Persatuan Penduduk Taman Ixora dengan kerjasama KRT Taman Ixora dan Surau
Balai Islam Taman Ixora telah mengadakan pertandingan memasak makanan sihat sempena program Maulidur Rasul Taman Ixora 1434H pada 3 Februari 2013 (Ahad), jam 12.00 tengahari.
Syarat pertandingan adalah seperti berikut:
- Makanan hendaklah dimasak di rumah dan dibawa ke surau untuk diadili
- Setiap hidangan perlu disertakan bersama resipi masakan yang lengkap
- Pemarkahan dinilai dari segi lima(5) kumpulan makanan di dalam piramid makanan, kekemasan dan kebersihan, keenakan rasa masakan dan kreativiti menghias makanan.
- Setiap peserta dibenarkan menyertai pertandingan bagi satu jenis hidangan sahaja.
Pertandingan berkenaan telah diadili oleh dua(2) orang Jururawat dari Klinik Kesihatan Salak yang juga merupakan penduduk Taman Ixora.
Keputusan pertandingan adalah seperti
berikut:
- Johan - Keluarga Zaini Bin Mat Noh
- Naib Johan - Keluarga Abdul Rashid Bin Mohd Amin
- Tempat Ketiga - Keluarga Suhairy bt Sani
Sila klik di sini untuk melihat gambar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan