Ahad, 26 April 2009

Pertandingan Futsal Tertutup JPP BBST Utara/Selatan

Jawatankuasa Perunding Penduduk Zon Bandar Baru Salak Tinggi Utara/Selatan, Majlis Perbandaran Sepang telah menganjurkan Pertandingan Futsal Tertutup JPP BBST U/S pada :

Tarikh : 25 April 2009 (Sabtu)
Masa : 8.00 Pagi - 1.00 Petang
Tempat : Meracipta Futsal Bandar Baru Salak Tinggi

Cadangan Hadiah bagi pertandingan berkenaan ialah:-
1. Piala Pusingan JPP
2. Piala Iringan untuk Juara
3. Medal untuk tempat Pertama, Kedua, Ketiga dan Keempat

Setiap pasukan dikenakan bayaran RM50.00 sebagai bayaran penyertaan.

Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Ixora telah bersetuju untuk menghantar 2 pasukan bagi mewakili Taman Ixora ke pertandingan tersebut. Pemain yang mewakili Taman Ixora adalah pemain yang telah dipilih semasa permainan futsal Taman Ixora pada 11 April 2009 lalu. Satu pasukan terdiri daripada 9 orang pemain. Bayaran penyertaan telah disumbangkan oleh persatuan.

Senarai pemain pasukan 1 : Ixora Number One
1. MOHD SHARULNIZAM BIN SULAIMAN, N0. 9, Jalan 1/10
2. ZULFAHMI BIN ABD. WAHID AMINI, No. 9, Jalan 1/5
3. MOHD AZNULI NUZI BIN AWANG, N0.34, Jalan 1/11
4. SUHAIRY BIN SANI, No. 29, Jalan 1/2
5. SYAHRIZAN BIN DAUD, No. 5, Jalan 1/12
6. NORAZAM BIN MAMAT, No. 8, Jalan 1/11
7. MOHD SHAMSUL AKHMAR BIN MUSA, No. 20, Jalan 1/11
8. MOHAMAD FUAD BIN ADAM, No. 10, Jalan 1/11
9. MOHAMAD ANUAR BIN ZAINAL ABIDIN, No. 55, Jalan 1/2

Senarai pemain pasukan 2 : Ixora Number Two
1. NOOR FAISAL BIN MAJID KHAN, No. 92, Jalan 1/1
2. MOHD NAZRI BIN MOHD GHAZALI, No. 21, Jalan 1/10
3. AB HALIM BIN HASAN, No. 28, Jalan 1/11
4. SALLEH BIN SUFIAN, No. 7, Jalan 1/10
5. ABUZAH BIN ABDULLAH, No. 13, Jalan 1/5
6. AZHAR BIN ISMAIL, No. 3, Jalan 1/5
7. MOHD ZAN BIN ABDUL RAHMAN, No. 4, Jalan 1/5
8. MOHD FAZMIN BIN RAIMEE, No. 3, Jalan 1/12
9. MOHD FIRDAUS BIN AHMAD, No. 10, Jalan 1/5

Prestasi yang ditunjukkan oleh pasukan Taman Ixora amat memuaskan. Walaupun kita tidak berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir namun semangat kesukanan yang ditunjukkan adalah yang terbaik. InsyaAllah kita akan cuba lagi pada masa akan datang.

Pasukan ASOKA (Taman Anggerik) telah memenangi Tempat Pertama Terbuka manakala pasukan Taman Mawar 1 (Taman Mawar 1) memenangi Tempat Pertama Bawah 21 tahun.

Sila klik di sini untuk gambar semasa aktiviti diadakan.

4 ulasan:

  1. semoga berjaya
    kami akan datang untuk menyokong

    BalasPadam
  2. tahniah kepada pasukan walaupun hanya layak ke peringkat suku akhir.kita cuba lagi tahun hadapan. Dicadangkan untuk akan datang, ujian pemilihan pemain buatlah pada hari ahad , jadi kami pekerja swasta (yang takde cuti hari sabtu) bolehlah menyertai sekali. pasti lebih meriah dan lebih ramai lagi pemain berbakat dapat di cungkil. Ariff (no3 1/4)

    BalasPadam
  3. salam
    bukan je permilihan futsal je.tapi semua aktiviti penduduk taman ixora,sepatutnya.dilakukan pada hari ahad.sbb ramai penduduk taman ixora,kerja swasta.buakn semua kerja GOV.
    AJK sila ambil perhatian...
    tq

    BalasPadam
  4. tahniah kepada pasukan kita,cuba lagi..

    BalasPadam