Jumaat, 22 Jun 2012

Mesyuarat Jawatankuasa Pembinaan Surau Balai Islam Taman Ixora Bil. 3/2012

Mesyuarat Jawatankuasa Pembinaan Surau Balai Islam Taman Ixora Bil 3/2012 telah diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 22 Jun 2012 (Jumaat)
Masa : 9.30 malam
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora

Berikut adalah keputusan mesyuarat:-

1.Mengadakan majlis sambutan Nisfu Sya'ban pada 4 Julai 2012 (Selepas Maghrib).
2. Mengadakan majlis berbuka puasa setiap hari di surau (Target seramai 20 orang jemaah berbuka) termasuk moreh. Kos dan persiapan untuk majlis berbuka dan moreh akan disediakan oleh setiap lorong. Anggaran kos untuk berbuka adalah RM100 dan RM300 untuk moreh. Air minuman akan disediakan oleh surau. Bagi hari-hari yang kosong, penduduk yang ingin memberikan sumbangan amatlah dialukan. Berikut adalah pecahan lorong dan hari yang terlibat:
- Hari 1 - Sumbangan surau
- Hari 2 - Jalan 1/1 (a) - Rumah No. 1 hingga 68
- Hari 3 - Jalan 1/1 (b) - Rumah No. 70 hingga 144
- Hari 4 - Jalan 1/2 (a) - Rumah No. 1 hingga 67
- Hari 5 - Jalan 1/2 (b) - Rumah No. 69 hingga 143
- Hari 6 - Jalan 1/3
- Hari 7 - Jalan 1/4
- Hari 8 - Jalan 1/5 dan 1/6
- Hari 9 - Jalan 1/7
- Hari 10 - Jalan 1/8
- Hari 11 - Jalan 1/9
- Hari 12 - Jalan 1/10
- Hari 13 - Jalan 1/11
- Hari 14 - Jalan 1/12
- Hari 15 - Jalan 1/13
- Hari 16 - Jalan 1/14 dan 1/15
- Hari 17 - Jalan 1/16 dan 1/17

3. Mengadakan solat terawih sebanyak 20 rakaat di surau. Imam tahfiz sedang diusahakan.
4. Tadarus al-Quran akan diadakan setiap malam selepas solat terawih.
5. Tazkirah selepas solat terawih akan diadakan seminggu sekali. Sekiranya ada tazkirah solat terawih akan diadakan sebanyak 8 rakaat sahaja.
6. Qiyamulail akan diadakan di surau pada 10 malam terakhir Ramadhan. Anggaran seramai 30 orang dengan kos RM150 semalam. Kos untuk sepuluh malam adalah RM1,500.
7. Kuliah agama di surau akan dimulakan mulai minggu hadapan.Tabung kuliah akan diedarkan semasa kuliah diadakan bagi menampung kos penceramah.
8. Solat hajat menjelang peperiksaan UPSR, PMR dan SPM akan diadakan di surau.
9. Mesyuarat bersetuju supaya setiap ajk menyumbang RM100 seorang bagi membeli peti besi surau dengan kos RM1,945.
10. Tabung-tabung kecil akan ditempah untuk diedarkan di kedai-kedai berhampiran bagi menjana pendapatan surau. Kos RM100 diperuntukkan.
11. Peti cadangan akan disediakan di laluan masuk surau bagi mendapatkan maklumbalas daripada jemaah surau.
12. Cadangan untuk mengadakan program membeli sambil menderma air mineral di surau.

Mesyuarat berakhir jam 12.30 pagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan