Khamis, 19 Mac 2009

Pembinaan Bonggol Di Taman Ixora


Pada 18 Mac 2009 (Rabu), Majlis Perbandaran Sepang telah melantik kontraktor untuk membina bonggol di laluan masuk Taman Ixora. Pada fasa permulaan sebanyak 7 bonggol telah dibina. Pembinaan bonggol tambahan akan dilakukan pada fasa yang seterusnya.

Tujuan utama pembinaan bonggol adalah bagi tujuan keselamatan penduduk yang terdiri daripada kanak-kanak yang bermain di tepi jalan. Dengan adanya bonggol, kenderaan akan memperlahankan kenderaan seterusnya dapat mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Sila klik di sini untuk gambar lokasi pembinaan bonggol berkenaan.

Persatuan Penduduk Taman Ixora mengucapkan ribuan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Sepang yang telah meluluskan peruntukan untuk membina bonggol berkenaan. Semoga kemudahan yang disediakan untuk kemudahan dan keselamatan penduduk dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. InsyaAllah.

5 ulasan:

  1. Mungkin boleh dibaiki bonggol yang telah dibuat mengikut standard JKR..slope agak tinggi..t.kasih

    BalasPadam
  2. Tuan, adakah bonggol itu akan dicat kelak? Amat sukar untuk dilihat waktu malam.

    BalasPadam
  3. Bonggol di antara jalan 1/1 dan 1/2 sukar dilihat pada waktu malam kerana ketiadaan lampu jalan. Juga terdapat lubang di atas bonggol. Di tepi bonggol ( di hadapan pencawang TM ) terdapat lopak air bertakung selepas hujan. Bolehkah Bonggol diseragamkan seperti yang terdapat di Taman Anggerik, lengkap dengan cat kuning hitam dan papan tanda amaran?

    BalasPadam
  4. Mintak diusulkan pada MPS untuk tambah bil bonggol terutama di jln 1/1, memandangkan jalan tersebut lurus dan panjang. Hanya dua bonngol shj diletakkn di permulaan masuk simpang 1/1. Byk kereta dan bas sekolah memecut laju setelah melepasi bonggol tersebut tanpa menghiraukan keselamatan penduduk terutama kanak2.BERINGAT SEBELUM KENA.t.kasih

    BalasPadam