Pada 9 September 2009, kontraktor yang dilantik oleh Majlis Perbandaran Sepang telah melakukan kerja-kerja pembaikan dan penurapan jalan di Taman Ixora. Jalan-jalan yang terlibat adalah Jalan 1/1, 1/2 dan 1/7. Kerja-kerja ini dibuat berdasarkan kepada laporan kerosakan jalan yang telah dibuat oleh pihak persatuan pada 13 Mei 2009. Di dalam laporan berkenaan disertakan gambar lokasi jalan-jalan yang mengalami kerosakan.
Pihak persatuan mengucapkan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Sepang yang telah membaik pulih kerosakan jalan berkenaan. Semoga perkhidmatan seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.
Sabtu, 12 September 2009
Selasa, 8 September 2009
Perjumpaan Penduduk Lorong 1/13, Taman Ixora
Penduduk lorong 1/13 telah mengadakan satu perjumpaan pada tarikh dan tempat seperti berikut:-Tarikh : 5 September 2009 (Sabtu)
Masa : 10.30 Malam
Tempat : Rumah Ustaz Mohd Zuki (No.10, Jalan 1/13)
Perjumpaan ini adalah yang pertama kali diadakan dan mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan daripada 35 orang penduduk. Disamping itu juga, terdapat beberapa orang penduduk dari lorong 1/1 dan 1/2 turut menyertai perjumpaan ini.
Diantara agenda perjumpaan tersebut adalah:
1. Sesi taaruf - semua penduduk yang hadir memperkenalkan diri masing-masing.
2. Perbincangan keselamatan rumah pada musim perayaan.
3. Penerangan mengenai Persatuan Penduduk Taman Ixora (PPTI).
Tujuan perjumpaan ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim dan saling kenal mengenal antara satu sama lain. Perjumpaan ini juga bertujuan untuk berbincang dan bertukar-tukar pendapat di antara penduduk.
Perjumpaan ini turut membincangkan beberapa perkara dan aktiviti untuk kebaikan bersama. Antaranya ialah kawalan musim perayaan, penerangan tentang PPTI, pelantikan AJK lorong, mengadakan majlis bacaan yasin dan solat hajat, kawalan malam, pondok kawalan, kutipan yuran lorong, kenderaan laju dan isu bonggol. Borang keahlian PPTI juga turut diedarkan kepada penduduk (bagi yang belum menjadi ahli). Antara beberapa keputusan yang telah dipersetujui bersama:
1. Pelantikan AJK Lorong
2. Kawalan oleh syarikat security pada musim perayaan (3 @ 4 hari)
3. Majlis bacaan yasin sebulan sekali (1 rumah)
4. Kawalan malam & pondok kawalan
5. Menyenaraikan aktiviti & yuran lorong
6. Mengutarakan isu kenderaan laju & bonggol dalam mesyuarat PPTI
InsyaAllah perjumpaan ini menjadi titik permulaan yang baik kepada penduduk Jalan Ixora 1/13. Adalah diharapkan perkara dan aktiviti yang dirancang ini dapat dijalankan untuk menghidupkan dan memberi kebaikan kepada penduduk Jalan Ixora 1/13. Di samping itu, adalah diharapkan penduduk Jalan Ixora 1/13 dapat bersama-sama memberi sokongan kepada Persatuan Penduduk Taman Ixora (PPTI) dalam merencanakan aktiviti yang telah, sedang dan akan dijalankan untuk kebaikan taman kita.
Rabu, 2 September 2009
Banjir Lumpur Di Taman Ixora
Pada jam 10.00 pagi, 1 September 2009, beberapa buah rumah di Taman Ixora telah dilanda banjir lumpur. Tapak pembinaan rumah di atas bukit yang masih belum mempunyai saliran yang baik menyebabkan kejadian berkenaan berlaku. Banjir lumpur daripada atas bukit berkenaan telah melimpahi Jalan 1/1 dan membanjiri beberapa buah rumah penduduk.
Kejadian berkenaan telah menyebabkan beberapa rumah penduduk dibanjiri lumpur daripada belakang rumah, dapur sehingga ke ruang tamu. Diantara rumah penduduk yang terlibat adalah No. 33, 35, 37 Jalan 1/2 dan No. 34, 36 Jalan 1/1. Pihak pemaju (Getrahome) telah memberikan bantuan untuk membersihkan banjir lumpur berkenaan dengan bantuan beberapa orang pekerja daripada tapak pembinaan.
Kejadian berkenaan berlaku disebabkan oleh kelemahan sistem perparitan yang dibina oleh pemaju yang tidak dapat menampung pengaliran air yang banyak akibat hujan lebat yang turun mulai jam 9.00 pagi hingga jam 11.30 pagi.
Disamping itu, kerja-kerja pengorekan kabel elektrik oleh sub kontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut menyumbang kepada kejadian ini. Ini adalah kerana saliran air keluar di atas bukit ke sungai berhampiran telah ditutup untuk kerja-kerja pengorekan berkenaan. Walaubagaimanapun tindakan pantas pemaju mengorek saliran keluar tersebut telah mengurangkan pengaliran air ke kawasan perumahan.
Satu laporan polis telah dibuat oleh penduduk mengenai kejadian berkenaan dan beberapa anggota polis telah membuat tinjauan mengenai kejadian berkenaan.Penduduk yang ditemui menyatakan ini adalah kali kedua kejadian yang seumpama ini berlaku di Taman Ixora.
