Isnin, 23 Mac 2009

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1430 Hijrah Taman Ixora















Persatuan Penduduk Taman Ixora telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1430 Hijrah pada tarikh dan tempat seperti berikut:

Tarikh : 21 Mac 2009 (Sabtu)
Masa : 8.30 Malam
Tempat : Taman Permainan Kanak-Kanak Jalan Ixora 1/9















Diantara aturcara program pada malam itu adalah:
1. Perasmian oleh Ahli Majlis Bandar Baru Salak Tinggi
2. Persembahan Marhaban dan Nasyid Cinta Rasul
3. Forum Perdana Cinta Rasulullah SAW
- Ahli Panel 1 : Dr. Mohd Rushdan Bin Mohd Jailani (Pensyarah USIM)
- Ahli Panel 2 : Ustaz Zainudin Bin Abu Bakar (Pendakwah Bebas)
- Moderator : Ustaz Yusmi Haniff Bin Ariffin

Majlis telah diadakan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sepang. Seramai 300 orang penduduk Taman Ixora telah hadir mengimarahkan majlis ilmu berkenaan. Semoga dengan kehadiran penduduk ini telah dapat menambah rasa kecintaan kepada Rasulullah SAW, mengeratkan semangat kejiranan dan hubungan siturrahim sesama muslim.

Sila klik di sini untuk koleksi gambar semasa majlis diadakan.

3 ulasan:

  1. Semoga segala perancangan mendapat perlindungan dari Allah dan hidayah...Diharap
    penduduk TI akan mendapat hidayah dari program ini....

    BalasPadam
  2. Salam,diminta kepada para penduduk yang hadir di majlis seperti ini lain kali duduklah dibawah khemah yang disediakan, tidak duduk bersepah merata2 tempat, insyaallah. Hormati para tetamu & majils ini sertakan tunjukkan perpaduan penduduk taman kita. Sekian

    BalasPadam
  3. Assalammualikum,

    Pak Long rasa la bondo ni tak la menyosakkan mato sangat la.Kan Pak Ustaz tu dah khobakan dio amat suka sangat ngan konsep yang TI ni buek. Semuo peringkat ado terlibat budak,tuo mudo termasuklah orang bosa majlis tu kan puji2 kito.
    Bukan apo dio orang tu masih dalam radius suasana tu lagi.
    Tapi satu ajo yang Pak Long nampak nyakitkan mato sikit malam tu....dapek makan "pom" hilang macam meghocun.Tolong2 la clearkan kawasan tu nak eeeeea.Oghang AJK PPTI tu jugak la nak clearkan kawasan taman tu.
    Rengan2kan la tulang tu sikit....sikit jooo.Tak la sampai patah doooo.
    Bukan apo Pak Long nak nasehat sikit jo.kalau terghaso tu Pak Long mohon maaf la.Kan
    apo sian kek dio oghang tu...dah atur...dah susun nak komeh pon dio oghang gak.

    Pak Long

    Wassalam

    BalasPadam