Isnin, 5 April 2010

Ceramah Maulidur Rasul 1431H Anjuran PPTI

Persatuan Penduduk Taman Ixora telah menganjurkan program Ceramah Maulidur Rasul 1431H pada butiran berikut:-

Tarikh : 4 April 2010 (Ahad)
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Taman Permainan Kanak-kanak Taman Ixora
Tajuk Ceramah : Rasulullah S.A.W. Pemangkin Kejiranan Ummah
Penceramah : Ustaz Ashraf Bin Hj. Ismail, Pensyarah UKM

Alhamdulillah program tersebut telah mendapatkan sambutan yang menggalakkan daripada penduduk Taman Ixora. Program berkenaan turut diserikan dengan nyanyian nasyid di bawah pimpinan Ustaz Rahim.

Puan Rohaya Bt Dato' Mohd Shahir, Ahli Majlis Bandar Baru Salak Tinggi Zon Utara turut hadir ke program berkenaan. Terima kasih diucapkan kepada MPSp kerana telah memberikan sumbangan penyediaan makanan, minuman dan khemah semasa program dianjurkan.

Pihak Persatuan Penduduk Taman Ixora mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung menjayakan program yang telah dianjurkan ini.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

1 ulasan:

  1. assalamualaikum..
    Tahniah kpd PPTI kerana telah berjaya menganjurkan program keagamaan majlis sambutan maulidur rasul 1431H/2010.

    kepada penduduk taman ixora yang tidak berkesempatan hadir pd mlm itu, disini ada beberapa isi kandungan ceramah pd mlm tersebut untuk renungan kita semua.

    Antara isi kandungan ceramah yang disampaikan oleh ustaz ashraf ialah:

    1. Pentingnya hidup berjiran
    2. Saling hormat menghormati sesama jiran tetangga
    3. Memberi salam ketika berjumpa
    4. sentiasa bersalam-salaman antara jiran tetangga(x dibenarkan bersalam antara bukan Muhrim)
    5. Bersama-sama menjaga kebajikan di antara jiran tetangga.

    010

    TQ

    BalasPadam