Sabtu, 12 September 2009

Kerja-kerja Pembaikan Dan Penurapan Jalan Di Taman Ixora

Pada 9 September 2009, kontraktor yang dilantik oleh Majlis Perbandaran Sepang telah melakukan kerja-kerja pembaikan dan penurapan jalan di Taman Ixora. Jalan-jalan yang terlibat adalah Jalan 1/1, 1/2 dan 1/7. Kerja-kerja ini dibuat berdasarkan kepada laporan kerosakan jalan yang telah dibuat oleh pihak persatuan pada 13 Mei 2009. Di dalam laporan berkenaan disertakan gambar lokasi jalan-jalan yang mengalami kerosakan.

Pihak persatuan mengucapkan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Sepang yang telah membaik pulih kerosakan jalan berkenaan. Semoga perkhidmatan seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

3 ulasan:

  1. Apa cerita dengan M.Perbandaran Sepang ni... repair jalan macam tak bersungguh je.... Kalau premix macam tu.... hancus ler... Tak pantau ker... staf-staf teknikal majlis perbandaran ni... Malu woooo macam tu... TOLONG LE... JANGAN BUAT MACAM TU!!!

    BalasPadam
  2. Saya setuju, diorang buat kerja macam tak siap je!!! Lepas tu beralun-alun pula. Saya faham Majlis Perbandaran cuba buat yang terbaik tapi... cuba la tengok dan nilai sendiri. Rasanya orang yang tidak belajar pasal kejuruteraan pun tahu tahap kualiti yang menghampakan itu. Macam itukah kita sebagai pemegang amanah wang rakyat??? Renung-renungkannnnn

    BalasPadam
  3. Aku setuju tu!!! apa laa malangnya kita yg duduk kat Taman Ixora ni.. dah laa kita bayar cukai pintu yg paling mahal kat kawasan Sepang, tambahan pula Engineer Majlis pon ada kat kawasan kita ni, tu pon tak leh buat kan!!! Infrastruktur dan landskap hancur!!!

    Kadang2 tu rasa sedih pon ada gak bila kita melalui kawasan jiran kita (Nilai). Sekurang2nya MPN (majlis Perbandaran Nilai) ada gak buat landskap banyak2, sedap mata memandang... ni tidak, MPSp buat landskap kat bangunan sendiri je (Cyberjaya), lari jauh2 daripada penduduk setempat.. apa daaaa....

    BalasPadam