Memaparkan catatan dengan label Hebahan PPTI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hebahan PPTI. Papar semua catatan

Ahad, 25 November 2018

Pertandingan Boling Keluarga Ixora 2018

Pertandingan Boling Keluarga Ixora tahun 2018 telah diadakan pada butiran berikut:

Tarikh: 24 November 2018 (Sabtu)
Masa: 2.30 hingga 4.30 petang
Tempat: Dream Bowl, Kompleks Sukan Airport Nilai.

Semua penduduk Taman Ixora dijemput menyertai pertandingan ini. Aktiviti riadah bersama keluarga di musim cuti persekolahan ini.




Isnin, 14 Mei 2018

Ahad, 21 Mei 2017

Gotong royong perdana Taman Ixora

Alhamdulillah. Penyertaan penduduk Taman Ixora menggalakkan.

Sabtu, 29 April 2017

Pertandingan badminton muhibbah Taman Ixora

Semua warga Ixora dijemput menyertai pertandingan ini. Penduduk juga boleh hadir memeriahkan acara.

Pertandingan Memancing Taman Ixora

Semua penduduk Taman Ixora dijemput menyertai pertandingan ini. Sila hubungi urusetia untuk pendaftaran.

Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Taman Ixora Kali Ke-10

Semua ahli Persatuan Penduduk Taman Ixora dijemput hadir.

Sabtu, 30 Julai 2016

Majlis Hari Raya Aidilfitri Taman Ixora Tahun 2016

Alhamdulillah, majlis ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk Taman Ixora. Insya Allah majlis ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan dengan lebih meriah.

Khamis, 21 Julai 2016

Sabtu, 21 Mei 2016

Selasa, 22 Mac 2016

Selasa, 20 Oktober 2015

Kejohanan bola sepak antara zon Taman Ixora

Semua penduduk Taman Ixora dijemput menyertai pertandingan ini dan turut hadir memberikan sokongan moral.

Sabtu, 10 Oktober 2015

Program Ibadah Korban Taman Ixora Tahun 2015M/1436H

Sebanyak 8 ekor lembu dan 2 ekor kambing dikorbankan. Alhamdulillah mendapat sambutan kerjasama penduduk Taman Ixora.

Ahad, 11 Januari 2015

Forum Perdana Maulidur Rasul Taman Ixora - Meniti Sunnah Rasul S.A.W.


Surau Balai Islam Taman Ixora dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Ixora dan Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora telah mengadakan Forum Perdana Maulidur Rasul Taman Ixora seperti butiran berikut:

Tarikh : 10 Januari 2015 (Sabtu)
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora
Tajuk : Meniti Sunnah Rasul S.A.W.

Ahli Panel:
- Hj. Zulrushdi (Moderator)
- Imam Muda Amiril
- Pencetus Ummah Salman

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Khamis, 11 Disember 2014

PERTANDINGAN BOLING KELUARGA TAMAN IXORA 2014


PERTANDINGAN BOLING KELUARGA TAMAN IXORA 2014

Tarikh : 28 Disember 2014 (Ahad)
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Dream Bowl, Pusat Sukan Airport, Nilai

Bayaran penyertaan RM20 seorang
- T-shirt percuma disediakan
- Bermain 2 game, cross lane
- 4 orang pemain bagi satu pasukan (pemilihan ahli pasukan bebas)

Penyertaan telah ditutup.

Ahad, 2 November 2014

Pertandingan Badminton Muhibbah Taman Ixora 2014

Persatuan Penduduk Taman Ixora dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora telah menganjurkan Pertandingan Badminton Muhibbah 2014 pada butiran berikut:

Tarikh : 1 November 2014 (Sabtu)
Tempat : Kompleks Sukan Airport, Nilai
 Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 petang
Alhamdulillah pertandingan ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk Taman Ixora.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Khamis, 21 Jun 2012

Mesyuarat Jawatankuasa PPTI Bil. 1/2012

Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Ixora Bil 1/2012 telah diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 20 Jun 2012 (Rabu)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora

Berikut adalah keputusan mesyuarat:-
1.  Pelantikan ketua biro yang baru
a) Biro Agama dan Kebajikan
- Mohd Anuar Bin Asmuni (Ketua)
- Baharuddin Bin Kamaluddin

b) Biro Sukan dan Kebudayaan
- Muhamad Faisal Bin Omar (Ketua)
- Haji Amirudean Bin Zid

c) Biro Hal Ehwal Wanita
- Hjh. Noraini Bt Saadun (Ketua)

d) Biro Keselamatan
- Mohd Nor Bin Ismail (Ketua)
- Abdul Rashid Bin Abdul Malek

e) Biro Pendidikan
- Dr. Hj. Mohd Ekhwan Bin Hj. Turiman (Ketua)
- Mohd Zulkarnain Bin Ahmad Kharman Shah

2. Perancangan aktiviti tahun 2012
a) Aktiviti sepanjang bulan Ramadhan
- Program memasak bubur lambuk pada Sabtu minggu Kedua, Ketiga dan Keempat. Anggaran kos RM1,800 (akan dikongsi bersama KRT Taman Ixora)
- Tadarus, khatam al-Quran dan berbuka puasa
Tentatif tarikh : 11 Ogos 2012 (Sabtu). Anggaran kos RM2,050 (akan dikongsi bersama KRT Taman Ixora)

b) Majlis Hari Raya Aidilfitri beserta perasmian Surau Balai Islam Taman Ixora
c) Majlis Ibadah Qurban
d) Sukaneka Taman Ixora
e) Pertandingan Badminton Tertutup
f) Pertandingan Boling Keluarga Taman Ixora
g) Majlis Dialog Bersama MPSp
h) Majlis Berkhatan Beramai-ramai
i) Majlis Solat Hajat sempena peperiksaan UPSR, PMR dan SPM
j) Taklimat keselamatan oleh BOMBA dan demonstrasi memadam kebakaran
k) Sahabat Yasin bagi kaum Hawa

Lain-lain hal yang dibincangkan:
- Permohonan menambah bonggol di Taman Ixora kepada MPSp
- Pembinaan Traffic Light di laluan masuk Taman Ixora
- Status permohonan pembinaan dewan

Mesyuarat berakhir jam 11.30 malam.