Isnin, 30 November 2009

Majlis Ibadah Qurban 1430 Hijrah Anjuran PPTI

Persatuan Penduduk Taman Ixora telah mengadakan Ibadah Qurban pada tarikh dan tempat seperti berikut:-

Tarikh : 29 November 2009 (Ahad)
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Taman Permainan Kanak-kanak, Taman Ixora
Bayaran Satu Bahagian : RM370.00

Seramai 21 orang penduduk telah menyertai ibadah berkenaan. Sebanyak 3 ekor lembu telah dikorbankan pada hari itu. Daging korban telah diagihkan kepada penduduk Taman Ixora.

PPTI amat berpuashati dan berterima kasih di atas kerjasama yang telah ditunjukkan oleh penduduk semasa mengerjakan ibadah berkenaan. InsyaAllah ibadah ini akan diadakan pada tahun hadapan dengan lebih banyak penyertaan daripada penduduk Taman Ixora.

Diantara fadhilat berqurban ialah:-
1. Menambah amal kebajikan, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W.: "Orang yang berqurban itu akan dikurniakan bagi setiap bulu binatang qurbannya dengan satu kebajikan".
2. Sebagai penebus dosa, seperti sabda Rasulullah S.A.W. kepada Sayyidatina Fatimah Radhiallahu 'Anha: "Wahai Fatimah pergilah ke tempat qurbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya dengan titisan darahnya yang pertama itu akan diampunkan dosa-dosamu yang telah lalu".
3. Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah Subhanahu Wata'ala, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W: "Wahai manusia, kamu lakukanlah ibadat qurban dan berharaplah pahala daripada Allah dengan darahnya itu, sesungguhnya darah qurban itu jika ia jatuh ke bumi, maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah 'Azza Wa Jalla".

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

3 ulasan:

  1. Salam penduduk Taman Ixora...

    Tahniah saya ucapkan kepada PPTI kerana ingin menganjurkan Ibadah Qurban pada tahun ini.

    Cuma yg kurang sedap dihati tu, kenapa perlu dihadkan kepada 5 lembu sahaja? Pada pendapat saya, ibadah tidak perlulah dihadkan jumlahnya... banyak ibadah, banyaklah pahalanya.. kalau banyak lembu yg perlu dikorbankan, alhamdulillah.. kita bergotong-royonglah beramai-ramai...

    BalasPadam
  2. Saya rasa la... kita hadkan kepada 5-7 ekor adalah kerana faktor-faktor berikut;
    1) Itu cuma perancangan awalan... kalau ada sambutan lebih.. alhamdulillah dan akan dilaksanakan berdasarkan sambutan tersebut.

    2) Kemampuan PPTI juga perlu diambilkira. Ini kerana ianya merupakan aktiviti kurban yang julung-julung kali kita akan laksanakan secara bersama.

    Ini adalah pandangan saya... kerana "Perjalanan yang beribu-ribu langkah bermula dengan langkah pertama". Kalau tahun ini kita dapat cuma 5 ekor sahaja pun... alhamdulillah. Tahun depan kita cuba lagi... "Ilmu yang dieprolehi hari ini merupakan bekalan untuk hari esok dan seterusnya.

    Terima kasih atas usaha PPTI dan ahli-ahlinya untuk berusaha merancang dan menjayakan program ini.

    KODIANG mai nun...

    BalasPadam
  3. 5 ekor pun okey gak.yang penting keikhlasan kita untuk berkorban kerana Allah s.w.t..

    BalasPadam