Rabu, 31 Mac 2010

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa PPTI Bil. 3/2010

Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Ixora telah mengadakan mesyuarat pada 29 Mac 2010, jam 9.30 malam dan membuat beberapa keputusan berikut:-

1. Bersetuju untuk menganjurkan program Ceramah Maulidur Rasul 1431H pada 4 April 2010 (Ahad), jam 8.30 malam bertempat di Taman Permainan Kanak-kanak Taman Ixora.

2. Pelantikan AJK biro bagi sesi 2010/2011.

a. Biro Agama
- En. Mohd Salihin Bin Jelani (Ketua)
- En. Amirudean Bin Zid

b. Biro Kebajikan
- En. Razali Bin Dali (Ketua)
- En. Azraf Bin Azman
- En. Zulkefly Bin Sukor

c. Biro Sukan dan Kebudayaan
- En. Salleh Bin Sufian (Ketua)
- En. Muhamad Faisal Bin Omar

d. Biro Pendidikan
- En. Ismail Bin Amat (Ketua)
- Ustaz Zuki Bin Yaakub
- En. Ahmad Kamil Bin Zailani

e. Biro Hal Ehwal Wanita
- Puan Noraini Bt Saadun (Ketua)

f. Biro Keselamatan
- En. Zainal Abidin Bin Ahmad (Ketua)
- En. Abd Rashid Bin Abd Malek

g. Biro Ekonomi
- En. Kamarual Rasidi Bin Abdul Rashid (Ketua)
- En. Mohd Zaimi Bin Kasim
- En. Ismail Bin Muit

3. Jawatankuasa bersetuju untuk mengadakan mesyuarat jawatankuasa PPTI pada hari Ahad (9.00 malam), minggu kedua setiap bulan.
4. Jawatankuasa bersetuju untuk menempah baju korporat dan vest yang mempunyai logo PPTI dan akan dipakai oleh AJK pada setiap aktiviti yang dianjurkan oleh PPTI.
5. Bersetuju untuk meluluskan peruntukan kewangan sebanyak RM15.00 bagi mengadakan jamuan ringan selepas setiap kali mesyuarat jawatankuasa.
6. Surat permohonan pembinaan bonggol Fasa 2 di Taman Ixora telah dihantar kepada MPSp pada 23 Feb 2010.
7. Surat rayuan permohonan kemudahan plug di Taman Permainan Kanak-kanak untuk kegunaan persatuan menganjurkan aktiviti telah dihantar kepada MPSp pada 23 Feb 2010.
8. Salinan permohonan pengurangan cukai pintu yang dihantar kepada Exco Ronnie Liu telah dihantar kepada Ahli Majlis BBST Selatan pada 23 Feb 2010 untuk follow up.
9. Satu sesi pertemuan dengan pemaju (Dato' Samsudin) akan diadakan dalam masa terdekat untuk membincangkan status pembinaan balai islam di Taman Ixora.

Mesyuarat berakhir jam 11.30 malam.

1 ulasan:

  1. salam.
    kepada semua ajk yang dilantik semoga anada dapat menjalankan tugas yang di amanahkan kepada tuan tuan dengan jayanya dan kalau boleh selalulah turun padang bersua muka dengan penduduk TI agar hubungan antara penduduk TI akan lebih akrab dengan AJK.
    terima kasih

    BalasPadam