Isnin, 4 Jun 2012

Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yaasin Sempena Hari Pertama Surau Balai Islam Taman Ixora Mula Beroperasi

Majlis solat hajat, bacaan Yaasin dan tahlil sempena hari pertama Surau Balai Islam Taman Ixora beroperasi telah diadakan pada butiran berikut:

Tarikh : 7 Jun 2012 (Khamis)
Masa : 7.00 Malam
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora

Aturcara majlis adalah seperti berikut:
- Solat Maghrib berjemaah
- Solat Hajat
- Bacaan Yasin dan Tahlil
- Penyerahan bangunan surau untuk digunakan penduduk oleh Getrahome kepada Penduduk Taman Ixora
- Solat Isyak berjemaah
- Jamuan Makan

Alhamdulillah majlis berkenaan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk Taman Ixora yang hadir bersama keluarga bagi mengimarahkan surau. Majlis turut dihadiri oleh wakil daripada Getrahome Sdn. Bhd. (En. Fairus, Pengarah Pengurusan Hartanah) yang menyampaikan salam Dato' Samsudin kerana tidak dapat hadir.

Jawatankuasa Pembinaan Surau Balai Islam Taman Ixora mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua individu yang telah menyumbang barangan dan wang tunai bagi menyediakan keperluan asas surau.Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada Dato' Samsudin (Pengerusi Eksekutif Getrahome) yang telah membina sebuah surau untuk kegunaan penduduk Taman Ixora.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

2 ulasan:

  1. syukur alhamdulillah...dapat kita berjemaah bersama-sama di samping berkenal-kenalan sesama kita....semoga Allah memberi kita hidayah dan Istoqamah untuk hari2 pergi jemaah di surau...Insyaallah...

    BalasPadam