Rabu, 22 April 2009

Bersama Cegah Perkara Keji dan Mungkar

Pada 19 April 2009 jam 4.00 pagi, penduduk Taman Ixora dan beberapa anggota polis telah melakukan serbuan ke sebuah rumah penduduk Taman Ixora (No. 99, Jalan 1/2). Berdasarkan kepada pemerhatian dan beberapa siri rondaan mulai jam 11.30 malam, 18 April 2009 penduduk mengesahkan terdapat aktiviti yang agak mencurigakan berlaku di rumah berkenaan. Adalah dimaklumkan oleh jiran, penghuni rumah berkenaan adalah penyewa.

Setelah serbuan dilakukan didapati terdapat 4 orang lelaki dan 3 orang perempuan keluar daripada rumah berkenaan. Mereka terdiri daripada bukan muhrim, berkumpul pada jam 4.00 pagi untuk tujuan apa sebenarnya ... ini jelas menunjukkan sesuatu perkara maksiat atau mungkar telah dilakukan. Mereka menaiki kenderaan Proton Iswara dengan nombor pendaftaran BHU5776.

Setelah siasatan dilakukan, nasihat yang sewajarnya telah diberikan oleh penduduk dan anggota polis yang melakukan serbuan.

Usaha penduduk untuk mendapatkan bantuan daripada Unit Pencegah Maksiat, Jabatan Agama Islam Selangor (Ustaz Saleh) bagaimanapun gagal diperolehi kerana dimaklumkan pada malam itu, unit berkenaan sedang melakukan serbuan kegiatan maksiat di tempat lain. InsyaAllah perkara yang mungkar ini akan terbongkar juga pada suatu hari dan tunggulah pembalasan daripada Allah kepada umatnya yang lalai dengan keseronokan dunia dan lupa kepada dosa dan pahala.

Adakah kita sebagai penduduk Taman Ixora akan membenarkan perkara maksiat seperti ini berlaku di taman kita yang tercinta ini. Dan ingatlah bahawa setiap perbuatan mungkar yang dilakukan oleh segelintir pihak, akan menjejaskan keberkatan dan rahmat Allah kepada seluruh penduduk Taman Ixora. Marilah kita bersama-sama mencegah perkara yang mungkar daripada berlaku sebelum sesuatu bala atau kesusahan ditimpakan kepada kita semua ekoran daripada tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

10 ulasan:

  1. Alhamdullilah dan saya amat bersyukur kehadrat Ilahi kerana masih ada lagi orang yang prihatin terhadap perbuatan maksiat yang dilakukan oleh orang yang tidak mengambil berat tentang hukum-hakam Allah dan dosa pahala..Sekali lagi saya sebagai penduduk TI amat berbangga dengan kerjasama rakan-rakan yang berjaga malam demi kesajahteraan TI.Bagi saya semua penduduk TI patut turut serta memberi maklumat jika ada perkara-perkara yang mencurigakan serta berlakunya perbuatan maksiat.Hubungilah AJK PPTI atau pihak Polis jika perkara tersebut berlaku berhampiran rumah penduduk TI......CEGAHLAH SEBELUM TERLAMBAT KERANA DITAKUTI BALA YANG AKAN MENIMPA TI.Wassallam.

    BalasPadam
  2. Wahai warga Ixora yg dihormati,

    Pak Lang amat terharu dan berbangga dgn sahabat2 jiran kita yg berjaga malam. SYABAS!!! Inilah yg kita mahu, mempunyai warga yg prihatin, bersama2-sama mencegah segala kemungkaran dan kemaslahatan di taman kita ini.

    Bukan sahaja hal2 kecurian dan pecah rumah yg kita titikberatkan tetapi apa jua aktiviti2 yg menyeleweng dari ajaran agama harus dibanteras habis2an. Itu sebablah Pak Lang katakan sebelum ini, kita harus membuang ego, kenal jiran2, bersama2 menegur apa yg salah dan kurang, baru la kita dapat memakmurkan taman kita ini dan semoga tuhan memberkati apa jua yg kita hajatkan.

    Pada hemat Pak Lang, inilah juga tujuan dan kepentingan yg kita suarakan berkenaan diadakan sticker kenderaan tempoh hari. Senang bagi sahabat kita memantau kenderaan keluar masuk taman kita ini. Mungkin sesetengah orang berpendapat seolah2 "menjaga tepi kain org lain" tapi sebenarnya itulah konsep kejiranan / kemasyarakatan yg patut kita ambil kira. Wallahualam....

    p/s - Pak Lang teringin benar ingin melihat setiap lorong ada org keluar berjaga malam dalam waktu terdekat ini. Boleh tak Pak Lang syorkan kita beramai2 keluar berjaga pada malam Sabtu, Ahad minggu hadapan. The more the merrier... Berbincanglah sesama jiran....

    Apa kata tuan moderator/AJK PPTI? Hanya Sekadar pendapat....

    Pak Lang

    BalasPadam
  3. As.....kum

    Wah tak disangka-sangka,baru jer kita menduduki taman ini maksiat dah berleluasa yer.Itu yang kita tau,yang tak tau jer entah berapa banyak dah.
    Jadi di sini Wak rasa ada keberkesanan nya rondaan pada malam hari.Terbukti dah........bukan nak memantau pencuri jer.
    Jadinya apa lagi yang di tunggu2 oleh penduduk TI,marilah kita berbondong2 menyertai mereka2 yang dah biasa jadi "musang" di waktu malam ni.
    Bukan nyer kita nak keluar tiap2 malam,dapat
    satu dua malam dlam seminggu pon dah ok!!!.Dan juga Wak mohon jugalah di sini dapat kiranya mereka yang bercuti atau yang bekerja pada syif malamnya dapat membuat rondaan pada siang hari.Ala pusing jerk at lorong2 jer.
    Jadinya di sini Wak nampak keberkesanan nya penggunaan sticker pada kenderaan,jadi orang yang meronda dapat melihat samada kenderaan yang dipakir tu milik penduduk TI.
    Jadinya segerakan lah pengedaran nya kepada yang telah melanggan, yang belum tu cepat2 lah memohon.Sama2lah kita bekerjasama dalam perkara yang bermanfaat ini.
    Ala Rm 5.00 jer,beli cekodok pon tak kenyang dan setidak2nya boleh jugak menyumbang kat tabung persatuan.

    Wak Tempe

    Wassalam

    BalasPadam
  4. TERIMAKASIH ATAS USAHA AMAL MAKRUF ANDA SEMUA, SEMOGA PENGHUNI TAMAN IXORA DIRAHMATI ALLAH

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum,

    Saya rasa bukan sahaja nahi mungkar, tapi juga sekiranya tidak dikawal vandalisme yang sekarang ini di peringkat awal boleh merebak. Saya lihat wakaf di taman permainan dah mula rosak. Dekat2 rumput dekat court sepak takraw ada orang sudah melepaskan hajat ntah bila masa. Saya rasa memang orang punya lah....

    BalasPadam
  6. camana kalau umah yg byk kosong tu jadikan pusat rukun tetangga dan selaraskan xtiviti2..

    BalasPadam
  7. Wahai warga Ixora yg dihormati,

    Pak Lang teruja dgn idea sahabat kita diatas agar rumah yg belum berpenghuni dijadikan tempat utk kite berkumpul utk aktiviti berjaga malam (sementara) sebelum rukun tetangga atau SRS dikuatkuasakan. Selepas RT atau SRS diluluskan baru boleh kite memohon utk didirikan pusat pondok kawalan.

    Alhamdulillah, Pak Lang dapat perhatikan sehingga kini ada 3 kawasan yg aktif berjaga malam (walaupun bukan setiap malam) tetapi ianya tidak mengecewakan. Syabas Pak Lang ucapkan kepada penghuni lorong 1, lorong 2 dan lorong 11 yg setakat ini masih "kuat" untuk berjaga malam bagi jiran2 sekeliling. Inilah semangat yg kita hendak...

    Utk pengetahuan, mereka semua bekerja seperti anda semua tetapi masih dapat meluangkan masa bersama2 sahabat jiran lain. Ada diantara mereka yg bekerja sendiri (7 hari seminggu), tidak ada cuti, tetapi masih boleh menawarkan diri utk berjaga malam. Takkan anda yg bekerja dengan kerajaan atau swasta tak pernah ada satu hari pun bercuti dalam seminggu. Mustahil!! Ayuh, kita bermasyarakat!!!

    p/s - Pak Lang ingin cadangkan agar kita mempunyai walkie talkie setiap seorang utk berhubung setiap malam (sekiranya ada perkara yg tidak diingini) seperti yg dilakukan oleh penghuni Taman Dahlia. Praktik dan contohi penggunaan / sistem yg mereka gunakan. Terbukti berkesan!!!

    Pak Lang

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum

    Wak nengokla cadangan Pak Lang tu memang bagus tentang penggunaan walkie talkie tu?.Agak2nya berapa kosnya sebiji walkie talkie tu.Kalau agak mahal tu payah la ckit Pak Lang sbb nak hulur Rm5 pon dah haru biru Wak nengokkan.Apalah lagi ratus2.
    Tapi kalu nak jugak beli kena guna sistem kutu la nak beli barang tu,itupun kalau mike2 tu tak keberatan nak terlibat seperti cadangan Pak Lang utk pembelian barang tu.
    Lagi satu la coba nengok kat kolum di sebelah tu(vote:utk sekuriti)yang nengok room ni dalam anggaran 40..50 org jer dan parsen nya lebih kepada utk menggunakan sekuriti jadinya cadangan Pak Lang tu memang akan di bakul sampah kan aje.
    Wak rasa la masih ramai yang tak tau lagi tentang wujudnya blog ini ataupu buat2 tak tau sbb ada yang terkena batang hidung masing2 tentang komen2 yang diberi.
    Kalau msh ramai yang tak tau tu Wak ingat AJK PPTI kena buat sesuatu utk memberitahu tentang kewujudan blog ini supaya banyak lagi input2 yang mungkin dapat di perolehi yang boleh diserap utk kebaikan TI ataupun ada luahan2 daripada ahli2 persatuan yang di luar pengetahuan AJK persatuan.

    Wak Tempe

    BalasPadam
  9. Tak tau la aku Wak Tempe. Pada hemat Pak Lang, kawalan keselamatan berbayar (Security guard) ni, kalau ditengok pada "pro and contra" nye, banyak yg contra Pak Lang nampak. Kebaikannya sikit sangat. Dah tu tempat kita ni open sgt, banyak laluan yg boleh "perompak" keluar masuk. Bukan gated pon... Dibawah ni Pak Lang senaraikan kebaikan dan keburukan kedua2nya :-

    a) Security guard
    Kebaikan
    1-Mudah (bayar saja, settle)
    keburukan
    1-Mahal
    2-Tiada jaminan pencuri masuk
    3-Kawalan ala kadar atau,
    4-Kawalan ketat sgt (sampai nak masuk rumah sendiri pon tak boleh)
    5-Bukan semua penduduk nak bayar (dah terbukti di kebanyakan taman,yg suffer org yg nak bayar, security sama jugak)
    6-Tak kenal sesama jiran (siang kerja, malam terus tidur - dah ada org jaga malam)
    7-Tiada peralatan canggih (Jota aje!)
    8-Manpower tak memadai utk satu taman
    9-Kalau pencuri masuk, tak boleh buat apa. Kena tunggu polis datang jugak.

    Kawalan sendiri (RT/SRS)
    Kebaikan
    1-Murah
    2-Kawalan menyeluruh (depan,belakang rumah/longkang/semak/hutan)
    3-Kawalan mesra (friendly) kita kenal jiran dan sedara jiran2.
    4-Sukarela tapi berjadual
    5-Mengenali jiran2 dan dapat bermasyarakat
    6-Mengeratkan silaturrrahim
    7-Tahu selok-belok taman kita
    8-Pengetahuan landskap dan deco yg mendalam
    9-Minum makan free/bergilir(tong2)
    10-Berkongsi pengalaman hidup / tips2
    11-Kalau pencuri masuk, boleh kepung ramai2 sementara polis datang
    Keburukan
    1-Mengantuk / tak cukup tidur
    2-Tiada juga jaminan pencuri tak akan masuk
    3-Tiada juga peralatan canggih

    Fikirla sendiri.....

    Pak Lang

    BalasPadam
  10. Hussain bin Ismail2 Jun 2009 pada 9:06 PG

    Assalamualaikum..kepada AJK PTI. Saya amat kagum dengan keprihatinan penduduk TI dengan hal-hal berkaitan kemasyarakatan. Untuk makluman, saya AJK penaja Taman Tasik Biru.Masih baru dalam hal pengurusan taman. Saya berhasrat untuk membuat lawatan muhibbah AJK Persatuan ke tempat Tuan.Adakah kami dialu-alukan? Saya boleh dihubungi di talian 0133395301. Thanks

    BalasPadam