Jumaat, 8 Mei 2009

Keputusan Pertandingan Taman Tercantik Daerah Sepang

Adalah dimaklumkan pemenang pertandingan taman tercantik di daerah Sepang telah diumumkan oleh Majlis Perbandaran Sepang pada mesyuarat bertarikh 7 Mei 2009. Sebanyak 29 taman perumahan telah menyertai pertandingan berkenaan.

Taman Desa Makmur, Sungai Merab telah memenangi pertandingan tersebut dengan memperolehi 182.5 markah. Taman Ixora memperolehi 118.5 markah. Lawatan panel penilai ke Taman Ixora telah dilakukan pada 26 Februari 2009 jam 10.30 - 11.30 pagi.

Perincian markah yang diperolehi oleh Taman Ixora adalah seperti berikut:-
1. Kawasan Rumah - 12/20
2. Lanskap - 14/20
3. Sampah - 17/20
4. Longkang - 16/20
5. Jalan - 17/20
6. Taman Permainan - 15/20
7. Lampu Jalan - 16.5/20
8. Kejiranan - 3/20
9. Persatuan Penduduk - 7/20
10. Aktiviti Persatuan/Penduduk - 1/20

Perincian markah bagi Taman Desa Makmur adalah seperti berikut:-
1. Kawasan Rumah - 18/20
2. Lanskap - 18/20
3. Sampah - 19/20
4. Longkang - 18/20
5. Jalan - 18/20
6. Taman Permainan - 14.5/20
7. Lampu Jalan - 17/20
8. Kejiranan - 20/20
9. Persatuan Penduduk - 20/20
10. Aktiviti Persatuan/Penduduk - 20/20

Walaubagaimanapun terima kasih diucapkan kepada semua penduduk Taman Ixora yang terlibat. Terdapat beberapa kriteria pertandingan yang perlu ditingkatkan atau diperbaiki oleh penduduk Taman Ixora. InsyaAllah kita akan cuba lagi pada tahun depan.

Persatuan mencadangkan supaya diadakan sesi lawatan ke Taman Desa Makmur untuk mendapat inspirasi, idea, cadangan dan contoh untuk mencantikkan Taman Ixora pada masa hadapan. Seterusnya membuat persediaan awal menghadapi pertandingan pada masa akan datang.

2 ulasan:

  1. ada amalat blog taman desa makmur x

    BalasPadam
  2. Wahai warga Ixora yg dihormati,

    Pak Lang nampak disini, terlalu berbeza kita dgn Taman Makmur ni dari segala segi.

    Walaupun nampak kita seolah2 dapat menggondol Taman Tercantik pada mulanya, rupa2nya kita banyak ketinggalan lebih2 lagi dari ciri2 kejiranan.

    Pak Lang tidak salahkan Persatuan ataupun kekurangan aktiviti yg dijalankan memandangkan persatuan ini baru setahun jagung ditubuhkan dan kantong persatuan pon belum penuh. Itu boleh dimaafkan, tapi pihak AJK harus memikirkan satu cara bagaimana utk mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita. Istilah "jiran baru" Pak Lang rasakan tidak lagi relevan.....

    Buatlah pelbagai aktiviti yg lebih kerap (dgn penggunaan duit persatuan yg minima) agar kita lebih "kerap" bersama....

    Mungkin ada diantara kita yg masih belum mengenali wakil2 AJK persatuan. Mungkin pihak AJK boleh mempertimbangkan cadangan Pak lang dengan membuat satu lawatan dari rumah ke rumah di kejiranan Ixora.

    Ada sebilangan anak buah Pak Lang yg memaklumkan bahawa mereka ingin sekali bergaul dgn masyarakat setempat, tapi mereka malu, segan atau takut dgn pihak PPTI - maklumlah diorg semua org baru, dan tak tau personaliti setiap AJK persatuan. Mudah2an dgn lawati ini, dapat menghilangkan sedikit rasa "gerun" kepada jiran amnya dan pihak AJK khususnya.

    Wallahualam....

    Pak Lang

    BalasPadam