Jumaat, 9 Oktober 2009

Kebakaran Kawasan Hutan Di Taman Ixora

Satu kejadian kebakaran kawasan hutan di Jalan Ixora 1/1, Taman Ixora telah berlaku pada hari Jumaat, 9 September 2009 jam 2.45 petang. Kejadian berkenaan disedari oleh salah seorang penduduk Taman Ixora. Penduduk berkenaan telah menelefon Bomba untuk memadamkan kebakaran berkenaan. Bomba yang tiba 15 minit kemudian telah berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan hutan dan rumah kongsi perkerja Indonesia berhampiran. Kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada jam 3.20 petang.

Punca kejadian tidak dapat dikenalpasti dan besar kemungkinan berpunca daripada cuaca yang panas terik kebelakangan ini dan daun-daun kering di kawasan hutan berkenaan. Adalah diharapkan agar penduduk sentiasa berwaspada dengan sebarang kejadian seumpama ini dan tidak melakukan sebarang pembakaran secara terbuka di kawasan rumah masing-masing.

Pihak persatuan mengucapkan ribuan terima kasih di atas tindakan pantas pihak Bomba yang berjaya memadamkan kebakaran dan mengawal kejadian berkenaan daripada merebak. Pihak persatuan juga mengucapkan terima kasih kepada En. Zulkifli Hashim (Jalan 1/13) yang begitu perihatin dengan kejadian yang berlaku dan menelefon pihak Bomba.

Sila klik di sini untuk melihat gambar kejadian berkenaan.

1 ulasan:

  1. Syukur kehadrat Illahi kerana tiada sebarang perkara yang tidak diingini. Tahniah kepada semua yang terlibat dan terima kasih atas keprihatinan penduduk taman ixora.

    Lepat Liat

    BalasPadam