Isnin, 4 Mei 2009

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa PPTI Bil. 6/2009

Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Ixora telah mengadakan mesyuarat pada 3 Mei 2009 dan membuat beberapa keputusan berikut:-

1. Membuka akaun semasa Maybank Islamic untuk urusan kewangan persatuan.
2. Meluluskan cadangan pembayaran yuran keahlian secara online transfer melalui Maybank2U bagi kemudahan pembayaran yuran oleh ahli persatuan. Surat edaran akan dikeluarkan kepada ahli untuk memaklumkan nombor akaun dan cara pembayaran.
3. Mengedarkan borang penyertaan Takaful Keluarga Berkumpulan (Khairat Kematian), Takaful Ikhlas kepada semua ahli persatuan. Surat edaran menjelaskan skim berkenaan akan dikeluarkan.
4. Mengucapkan terima kasih kepada Getrahome Sdn. Bhd. yang telah menyumbangkan jersi untuk pasukan Futsal Taman Ixora.
5. Menganjurkan Kursus Pembangunan Laman Blog bertempat di Mirza Cyber-Tech Cafe, Kosmopleks, BBST pada 10 Mei 2009.
6. Menganjurkan Program Kitar Semula di Taman Ixora pada 16 Mei 2009 bertempat di Taman Permainan Kanak-Kanak, Taman Ixora.
7. Mengadakan Ceramah Pencegahan Jenayah dan Majlis Dialog Bersama Penduduk Taman Ixora dan Polis Diraja Malaysia pada 24 Mei 2009 bertempat di Taman Permainan Kanak-Kanak, Taman Ixora.
8. Mengadakan Majlis Bacaan Yasin kaum ibu ahli persatuan pada 23 Mei 2009 bertempat di rumah Puan Noraini (No. 32, Jalan 1/11).
9. Mengadakan Kursus Motivasi Untuk Pelajar UPSR bagi penduduk di sekitar taman-taman perumahan Bandar Baru Salak Tinggi pada 20 dan 21 Jun 2009.
10. Menganjurkan Pertandingan Boling Taman Ixora Tahun 2009 pada 28 Jun 2009 bertempat di ARL Bowl, Alamanda, Putrajaya.
11. Menangguhkan pelaksanaan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Bil. 1/2009 untuk memberikan sumbangan kewangan atau hamper kepada ahli persatuan yang menerima kelahiran cahayamata, kemasukan ke hospital, kes pecah rumah, kecurian dan ditimpa musibah kecuali bagi kes kematian ahli atau ahli keluarga. Ini adalah kerana sumber kewangan persatuan tidak dapat menampung perbelanjaan bagi sumbangan berkenaan. Keputusan ini berkuatkuasa mulai 1 Mei 2009. Walaubagaimanapun keputusan ini akan dikaji semula setelah sumber kewangan persatuan mengizinkan.

4 ulasan:

  1. salam.
    satu pertanyaan dalam mesyuarat 3/5/09 persatuan sebulat suara menyata kan,menangguhkan semua Bil.1/2009 bernombor (11) berkuat kuasa 1/5/9.Bil. 1/2009 untuk memberikan sumbangan kewangan atau hamper kepada ahli persatuan yang menerima kelahiran cahayamata, kemasukan ke hospital, kes pecah rumah, kecurian dan ditimpa musibah kecuali bagi kes kematian ahli atau ahli keluarga.tapi didalam blog ini juga ada menyata kan aktiviti persatuan pada 4/5/09.
    ke rumah salah seorang AJK persatuan.melawat dan memberi sumbangan berupa hamper

    tolong jelas kan disini....
    saya tidak mahu double standrad berlaku di dalam PPTI di sebabkan dia seorang AJK.
    please reply....

    tq

    BalasPadam
  2. Adalah dimaklumkan beliau dimasukkan ke hospital mulai 28 April 2009. Keputusan menangguhkan dibuat pada 3 Mei 2009 dan berkuatkuasa bagi kes mulai 1 Mei 2009. Harap maklum.

    Dimaklumkan juga terdapat 3 lagi kelahiran cahayamata pada bulan April yang belum sempat dikunjungi dan diberikan hamper.

    InsyaAllah kita cuba buat apa yang terbaik untuk taman kita ini.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah, ada juga yang perasan dan mengambil "port" pasal perjalanan aktiviti taman kita ini... Itu yang kita nak... maksudnya ada sambutan dan sikap prihatin.

    Adalah dimaklumkan bahawa setiap perkara ada pro dan kontra nya. Disini saya menyokong maklum balas daripada SU kerana pernyataannya sudah jelas berkaitan dengan tarikh tersebut. Kita bukannya nak double standard kan apa-apa yang ada. Kalau boleh kita nak sama ratakan berdasarkan kutipan yuran-yuran yang telah dikeluarkan.

    Dalam maklumat mesyuarat juga telah menjelaskan bahawasanya perkara-perkara tersebut adalah DITANGGUHKAN disebabkan faktor-faktor yang tidak mengizinkan. Dahulunya, mungkin kita cuba berdasarkan keupayaan yang ada. InsyaAllah dengan sambutan daripada penduduk taman ixora, ianya akan terlaksana semula pada esok-esok hari.

    Apa-apa pun jangan le kita risau... benda yang baik akan dirahmati...

    BalasPadam
  4. Salam

    Terima Kasih atas penjelasan yg diberikan.

    BalasPadam