Khamis, 21 Jun 2012

Mesyuarat Jawatankuasa PPTI Bil. 1/2012

Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Ixora Bil 1/2012 telah diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 20 Jun 2012 (Rabu)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora

Berikut adalah keputusan mesyuarat:-
1.  Pelantikan ketua biro yang baru
a) Biro Agama dan Kebajikan
- Mohd Anuar Bin Asmuni (Ketua)
- Baharuddin Bin Kamaluddin

b) Biro Sukan dan Kebudayaan
- Muhamad Faisal Bin Omar (Ketua)
- Haji Amirudean Bin Zid

c) Biro Hal Ehwal Wanita
- Hjh. Noraini Bt Saadun (Ketua)

d) Biro Keselamatan
- Mohd Nor Bin Ismail (Ketua)
- Abdul Rashid Bin Abdul Malek

e) Biro Pendidikan
- Dr. Hj. Mohd Ekhwan Bin Hj. Turiman (Ketua)
- Mohd Zulkarnain Bin Ahmad Kharman Shah

2. Perancangan aktiviti tahun 2012
a) Aktiviti sepanjang bulan Ramadhan
- Program memasak bubur lambuk pada Sabtu minggu Kedua, Ketiga dan Keempat. Anggaran kos RM1,800 (akan dikongsi bersama KRT Taman Ixora)
- Tadarus, khatam al-Quran dan berbuka puasa
Tentatif tarikh : 11 Ogos 2012 (Sabtu). Anggaran kos RM2,050 (akan dikongsi bersama KRT Taman Ixora)

b) Majlis Hari Raya Aidilfitri beserta perasmian Surau Balai Islam Taman Ixora
c) Majlis Ibadah Qurban
d) Sukaneka Taman Ixora
e) Pertandingan Badminton Tertutup
f) Pertandingan Boling Keluarga Taman Ixora
g) Majlis Dialog Bersama MPSp
h) Majlis Berkhatan Beramai-ramai
i) Majlis Solat Hajat sempena peperiksaan UPSR, PMR dan SPM
j) Taklimat keselamatan oleh BOMBA dan demonstrasi memadam kebakaran
k) Sahabat Yasin bagi kaum Hawa

Lain-lain hal yang dibincangkan:
- Permohonan menambah bonggol di Taman Ixora kepada MPSp
- Pembinaan Traffic Light di laluan masuk Taman Ixora
- Status permohonan pembinaan dewan

Mesyuarat berakhir jam 11.30 malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan