Sabtu, 18 April 2009

Program Gotong-Royong Serentak Taman Ixora

Penduduk Taman Ixora telah mengadakan Program Gotong-Royong Serentak Taman Ixora pada tarikh dan lokasi seperti berikut:

Tarikh : 18 April 2009 (Sabtu)
Masa : 9.00 - 10.30 Pagi
Tempat : Persekitaran Rumah dan Lorong Penduduk

Aktiviti yang telah dilakukan oleh penduduk ialah:
1. Menurunkan semua banner, papan iklan, kertas iklan dan sticker yang terdapat di tiang-tiang elektrik, telefon, pokok dan sebagainya.
2. Membersihkan kawasan luar rumah, mengutip sampah dan membersihkan longkang.
3. Membersihkan kawasan taman permainan kanak-kanak.

Sila klik di sini untuk gambar semasa program berkenaan diadakan.

Program ini diadakan sebagai persediaan Taman Ixora untuk pertandingan Taman Tercantik Daerah Sepang anjuran Majlis Perbandaran Sepang. Tempoh pertandingan adalah mulai bulan Februari hingga Jun 2009. Hadiah untuk pemenang pertandingan ialah RM30,000.00. Program ini dijadualkan akan diadakan lagi pada masa hadapan sepanjang tempoh pertandingan.

1 ulasan:

  1. Dah ada pulak dah.... iklan-iklan LORI SEWA kat tiang-tiang letrik tu..... Bila masa diaorang pasang yer....

    Tak pa... tak pa... nanti kita pakat-pakat buang lagi...

    JANGAN PUTUS ASA... Sesiapa yang ternampak pada masa-masa akan datang, sila bangitau kawan-kawan secepat mungkin... nanti kita sama-sama tegur diaorang.

    TQ

    BalasPadam