Khamis, 22 April 2010

Taman Ixora Memenangi Tempat Pertama Pertandingan Taman Perumahan Terbaik Daerah Sepang Bagi Tahun 2009/2010

Alhamdulillah dan Tahniah.

Taman Ixora telah dipilih sebagai pemenang Pertandingan Taman Perumahan Terbaik Daerah Sepang Bagi Tahun 2009/2010. Pertandingan ini adalah anjuran Majlis Perbandaran Sepang. Kejayaan ini adalah berkat usaha Persatuan Penduduk Taman Ixora dan semua penduduk Taman Ixora yang telah bekerjasama untuk menjaga kebersihan taman melalui gotong-royong yang telah diadakan dan penganjuran aktiviti-aktiviti untuk faedah penduduk oleh persatuan.

Majlis penyampaian hadiah akan diadakan pada 4 Mei 2010 bertempat di Majlis Perbandaran Sepang. Hadiah untuk tempat pertama adalah berbentuk geran RM20,000.00 untuk membangunkan fasiliti di Taman Ixora bagi kemudahan dan kegunaan penduduk. Bentuk projek yang akan dibangunkan akan dibincangkan untuk faedah bersama.

Persatuan Penduduk Taman Ixora berharap agar kecemerlangan ini dapat diteruskan pada masa hadapan. Semua ahli persatuan hendaklah memberikan sokongan sepenuhnya kepada Persatuan Penduduk Taman Ixora dengan menjelaskan yuran keahlian dan mengikuti semua program atau aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan. InsyaAllah semoga usaha yang kita lakukan ini akan mendapat keberkatan daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Amin.

5 ulasan:

  1. Tahniah, semoga kejayaan ini akan berterusan pada tahun-tahun mendatang dan semoga impian penduduk untuk mempunyai Balai Islam tercapai. Tahniah semua

    BalasPadam
  2. Tahniah dan terima kasih kepada semua penduduk TI dan Persatuan PPTI yang telah bersama-sama menjayakan semua aktiviti taman kita.

    BalasPadam
  3. Warga Ixora yang dihormati,

    Syabas dan tahniah Pak Lang ucapkan kepada PPTI khususnya dan seluruh penduduk TI amnya.. berkat usaha dan kerjasama kita selama ini, akhirnya terbalas juga..

    Pak Lang harap, keadaan seperti ini dapat ditingkatkan lagi atau setidak2nya dikekalkan demi kesejahteraan dan kemakmuran Taman kita ini.

    Sekali lagi, syabas dan sekalung tahniah kepada semua yg terlibat.. Keep it up!!!


    Orang lama,

    Pak Lang

    BalasPadam
  4. Tahniah kepada semua penduduk dan AJK taman. Diharap semangat kerjasama dan kekitaan dapat ditingkatkan lagi. Cuma sesiapa yg ada pelihara haiwan seperti kucing, silalah jaga dgn baik supaya rumah jiran tak busuk dgn tahi kucing.. sampai nak buka pintu tingkap pun tak selesa. adios..Assalamualaikom wbth

    BalasPadam
  5. Pentingnya kita hidup bersatu, umpama aur dengan tebing, saling memerlukan dan bantu membantu,seiring sejalan kita tenaga digembeling.

    Agar hidup kita semua warga Ixora, aman makmur sejahtera......

    BalasPadam