Isnin, 2 Mac 2009

Perbincangan Bersama Pemaju (Getrahome)


Pada 1 Mac 2009(Ahad), jam 1.30 petang, Jawatankuasa PPTI diwakili oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha dan seorang AJK telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Pengarah Pembangunan Dan Hartanah Getrahome (En. Zulkafli Bin Hj. Shahar).

Diantara keputusan perbincangan ialah:
1. Pengerusi PPTI mengucapkan terima kasih di atas sumbangan wang tunai sebanyak RM500.00 yang telah diberikan oleh Getrahome untuk Program Gotong-Royong Cegah Denggi Taman Ixora.
2. Tapak surau yang telah disediakan oleh pemaju akan diratakan dan Dewan Serbaguna(Balai Islam) akan dibina dalam waktu terdekat. Peruntukan untuk membina dewan berkenaan akan disumbangkan oleh pemaju dan sumbangan daripada penduduk serta beberapa organisasi termasuk Ahli Parlimen Sepang akan diusahakan.
3. Satu sesi dialog bersama pemaju, Majlis Perbandaran Sepang dan penduduk akan diadakan bagi menjelaskan beberapa isu yang melibatkan penduduk.

Semua penduduk Taman Ixora mengucapkan terima kasih di atas komitmen dan kerjasama yang telah ditunjukkan oleh pemaju.

4 ulasan:

  1. ALHAMDULILLAH.... Mudah-mudahan menjadi apa yang dirancangkan.

    Walau bagaimanapun, dalam pertemuan nanti saya akan tanya berkaitan dengan kualiti jalan yang dibina oleh pemaju dan diselenggara oleh Majlis Perbandaran Sepang. Ini kerana, jalan-jalan di taman kita banyak yang rosak daln tidak berkualiti. Malahan, kerja-kerja pemotongan jalan yang dilaksanakan oleh kontraktor tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Ini dapat dilihat dengan berlekuknya permukaan bahagian yang dipotong kerana berlaku mendapan dan tiada ikatan dengan jalan sedia ada. Perkara ini disaksikan oleh saya sendiri semasa kerja tersebut dilaksanakan.

    BalasPadam
  2. Ssyabas atas blog ini..semoga taman ixora akan lebih maju ..eratnya perpaduan,semangat muhibabah..cadngan lain:
    1. pertandingan melukis
    2. senamrobik
    3. risalah boleh juga disertaklan tulisan jawi.saya boleh membantu ,layari http://khattat.blogspot.com
    4, adakan ruangan chatbox
    5. letak emel ahli persatuan
    6.link dengan mana2 blog perumahan lain.sekian
    73, 1/2

    BalasPadam
  3. Salam,

    Ucapan sekalung tahniah atas usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh AJK persatuan.

    Satu lagi kekurangan di perumahan kita adalah kelemahan liputan telekomunikasi mudah alih (handset)untuk semua penyedia (DiGi, Celcom & Maxis) terutamanya bila berada di dalam rumah. Saya mencadangkan supaya AJK Persatuan dapat memajukan perkara tersebut kepada Suruhanjaya Komunikasi (SKMM) atau pihak berkuasa terlibat untuk penyediaan liputan penuh di kawasan perumahan kita. Sepengetahuan saya, rezab untuk telekomunikasi ada disediakan pemaju bersebelahan pencawang TNB di kawasan Taman Permainan Jalan 1/9. Tapak tersebut sesuai untuk didirikan menara telekomunikasi astetik yang tidak berapa tinggi atau berupa tiang lampu sepertimana contoh yang telah dibuat di kejiranan sekitar KL dan Subang Jaya

    BalasPadam
  4. Pemasangan Sewerage Pipeline yang sedang dilaksanakan pada tepi jalan utama tidak mengikut spesifikasi dimana tiada pemasangan concrete bedding, concrete hunching dan sebagainya.

    Kalau macam tu.. la... kaedah pemasangannya, masalah akan dihadapi oleh penduduk Taman Ixora kerana kebarangkalian akan berlaku paip pecah dan sebagainya.

    SAYA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DALAM SEKTOR PEMBINAAN AMAT MALU DENGAN "KEBODOHAN" PENGAWASAN DARIPADA PIHAK PEMAJU DAN KEDANGKALAN DARIPADA PIHAK PENGUASA TEMPATAN.

    Diminta pemaju GETRAHOME memantau kaedah pembinaan tersebut. Jangan fikir untung yang HARAM sahaja. Ingatlah harga pembinaan tersebut telah di"constribute" oleh para pembeli taman ixora.

    Jangan sampai pembeli-pembeli sediaada mengkempen JANGAN BELI TAMAN IXORA.

    BalasPadam