Khamis, 21 Februari 2013

Mesyuarat Agung Khas Pencalonan Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Surau Balai Islam Taman Ixora

Surau Balai Islam Taman Ixora telah melaksanakan Mesyuarat Agung Khas Pencalonan Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Surau Bagi Sesi 1 Jun 2013 hingga 31 Mei 2016 pada:

Tarikh : 7 Mac 2013 (Khamis)
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora

Alhamdulillah mesyuarat pada malam itu telah berjalan lancar dan senarai pencalonan pegawai dan AJK surau telah dimuktamadkan dan dihantar ke Pejabat Agama Islam Daerah Sepang untuk tindakan selanjutnya.

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum

    Diharap penduduk Taman Ixora/anak kariah Surau Balai Islam Taman Ixora dapat menghadirkan diri dalam mesyuarat tersebut. Ianya akan membolehkan kita melantik Jawatankuasa untuk sessi yang seterusnya.

    Diharap juga, perlantikan jawatankuasa baru akan menghentikan desas-desus yang selalu menghentam jawatankuasa sekarang yang kononnya mengamalkan kronisme.

    Jadi, marilah kita bersama menjayakan program yang dirancang. Diharap juga rakan-rakan daripada Jalan 13, 12, 11, 10, 9, dan lain-lain dapat meluangkan masa demi perpaduan bersama.

    Jommmm!!!!
    Anak Kariah SBITI
    No. 19

    BalasPadam
  2. Kenapa la....tak ramai yg memberi sambutan sewaktu mesyuarat tempohari???? Musykil sungguh...... kat belakang pelbagai idea didengari.....tapi waktu mesyuarat tak berani menyusuri.... Janganlah nanti dikatakan aktiviti kroni....

    Ixorian sekalia...nanti kalau aktiviti yg dianjurkan...jemput imarahkan yerrr.... Kita dah berusaha utk dapatkan surau...Alhamdulillah telah dimakbulkan. Jadi sekarang kita perlulah mengimarahkannya. Ajk pun telah diamanahkan...kita bantu mereka yerrr.... Kepada AJK terdahulu....terima kasih atas sumbangan dan usaha anda. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Kepada AJK baru sungguh masih banyak muka2 lama..... laksanakan tugasan anda dengan sejujur-jujurnya. Abaikan kata2 nista daripada pengecut2 yang tak berani tampil ke hadapan. Setiap usaha anda... dinilai oleh ALLAH SWT. InsyaAllah....

    Daripada AKU, No. 1 Taman IXORA BBST

    BalasPadam