Khamis, 21 Februari 2013

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Surau Balai Islam Taman Ixora Bil. 1/2013

Mesyuarat Jawatankuasa Surau Balai Islam Taman Ixora Bil. 1/2013 telah diadakan pada 20 Februari 2013 (Rabu), jam 9.30 malam bertempat di surau. Berikut adalah keputusan mesyuarat:

1. Mesyuarat Agung Khas Pencalonan Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Surau Balai Islam Taman Ixora akan diadakan pada 7 Mac 2013 (Khamis), jam 8.00 malam bertempat di surau.
2. Kos operasi surau adalah RM1,000 sebulan termasuk bayaran penceramah, kelas tajwid dan utiliti (elektrik dan air)
3. Kutipan sumbangan penduduk Taman Ixora dari rumah ke rumah akan dilakukan oleh bilal bagi menampung kos operasi surau. 10% daripada hasil kutipan akan disumbangkan kepada beliau.
4. Tabung kecil untuk diletakkan di kedai-kedai berhampiran Bandar Baru Salak Tinggi akan ditempah.
5. Kerja-kerja pengubahsuaian setor sebanyak RM500 akan dilakukan dalam waktu terdekat bagi membuat rak untuk menyimpan barang.
6. Kontraktor akan dilantik bagi memasang garaj parking motosikal.
7. Paip air akan dipasang di ruang memasak surau untuk memudahkan urusan membasuh pinggan mangkuk dan sebagainya.
8. Papan tanda saf kanak-kanak akan diadakan di surau bagi menjarakkan ruang di antara jemaah dewasa dan kanak-kanak.
9. Kontraktor bagi kerja-kerja penambahbaikan tangga akan dilantik kerana telah berlaku beberapa kejadian jemaah terjatuh semasa menuruni tangga berkenaan.

Mesyuarat berakhir jam 11.30 malam.

1 ulasan:

  1. Alhamdulillah. Tahniah kepada AJK-AJK dan jemaah semua kerana sangat proaktif.

    Ikhlas daripada ANAK KARIAH

    BalasPadam