Diharap pihak pemaju (Getrahome) dapat mengambil inisiatif untuk mengelakkan kejadian yang sama berulang pada masa akan datang. Diantara inisiatif yang dicadangkan ialah:-
1. Memperbesarkan longkang yang mengalirkan air saluran utama daripada Jalan 1/1, Jalan 1/2 dan aliran air daripada atas bukit
2. Membina tembok penghadang air di Jalan 1/1 untuk menghalang air daripada melintasi Jalan 1/1 dan seterusnya memasuki rumah penduduk
Sila klik disini untuk melihat gambar semasa kejadian berkenaan.
Isnin, 31 Ogos 2009
Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa PPTI Bil. 8/2009
Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Ixora telah mengadakan mesyuarat pada 19 Ogos 2009, jam 9.00 malam dan membuat beberapa keputusan berikut:-
1. Seramai 67 orang ahli (keluarga) telah menyertai Skim Takaful Khairat Kematian Takaful Ikhlas. Permohonan baru daripada ahli masih dialukan. Bayaran yang dikenakan adalah RM15.00 setahun bagi sebuah keluarga.
2. Mengadakan kempen pembayaran yuran keahlian semasa aktiviti persatuan dan mengeluarkan memo peringatan kepada ahli yang belum membayar yuran. Dimaklumkan seramai 100 orang ahli yang masih belum menjelaskan yuran keahlian bagi tahun 2009.
3. Seramai 28 orang peserta telah menyertai Kursus Motivasi UPSR bertempat di Dewan Masjid Sultan Hishamudin BBST.
4. Seramai 68 orang peserta telah menyertai Pertandingan Boling Keluarga Taman Ixora pada 28 Jun 2009 bertempat di ARL Bowl Putrajaya. Pertandingan ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan.
5. Pihak pemaju (Getrahome) telah menaikkan papan tanda tapak Surau dan Dewan di Taman Ixora. Proses penyerahan tanah kepada Pejabat Daerah Tanah Sepang sedang diproses.
6. Penubuhan Kawasan Rukun Tetangga di Taman masih diproses oleh Pejabat Jabatan Perpaduan Negara Daerah Sepang. Taman Ixora adalah di dalam giliran ke-7 daripada 10 permohonan. InsyaAllah permohonan akan diluluskan hujung tahun ini.
7. Satu memorandum pengurangan cukai pintu di Taman Ixora telah dihantar kepada En. Ronnie Liu, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Selangor semasa sesi dialog bersama penduduk pada 26 Jun 2009. Perkara berkenaan akan diteliti oleh beliau.
8. Jawatankuasa bersetuju untuk mengedarkan Buletin Ixora Bil. 1/2009 kepada semua ahli PPTI. Disebabkan kekurangan peruntukan kewangan, cetakan hitam putih sahaja akan disediakan.
9. Menghantar surat memohon peruntukan kewangan untuk menyediakan moreh di Masjid Sultan Hishamudin BBST semasa bulan Ramadhan kepada beberapa syarikat yang telah dikenalpasti.
10. Majlis Sambutan Hari Raya Aildilfitri di Taman Ixora akan diadakan pada 17 Oktober 2009 jam 8.00 malam. Semua penduduk Taman Ixora dijemput hadir. Setiap lorong akan menyumbang makanan semasa majlis berkenaan.
11. Majlis Qurban di Taman Ixora akan diadakan pada 29 November 2009. Dicadangkan bayaran sebanyak RM350.00 bagi satu bahagian. Borang penyertaan akan diedarkan selepas Aidilfiitri.
12. Majlis Makan Malam Amal Taman Ixora akan diadakan pada 2 Jan 2010 bertempat di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Sepang.
13. Papan Kenyataan Berkunci Taman Ixora akan digunakan untuk menghebahkan maklumat kepada semua penduduk Taman Ixora. Sewaan iklan dipapan kenyataan berkenaan akan dikenakan bayaran RM10.00 sebulan.

Jumaat, 28 Ogos 2009
Takziah Kepada Keluarga No. 5, Jalan Ixora 1/8, Taman Ixora
Dimaklumkan pada hari Jumaat, jam 8.30 pagi, 28 Ogos 2009 bersamaan dengan 7 Ramadhan 1430H, ibu kepada penghuni rumah No. 5, Jalan 1/8 telah kembali ke Rahmatullah kerana sakit tua. Jenazah beliau telah selamat dikebumikan selepas solat Jumaat di Masjid Sultan Hishamudin BBST. Semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah Subhanahu Wata'ala.
Alfatihah.
Alfatihah.
Isnin, 17 Ogos 2009
Kempen Kibar Jalur Gemilang Sempena Kemerdekaan ke-52 di Taman Ixora
Persatuan Penduduk Taman Ixora menyeru semua ahli PPTI dan penduduk Taman Ixora mengibarkan Jalur Gemilang di halaman rumah masing-masing sehingga 31 Ogos 2009. Ini adalah sempena sambutan Kemerdekaan Ke-52 Malaysia.Tema Hari Kemerdekaan ke-52 ialah 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Sabtu, 15 Ogos 2009
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak 1430H
Sila klik di sini untuk mendapatkan risalah mengenai Puasa, Solat Tarawih, Solat Witr, Kelebihan Berpuasa dan Hikmahnya untuk rujukan dan panduan semua.
Sila klik di sini untuk mendapatkan jadual waktu berbuka puasa dan Imsak Tahun 1430H/2009M bagi Zon 1 : Daerah Gombak, Petaling/Shah Alam, Hulu Selangor, Hulu Langat dan Sepang.
Langgan:
Catatan (Atom)