..

    BalasPadam
  6. Selama hampir 5tahun saya menjadi penghuni TI sudah 5 kemalangan yang berlaku disimpang berkenaan...Tiada tindakan yang diambil oleh MPS dan pehak Polis mengenai simpang yang bahaya...takkan nak tunggu sampai ada yang menemui ajal disimpang berkenaan...Runggutan dari penduduk TI dan keluar dalam blog TI sudah...apa lagi nak tunggu...Kalau MPS dan Polis tak nak ambil tahu kita masukkan saja dalam majalah SINAR...ok...

    BalasPadam