Pada 13 April 2010 (Selasa), kontraktor yang dilantik oleh Majlis Perbandaran Sepang telah membina 4 buah bonggol di Taman Ixora. Lokasi pemasangan bonggol berkenaan adalah :-
- Dua(2) bonggol di Jalan Ixora 1/1
- Dua(2) bonggol di Jalan Ixora 1/2
Permohonan pembinaan bonggol Fasa 2 di Taman Ixora telah dibuat oleh Persatuan Penduduk Taman Ixora melalui surat bertarikh 23 Februari 2010 kepada MPSp. Sebanyak tujuh (7) buah bonggol telah dipohon untuk dibina. Walaubagaimanapun pihak MPSp hanya meluluskan pembinaan empat (4) bonggol sahaja.
Pihak Persatuan Penduduk Taman Ixora mengucapkan terima kasih kepada MPSp yang begitu perihatin dengan masalah penduduk dan meluluskan peruntukan untuk membina bonggol di Taman Ixora bagi memperlahankan kenderaan demi keselamatan kanak-kanak di Taman Ixora.
Sila klik di sini untuk melihat lokasi pemasangan bonggol berkenaan.
semoga mereka yang suka bawak keta lelaju tu, pelanpelan la sikit yer. kawasan rumah orang nih
BalasPadamsaya sokong. pemandu kena lebih berhati2 dan bawak perlahan2. bebudak ni tak ada tempat lain dh nak main dgn kawan2 dia (bagi yg jauh dgn taman permainan). dia org ni main redah je... motor ke, kereta ke, bas sekolah ke dia org tak takut asal dapat berlari & kayuh basikal. ramai ibu bapa yang memantau terpaksa menjerit2 bila tgk motor, keta dan lain2 kenderaan laju2...... nama pun budak2 kan...... ok, kpd PEMANDU yg prihatin tq kerana memandu dgn berhemah...
BalasPadammalang tidak berbau...peringatan jugak kepada ibu dan bapa...
BalasPadam-jangluplir-
Bonggol dah ada,rasanya perlu di cat garisan warna kuning seperti bonggol yang lain.kadang kala tak berapa perasan.
BalasPadamTerima kasih kepada persatuan penduduk....jika kita tidak ada persatuan penduduk macam nie, tak ada lah bonggol untuk keselamatan kita semua daripada mereka yang tidak beringat & mementingkan diri sendiri. Kepada para ibu bapa , pantaulah anak kerana malang memang tidak berbau..
BalasPadamBonggol dah ok..kereta tak bawak laju dah. Tapi nak keluar simpang di lorong-lorong tu pulak yang laju. Jangan la laju sangat, bagi laluan kereta di jalan lurus dulu. Ikut la peraturan berhenti bila keluar simpang. Sama- sama la bertimbangrasa. T.kasih
BalasPadamLorong 1/2 sebelah Pengerusi Taman pulak yang takder bonggol...pelik. Terpaksa lah aku jerit2 sikit kat anak aku bila ada keta lalu. Harap dapat satu pun jadilah..untuk slow kat sikit kenderaan. TQ
BalasPadambersyukur lah dengan apa yang diberi.
BalasPadamsemoga dengan adanya bonggol itu akan mengurangkan gejala pemandu yang kurang sifat penyabar ketika memandu.
memang la bersyukur..tapi pemandu kereta ni dia org takde anak ke?? takde akal? atau x waras? bawak keta laju2..dlm taman lak tu!!
BalasPadamkalau tak perlu kelulusan dah lama aku buat bonggol sendiri depan rumah. Bila ada bonggol ne depa slow sikit.
BalasPadam