Khamis, 29 September 2016

Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Bulanan Surau Balai Islam Taman Ixora




Majlis bacaan yasin dan tahlil bulanan Surau Balai Islam Taman Ixora akan diadakan malam Jumaat ke-4 setiap bulan. Semua penduduk Taman Ixora dijemput hadir.

Majlis bacaan yasin bagi bulan September 2016 telah diadakan pada 29 September 2016 (Khamis) selepas solat Maghrib.

Warga Ixora yang berhajat untuk mengadakan tahlil kepada ahli keluarga bolehlah berhubung dengan pihak surau. Sumbangan makanan turut dialukan.

Jumaat, 12 Ogos 2016

Hebahan Korban Surau Balai Islam Taman Ixora

Berita Baik!!

Penyertaan korban Surau Balai Islam Taman Ixora telah diturunkan kepada RM600 sahaja bagi satu bahagian korban. Harga selepas diskaun ladang lembu kepada surau.

Penyertaan juga dibuka bagi korban di Kemboja dengan harga RM350 bagi satu bahagian korban. Berminat sila berhubung dengan Hasiady - 019-2828422 (Setiausaha) atau Kamil - 019-2233706 (Bendahari) atau ajk surau.

Sabtu, 30 Julai 2016

Majlis Hari Raya Aidilfitri Taman Ixora Tahun 2016

Alhamdulillah, majlis ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk Taman Ixora. Insya Allah majlis ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan dengan lebih meriah.

Khamis, 21 Julai 2016

Majlis Hari Raya Aidilfitri Taman Ixota

Semua penduduk Taman Ixora dijemput hadir.

Mesyuarat bersama antara AJK PPTI, KRT dan Surau Balai Islam Taman Ixora Kali 1/2016

Mesyuarat bersama antara AJK PPTI, KRT dan Surau Balai Islam Taman Ixora telah diadakan pada 21hb Julai 2016(Khamis) jam 9.00 malam bagi menyelaraskan Majlis Hari Raya Aidilfitri Taman Ixora Tahun 2016.