Isnin, 18 Mei 2009

Program Kitar Semula Di Taman Ixora

Persatuan Penduduk Taman Ixora telah menganjurkan Program Kitar Semula di Taman Ixora pada tarikh dan tempat seperti berikut:-

Tarikh : 16 Mei (Sabtu) dan 17 Mei 2009 (Ahad)
Masa : 9.00 Pagi - 11.00 Pagi
Tempat Pengumpulan Barangan : No. 13, Jalan Ixora 1/13, Taman Ixora

Diantara objektif program :-
1. Fikir dulu sebelum buang. Menjadikan amalan mengitar semula sebagai sebahagian budaya hidup penduduk Taman Ixora.
2. Mengumpul barangan yang boleh dikitar semula untuk dijual bagi menjana sumber pendapatan persatuan.

Sambutan yang diterima daripada ahli persatuan amat menggalakkan. Seramai 30 orang ahli persatuan telah mengambil bahagian dengan menyumbangkan barangan yang boleh dikitar semula seperti botol plastik, tin aluminium, kertas dan barangan kaca untuk dikumpulkan dan dijual kepada syarikat Alam Flora.

Diantara barangan yang berjaya dikumpulkan adalah seperti berikut:-
1. 300kg surat khabar
2. 40kg plastik
3. 30kg besi
4. 5kg tin aluminium
5. 50kg kotak
6. 10kg majalah

Persatuan mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada ahli persatuan yang telah mengambil bahagian. Semoga dengan kesedaran mengenai program kitar semula ini dapat membantu menjimatkan tempat pembuangan sampah disamping mendapatkan pulangan wang daripada barangan yang disumbangkan. Sumbangan anda amatlah dihargai. InsyaAllah program ini akan diteruskan lagi pada masa hadapan secara 2 bulan sekali.

Sila klik di sini untuk melihat gambar semasa program berkenaan.

1 ulasan:

  1. Salam,

    Ucapan tahniah kepada para AJK PPTI yg mengusahakan perjalanan kempen dan ahli-ahli PPTI yang bersama-sama kempen kitar semula ini. Saya mohon mencadangkan supaya kempen ini diteruskan pada masa akan datang untuk sekurang-kurangnya 2/3 bulan sekali. Untuk makluman, kempen kitar semula ini adalah merupakan salah satu program yang termasuk dalam Local Agenda 21.

    stk

    BalasPadam